CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, June 28, 2010

SULAMAN MANIK






Kat bawah ni ada beberapa contoh sulaman manik yg saya ambik dr beberapa blok...utk dijadikan contoh nk buat baju raya kat anak2..minta izin dr tuan punya blok ye..saya pn tak ingat blok mana sbb trlalu byk blok yg saya buka..

TITISAN AIR MATA TOK GURU

Titisan air mata tok guru...tok guru tak dpt menahan sebak atar pemergian sahabat tersayang...Almarhum Ustaz Hassan Shukri..





Thursday, May 27, 2010

TESTIMONI DIRI -SALINDAH


Salam Ukhuwwah...

hari ni saya ingin berkongsi dgn sahabat semua ttg kelebihan salindah dn kesannya..ni merupakan testimoni saya sendiri sbb saya menggunakan salindah semasa mengandungkn anak pertama dn kedua..seorg kwn telah mengesyorkan kpa saya semasa saya mula mengandung anak sulung...saya mula mencari maklumat di intenet mengenai salindah ini dn saya lihat semua respon yg baik dn berkesan kpd penggunanya,jd saya pn trus mencubabya..

Saya mula menggunakan salindah pd usia kandungan 3 bln...ALHAMDULILLAH mmg betul berkesan sbb saya langsung tidak menghadapi sbrg masalah sepnjg mengandung sprt yg dilalui oleh ibu mengandung yg lain..saya tidak alah dn aktif sprt biasa..yg paling ketara kaki saya langsung tidak bengkak dn timbul urat..kaki saya jugak tak krem/simpul biawak org panggil..

Pd 31/8/2004..saya mula berasa sakit utk bersalin..saya ke MUSLIMAH pd pukul 7 pg..dn doktor periksa bukaan baru 2 cm...jd dia suruh saya berehat dulu di dlm bilik,dia jugak ckp biasanya bersalin anak sulung lambat mungkin pg esok baru saya bersalin..tp pd tgharinya saya rasa sakit makin kuat,doktor check dia agak terkejut sbb bukaan dh 8cm...saya trus ditolak ke labour room...alhamdulillah sekejap saya saya sudah melahirkan nuril aufa.....saya nk crita kt sini ini adalh antara klebihan salindah jugak kita x sakit lama dn bersalin mudah...Alhamdulillah anak saya jugak sihat..dn yg paling ketara dia nampak aktif dn kuat,x lembik mcm baby biasa...prkembangannya pn cpt dlm usia 3 bln dh blh meniarap dn 10 bln dh blh brjln..sehingga skarang usianya 6 thn dia ttpaktif dn bijak...smsa usia 4 thn dia dh blh menulis dn baca iqra'3...skarang aufa dh nk habis iqra' 6..insyaAllah sblm naik darjah satu dia tntu dh baca Al-quran...kesan pd anak ke dua jugak sama...

Examo CKM-500


Price: RM 56.00
Ask a question about this product

________________________________________
Kategori : Biokimia
lsi : 450 Biji
Tempoh guna : 3 Bulan hingga 1 Tahun
Kesesuaian : Semua peringkat dari bayi hingga orang dewasa
EXAMO-CKM 500 adalah sejenis makanan yang memberikan nutrien untuk saraf bagi memulihkan kesegaran otak. la dapat merawat masalah saraf dan mental, takut, cemas, runsing, memberi keyakinan dan membangkitkan semangat. la dapat menguatkan daya berfikir dan mencerdaskan akal serta membaiki daya tumpuan, menghapuskan letih lesu, serabut fikiran dan kelesuan otak. EXAMO-CKM 500 juga merupakan makanan berzat mengandungi nutrien biokimia yang menyuburkan otak dengan menggalakkan pertumbuhan ramisaraf aksosomatik dan aksodendritik pada sel neuron otak. Rumusan EXAMOCKM 500 mengandungi garam tisu biokimia triturat Kalsium Posfat, Kalium Posfat dan Magnesium Posfat dalam juzuk yang tetap.
Rencana Ringkas Tindakan EXAMO-CKM 500
Tubuh yang sihat dan bertenaga boleh melakukan pelbagai kerja. Apabila tenaga dibelanjakan maka kian berkuranglah tenaga itu. Bila mana tenaga berkurangan, timbullah keadaan-keadaan seperti:
Lesu
Lemah
Mengantuk
Sengal otot dan sendi
Lapar dan dahaga
Marah-marah
Tidak dapat meneruskan kerja
Untuk menghilangkan masalah-masalah tersebut, tenaga dapat dipulihkan.
Bagaimana hendak memulihkan TENAGA?
Mengikut kajian ada 3 cara bagi memulihkan tenaga, iaitu:
1. Memberi semangat dan perangsang.
2. Beristirahat.
3. Makan dan minum.
Otak yang sihat dan bertenaga boleh melakukan kerja seperti berfikir dan mengingat. Bila otak melakukan kerja-kerja ringan seperti membaca, mengira mudah dan menulis, ia cuma melibatkan penggunaan tenaga yang sedikit sahaja. Bila mana pula ia melakukan kerja-kerja berat seperti membuat analisisanalisis, merangka strategi dan sebagainya, maka sudah tentulah banyak tenaga yang digunakan.
Bila tenaga otak telah digunakan, maka kian berkuranglah tenaga itu. Apabila tenaga itu berkurang, maka timbullah keadaan-keadaan seperti:
-Perasaan gementar, cemas dan bimbang
-Bersifat pesimis dan bersikap negatif
-Kurang keyakinan terhadap diri sendiri
-Selalu letih dan tidak bertenaga
-Sering diganggu kesedihan tidak menentu
-Serabut fikiran dan kelesuan otak
-Lemah daya berfikir dan rasa malas
-Mudah lupa dan rasa jemu
-Kurang daya tumpuan


Untuk menghilangkan masalah-masalah tersebut tenaga otak perlu dipulihkan.
BAGAIMANA HENDAK MEMULIHKAN TENAGA OTAK?
Seperti juga tenaga fizikal, ada 3 cara bagi memulihkan tenaga otak, iaitu:
1. Memberikan semangat dan perangsang
2. Beristirahat
3. Makan dan minum
Memberi semangat dan perangsang

Seseorang yang menggunakan psikologi dapat menolong membaiki prestasi murid-muridnya dengan kata-kata perangsang, seperti "Jangan putus asa. Cuba lagi. Saya yakin kamu boleh berjaya".
Seorang ayah menasihati anaknya dengan kata-kata, "Ayah faham mata pelajaran ini susah sedikit tetapi setiap yang susah itu sudah pasti ada jalan mengatasinya". Kata-kata perangsang begini boleh membuat anaknya itu bersemangat kembali dan terus maju. Tetapi masalahnya, sampai bilakah seseorang itu mengharapkan diberi semangat dan perangsang oleh orang lain? Semangat dan perangsang seharusnya datang dari dalam diri.
Beristirahat

Bila sudah banyak bekerja menggunakan otak, dengan beristirahat akan dapat memulihkan sedikit tenaga otak itu. Tetapi hasil kajian menunjukkan otak terpaksa terus bekerja walaupun tubuh dalam keadaan rehat.
Menurut penyelidikan yang dijalankan oleh Prof. D. Samuel dan rakan-rakannya dari Institut Weismann di Israel, didapati pada satu-satu ketika, otak melakukan antara 100,000 hingga 1,000,000 tindak balas elektrokimia. Oleh itu, otak sebenarnya kurang dapat berehat.
Makanan

Seperti juga dengan tubuh, tenaga otak juga boleh dipulihkan dengan makanan. Makanan otak digelar nutrien saraf.
Apakah nutrien saraf yang dapat memulihkan tenaga?
Jawapannya akan diberikan kemudian nanti.
Pendapat orang

Ada orang berpendapat, kecerdasan akal seseorang bergantung pada bilangan sel neuron di otak. Dengan kata lain, kalau otak itu banyak sel neuron, maka cerdaslah (tinggi I.Q) orang itu dan kalau sedikit neuron, maka kurang cerdaslah (rendah I.Q) orang itu.
Adakah benar pendapat ini? Pendapat itu adalah salah. KECERDASAN AKAL
Kecerdasan akal (I.Q) seseorang tidak bergantung pada bilangan sel neuron di otak. Saintis menganggarkan terdapat antara 12,000 juta hingga 15,000 juta sel neuron dalam sesebuah otak.
Prof. Pyotr Anokhin dari Rusia dan rakan-rakan penyelidikannya mendapati bilangan neuron bukanlah faktor yang menentukan tinggi atau rendahnya tahap kecerdasan akan seseorang.
Menurut penyelidikan Prof PyotrAnokhin, yang mempengaruhi kecerdasan akal seseorang ialah jumlah hubungan (connections) yang dibentuk oleh ramisaraf dendrit (dendrific fibres) di neuron. Otak yang cerdas ialah banyak membentuk hubungan atau jalinan di antara ramisaraf-ramisaraf dendrit.Untuk membentuk hubungan atau jalinan yang banyak, otak itu mestilah mempunyai banyak ramisaraf. Beruntunglah orang yang mempunyai banyak ramisaraf dendrit, sebab akalnya cerdas.
Bagaimana dengan orang yang kurang cerdas? Bolehkah digalakkan pertumbuhan ramisaraf dendrit otak?
Jawabnya: BOLEH
Kajian Prof. Mark Rosenweig dari U.C.L.A dari Amerika Syarikat, menunjukkan ramisaraf dendrit boleh digalakkan pertumbuhannya. Samalah halnya dengan pokok yang boleh menggalakkan ranting-rantingnya tumbuh dengan memberikan zat makanan dalam bentuk baja, maka ramisaraf dendrit yang menyerupai ranting-ranting pokok itu pun boleh digalakkan tumbuh subur dengan memberikan zat makanan yang disebut nutrien saraf. Nutrien saraf merupakan zat khusus untuk tujuan menggalakkan ramisaraf dendrit tumbuh subur.
NEURON
Menurut penyelidikan Dr. W.H. Schuessler, seorang pakar biokimia bangsa Jerman menyatakan bahawa saraf di otak memerlukan beberapa nutrien atau zat tertentu untuk dapat berfungsi dengan sempurna. Nutrien atau zat yang sesuai untuk otak ialah jenis garam tisu biokimia. Setelah menjalankan kajian mengenai fungsi otak dan hubungannya dengan makanan, maka Prof. Dr. Azizan Hj. Ismail telah berjaya merumuskan sejenis rumusan biokimia istimewa untuk otak yang diberi nama EXAMO-CKM 500.
EXAMO-CKM 500 adalah zat atau nutrien yang dapat menyuburkan otak. EXAMO-CKM 500 dirumus mengandungi nutrien saraf Kalsium Posfat, Kalium Posfat dan Magnesium Posfat yang merupakan zat penggalak bagi menyuburkan pertumbuhan ramisaraf dendrit neuron otak. Di samping itu, EXAMO-CKM 500 adalah merupakan nutrien saraf yang diperlukan untuk memulihkan tenaga otak bagi mendapatkan kesempurnaan fungsi otak, berfikir, mengingat dan sebagainya.
AKTIVITI OTAK
Semua aktiviti otak berfikir, mengingat, menyimpan maklumat, merenung dan mengkaji masalah, menumpu perhatian dan lain-lain adalah proses hasil tindakbalas elektrokimia.
Dad situ kita boleh faham bahawa, untuk melakukan sesuatu aktiviti mental, otak memerlukan bahan kimia bagi menimbulkan impuls elektrik yang berlari melalui ramisaraf dendrit neuron dan akson. Sama halnya dengan sebuah bateri. Ketahuilah, EXAMO-CKM 500 membekalkan bahan kimia yang diperlukan tadi.
Sama seperti baja untuk pokok yang mesti dirumus menurut keperluan optimum pokok, demikianlah juga EXAMO- CKM 500 dirumus istimewa bagi memenuhi keperluan otak untuk tujuan mendapatkan kesan baik paling maksimum.
EXAMO-CKM 500 adalah dijamin paling berkesan, suci dan halal. la tidak mengandungi dadah dan dengan itu tidak boleh rnendatangkan kesan sampingan, tidak membahayakan kesihatan, tidak menimbulkan ketagihan. EXAMO-CKM 500 telah diujikaji oleh pihak Jabatan Kesihatan dan Keselamatan Masyarakat di England (Department of Health and Society Security, England).
EXAMO-CKM 500 selamat untuk kegunaan semua peringkat, sama ada bayi, kanak-kanak, remaja, dewasa dan juga ibu yang hamil. Para saintis mendapati bahawa otak manusia mengandungi antara 12,000 juta hingga 15,000 juta sel otak. neuron yang berfungsi. Setiap hari beribu-ribu sel di dalam tubuh dan otak akan mati. Sel-sel tubuh yang mati akan diganti dengF, sel-sel baru. Tetapi sel-sel otak (neuron) yang mati tidak akar diganti dengan sel-sel baru. Ketahuilah menurut kajian, zat Kalium Posfat dan Magnesium Posfat bertindak melambatkan kematian sel-sel otak ini.
Di dalam EXAMO-CKM 500 kesemua ramuan diperbuat daripada bahan-bahan bersih lagi suci mengikut The British Homeopathic Pharmacopoeia dengan menggunakan kaedah triturasi. Triturasi adalah kaedah pembuatan paling saintifik yang menghasilkan nutrien yang mudah cerna.
Sejak dipasarkan kepada umum pada tahun 1983, EXAMO CKM 500 telah mendapat sanjungan dan banyak digunakai oleh kanak-kanak tadika, penuntut sekolah, kolej dan universil sama ada dalam negeri mahupun luar negeri.
Kesan Kegunaan
a. Meningkatkan kecerdasan akal
Penyelidikan Prof. Pyotr Anokhin, menunjukkan bahawa kecerdasan bergantung kepada kesuburan pertumbuhan ramisaraf dendrit neuron. EXAMO-CKM 500 merupakan baja penyubur.
b. Memulihkan tenaga mental
Tenaga mental dalam bentuk elektrik. Sumber bekalan elektrik otak daripada kimia. Neurotransmisi melibatkan neurotransmiter yang terdiri daripada ion-ion K, Mg, Na, Ca, CI dan lain-lain.
c. Membasmi masalah lupa
Lupa terjadi apabila maklumat yang diperlukan pada waktu itu tidak dapat dikeluarkan daripada simpanan. Fenomena kesesakan lalulintas maklumat dalam otak perlu ada laluan maklumat baru dan perbanyakkan siratan ramisaraf dendrit.
Lain-lain Kegunaan

Dapat membantu semua masalah yang melibatkan otak dan saraf:
1. Payah tidur
2. Migrain
3. Lelah
4. Kanak-kanak degil
5. Orang pendiam, malu, takut dan pemarah
6. Gangguan mimpi-mimpi gerun
7. Pesakit jiwa atau mentalKemungkinan Kesan Mudarat Ringan (Minor Adverse Reaction):
Kesan sementara
1. Rasa mengantuk
Akibat pemindahan getaran saraf dari beta ke alfa ke teta ke delta. Getaran rendah bagus untuk ingatan.
2. Pening kepala, tekanan darah rendah. Cara Makan:
Dikemam dalam mulut.
Cara makan
Bayi (kurang 1 tahun) 1 biji
Kanak-kanak (1-7 tahun) 2 biji
Kanak-kanak (7-14 tahun) 3 biji
Dewasa (14 tahun ke atas) 4 biji
Minggu pertama 3 kali sehari
Minggu ke-2 dan ke-3 2 kali sehari
Minggu ke-4 dan seterusnya 1 kali sehari

Saturday, May 22, 2010

ANAK2 KU SUKA SPIRUMADU


Salam Ukhuwwah...


Hari ini saya ingin berkongsi sedikit maklumat dgn sahabat semua mengenai SPIRUMADU antara salah satu produk HPA......Untuk pengetahuan semua anak2 saya kategori susah nk makan ubat klinik...bila sakit je sprt demam atau selsema saya dn suami trpaksa mmegang kaki tgn mereka dn picit mulut utk masukkan ubat...kak long walaupn trpaksa pegang dia telan jugak ubat tu,tp klau k ngah dia sembur je ubat tu lngsung x nk mkn...saya dn suami mmg cukup risau klau mereka sakit...so saya cuba berikan mereka minum spirumadu stgh camca kecil stiap hari...spirumadu ni mmpunyai byk fungsi dn kebaikan antaranya sbg antibodi bagi mengelak sbrang penyakit...Alhamdulillah setelah beberapa kali saya berikn mereka spirumadu saya lihat byk perubahan...anak2 saya susah nk kena selsema dn batuk sedangkan sblm ni mereka kerap mengalami batuk dn selsema....nampaknya spirumadu ni mmg sesuai dgn mereka ditambah pulak dgn rasanya yg manis dn sedap..sehingga saya terpaksa sembunyikan spirumadu trsebut sbb klau nampak je pasti mereka meminta lagi...spirumadu ni x blh mkn kerap sgt sbb madu ni agak panas,so kena minum air kosong banyak...kbetulan pulak anak2 saya ni mmg kuat minum air kosong....slps ini saya akan masukkan kebaikan/kegunaan spirumadu utk panduan sahabat semua...anda blh try bg pd anak2 dn lihatlah perubahannya sendiri...

Thursday, May 20, 2010

SUSU BAYI??

Susu Biolac
Masihkah kita ingat akan isu tentang susu bayi yang menganduni bahan merbahaya "melamin".prkara ini terjadi disebabkan tiada rasa tanggungjkawab pengeluar susu tersebut keatas produknya.Atas rasa tanggungjawab inilah maka pakar perumus pemakanan kesihatan terkenal Prof Dr Azizan Hj Ismail telah merumuskan banyak pemakanan kesihatan yang bukan sahaja halal malah "TOYYIBAN" iaitu bukan sahaja halal malah baik untuk diri dan kesihatan.


Antara rumusan makanan yang terkenal ialah susu untuk bayi iaitu Susu Biolac susu rumusan bayi keluaran bumiputra 100% dan dikilangkan di kilang bertaraf GMP yang dimiliki sepenuhnya oleh bumiputra.Rumusan susu ini bukan sahaja dihasilkan bagi memenuhi keperluan tempatan malah menyahut seruan fardu kifayah dalam perniagaan kerana masih tiada lagi bumiputra yang boleh menghasilkan susu bagi keperlaun bayi di kilang yang dimiliki 100% oleh bumiputra yang dijamin halal dan selamat. kita perlu mengambil iktibar dari apa yang berlaku di negara china dimana banyak bayi yang menjadi mangsa akibat hilangnya rasa tanggungjawab keatas konsep "HALAN TOIYIBAN" iaitu pemakanan yang bukan sahaja halal malah baik untuk diri , ramai yang menjadi mangsa kerana ketamakan sesetengah pihak.
Kategori : Minuman bayi
Isi : 500 gram
Tempoh penggunaan : 1 minggu.
Kesesuaian : Bayi dan kanak-kanak.
Merupakan serbuk susu dari susu yang dipasteur, mengandungi kombinasi khas garam tisu Biokimia yang diformulasikan oleh Prof. Dr. Azizan Ismail.
Keistimewaan tambahan garam tisu biokimia:
1 Kesuburan, pertumbuhan dan pengembangan fizikal, emosi dan mental.
2 Kecergasan dan kecerdasan.
3 Mencegah gangguan kesihatan, demam, selesema, batuk dan ruam.
4 Menyihatkan kulit dan rambut, menguatkan tulang dan gigi.
5 Membuang bahan toksid dalam badan.
6 Membaiki penghadaman, percernaan dan perkumuhan.
7 Mengurangkan ragam tangis dan memudahkan penjagaan.
Cara makan : Dibancuh dengan air panas.
Cara menyediakan :


Masukkan 3 sudu yang disediakan (30 gm) BIO-LAC ke dalam bekas. Campurkan 200 ml air masak suam. Kacau hingga sebati. 3-4 jamuan sehari adalah mencukupi.
Cara simpan : Tutup ketat, simpan di tempat sejuk dan kering.

JADUAL PEMAKANAN

JADUAL PEMAKANA DAN KHASIAT SALINDAH


Sebelum Bersalin
B1 - Mulai seawal kehamillan Membekalkan zat besi mudah hadam untuk wanita hamil, mengurangkan muntah, loya serta alahan, membantu tumbesaran tian, mencegah demam, batuk, selesema, sejuk-sejuk, sakit kepala, sakit gigi dan lain-lain. B1 juga akan menghilangkan kesan jatuh atau rebah di samping melancarkan aliran darah agar terhindar masalah tersimpul urat kaki dan menghilangkan lesu.
B2 - Mulai minggu ke 24 hamil Membekalkan zat untuk tumbesaran tian, menguatkan tulang dan membina otak tian, di samping menambah darah serta selera makan. B2 juga dapat menghilangkan sengal tulang dan kebas kaki tangan, mencegah serangan sejuk dan sakit gigi dan osteoporosis.
B3 - Mulai minggu ke 28 hamil Memberi zat untuk pembinaan saraf dan otak anak. Menghilangkan masalah takut, cemas dan bimbang. Mencegah simpul biawak atau krem betis. Mendatangkan ketenangan bagi menghadapi hari bersalin.
B4 - Mulai 4 minggu sebelum jangka bersalin Istimewa untuk mengawal alamat palsu, menghilangkan sakit urat dan otot di samping mengurangkan sakit semasa melahirkan. B4 juga akan memudahkan kelahiran bayi dan menghilangkan rasa takut dan cemas pada bakal-bakal ibu.
B5 - Mulai 2 minggu sebelum jangka bersalin Remedi ini melanjutkan tindakan B4, mengendur dan menganjalkan otot pencerut saluran peranakan dan memberi daya teranan labour sewaktu bersalin.
B6 - Mulai 1 minggu sebelum jangka bersalin Khasiat : Berguna untuk menguatkan teranan, menolong mengurangkan sakit sewaktu bersalin, mempercepat dan mempermudahkan kelahiran, membuka luas saluran peranakan dan mengurangkan sakit selepas bersalin.

Selepas Bersalin
L7 - Guna selepas bersalin Bagus untuk menyembuhkan luka, jahitan serta pusat bayi di samping mencegah jangkitan kuman dan penanahan
L8 - Mulai 5 jam selepas bersalin Membantu menyembuhkan rasa sakit-sakit, menghentikan darah, mencegah sakit meroyan, demam dan sakit kepala.
L9 - Mulai hari ke 2 selepas bersalin Menghilangkan sengal selepas bersalin dan bisa-bisa, sakit meroyan, menghentikan darah nifas, membetulkan urat-urat darah yang putus, menyusun semula alat peranakan dan menguatkan seluruh anggota tubuh.
L10 - Mulai hari ke 6 selepas bersalin Mempercepatkan kecut semula rahim. Mengangkat kembali rahim ke kedudukan asal dan mengurangkan simpul urat biru.
L11 - Mulai hari ke 7 selepas bersalin Tonik istimewa bagi memanaskan tubuh, menambah selera, membaiki penghadaman dan melancarkan pembuangan najis. Mengenakkan tidur, menghilangkan kebas-kebas serta menyegarkan rahim dan alat peranakan.
L12 - Mulai hari ke 21 selepas bersalin Berfungsi untuk menjaga kesihatan ibu bersalin agar sentiasa sihat; mengembalikan kekuatan, memulihkan alat pengkelamian dan menimbulkan kesegaran.

HARGA SALINDAH

Harga Salindah.


















Detail

Semenanjung Malaysia

Sabah & Sarawak
Set Sebelum Bersalin
RM 234

RM 279
Set Lepas Bersalin
RM 225

RM 269
Set Lengkap Salindah
RM 380

RM 430


Setiap set Salindah lengkap akan disertakan bersama-sama dengan sebuah buku peraturan pengunaan yang lengkap. Antara isi kandungan buku ini ialah :



  • Rancangan pemakanan kesihatan dan rawatan ibu hamil sehingga lepas pantang

  • Rajah perkembangan bayi dari bulan ke bulan

  • Khasiat dan panduan penggunaan Salindah

  • Rancangan penjagaan kesihatan

  • Tip dan Senaman Untuk Ibu Hamil

Salindah juga boleh dibeli berasingan mengikut senarai harga berikut:
























































Item

Semenanjung Malaysia

Sabah & Sarawak

B1

RM 46

RM 51

B2

RM 38

RM 42

B3

RM 46

RM 51

B4

RM 30

RM 33

B5

RM 34

RM 38

B6

RM 30

RM 33

L7

RM 26

RM 29

L8

RM 30

RM 33

L9

RM 30

RM 33

L10

RM 38

RM 42

L11

RM 53

RM 59

L12

RM 38

RM 42

Bagaimana Salindah Berfungsi.

Bagaimana Salindah Berfungsi.

Lazimnya doktor membekalkan beberapa jenis ubat kepada ibu hamil, antaranya zat besi, vitamin B kompleks dan asid folik (atau folat). Suplemen-suplemen ini memang penting kepada ibu yang hamil untuk menjaga kesihatannya dan perkembangan janin. Namun demikian, antara kesan lain pengambilannya membuat ibu bertambah selera dan ini menyebabkan janin membesar sehingga menyulitkan masa bersalin.

Salindah B1 membekalkan zat besi mudah serap ke dalam edaran darah dan mudah serap ke dalam sel-sel badan. B1 menguatkan badan, melancar aliran darah, mengurangkan risiko keguguran, mengurangkan mabuk dan muntah, mencegah simpul biawak (atau varikos vena). Bertindak dengan B2- ia membantu pembentukan sel darah merah dan mencegah anemia. B2 membekalkan zat untuk pembentukan tulang, saraf dan otak, di samping membantu penghadaman ibu. B2 diberikan dalam kandungan yang sedikit berbanding B1 dan B3 kerana kita tidak gemar anak begitu besar dalam kandungan. Yang utama ibu sihat dan anggota anak tumbuh dengan lengkap. Pertumbuhan janin yang tidak besar dalam kandungan akan memudahkan kelahiran. Di samping menjadi zat biokimia asas untuk pembentukan otak dan saraf, B3 membuat ibu menjadi tenang menghadapi hari kelahiran bayinya.

Penyingkiran perasaan takut, bimbang dan waswas. Salindah B4, B5 dan B6 berfungsi mencegah berlakunya alamat palsu dan menepatkan tarikh bersalin (ingat : tarikh yang tepat bukan semestinya yang ditetapkan oleh doktor!), menyediakan saluran peranakan bagi melancarkan kelahiran dengan menganjalkan otot-otot liang peranakan, menguatkan otot rahim (uterus) untuk menguatkan kemutan teranan, meminimumkan rasa sakit semasa bersalin, dan memulihkan alat peranakan selepas bersalin. Dengan itu ramai ibu hamil yang menggunakan Salindah bersalin cara biasa tanpa pembedahan biarpun dia pernah melalui pembedahan dalam melahirkan anak-anak sebelum ini.

PENGENALAN SALINDAH


SALINDAH
"Set Lengkap Rencana Pemakanan Dan Rawatan Ibu Hamil Dari Awal Kehamilan Sehingga Habis Pantang"




Sudah tentu anda ingin mengetahui dengan lebih lanjut tentang apa itu Salindah ? Siapa yang mencipta Salindah? Apa faedah dan kelebihan Salindah kepada ibu dan anak? Bagaimana cara dan prosedur pengambilannya yang sesuai dan terbaik? Dan seterusnya adakah Salindah mempunyai pantang larang?




Salindah adalah sesuai untuk semua wanita hamil.

Salindah membekalkan zat besi mudah hadam untuk wanita hamil, mengurangkan muntah, loya serta alahan, membantu tumbesaran tian, mencegah demam, batuk, selesema, sejuk-sejuk, sakit kepala, sakit gigi dan lain-lain.


Metod Perubatan Salindah ialah Homeopati , Biokimia dan Herbalisme


Kita sedia maklum bahawa memang ramai wanita hamil yang mengalami masalah dari awal mengandung sehingga lepas bersalin. Selalunya bermula dengan alahan pada awal trimester pertama mengandung, kemudian masalah praeklampsia yang boleh menjejaskan kesihatan ibu dan anak, sehingga ada yang menghidap masalah meroyan selepas bersalin.


Pengalaman ini sudah pasti kita ingin elakkan kerana ia akan menimbulkan trauma kepada ibu-ibu untuk menempuh pengalaman mengandung untuk kesekian kalinya. Sebaliknya pengalaman ini sewajarnya dinikmati dan dilalui dengan penuh rasa gembira dan selesa. Namun tidak semua wanita bertuah yang dapat menikmati saat dan detik seperti itu.


Paling ditakuti ialah apabila masalah ibu ini boleh membawa kesan negetif kepada bayi yang berada dalam kandungan sehingga ada yang menyebabkan berlaku kecacatan kekal. Seperti contoh penyakit " Down Syndrome ".


Itulah antara sebab kenapa ibu hamil ini perlukan makanan tambahan untuk memberikan tenaga dan rawatan kepada ibu malah membantu perkembangan dan tumbesaran bayi anda agar lebih sihat dan cergas. Menyedari masalah-masalah tersebut memerlukan satu penyelesaian yang positif, maka Pencipta Salindah telah berusaha membuat kajian secara ilmiah dan saintifik selama beberapa tahun.


Akhirnya pada tahun 1981 , Salindah telah diperkenalkan.Anda perlu mengetahui dengan lebih lanjut tentang faedah dan kelebihan yang diperolehi oleh ibu-ibu bijak yang mengambil Salindah sebagai pemakanan lengkapnya. Sila rujuk maklumat tentang pengambilan Salindah untuk semasa mengandung dan selepas mengandung.



Pencipta Salindah

Prof Dr Azizan Hj Ismail adalah pencipta Formula Salindah . Beliau adalah seorang tokoh homeopati yang terkenal di Malaysia.


Bermula pada tahun 1976 sehingga 1980 beliau belajar homeopati dari Dewan Perubatan Homeopati Singapura . Kemudian memperoleh Doctor of Homeopathy dari Brantridge Forest School Sussex, England . Beliau juga mendapat Doktor Falsafah dari Open International University, Sri Lanka dan pelbagai anugerah berprestij yang jarang diperoleh oleh kebanyakan pengamal homeopati di Malaysia.


Sebagai usahawan, beliau menapak maju dengan tertubuhnya beberapa syarikat yang dimiliki, khususnya Sistem Era Edar Sdn Bhd . Di antara produk popular beliau ialah Examo, Salindah dan beberapa jenama yang menjadi bualan dan digemari ramai. Selain aktif dalam pertubuhan homeopati dan perniagaan, beliau turut melibatkan diri dalam aktiviti sosial dan kemasyarakatan. Kehadiran beliau sebagai seorang pengamal yang berjaya dalam keusahawanan homeopati tiada bandingannya di Malaysia.


Kini beliau memiliki kilangnya sendiri iaitu Homeopathic Laboratories (M) Sdn. Bhd. (Pendaftaran No. ), yang beroperasi di alamat 58 dan 62, Taman Industri KEDA, Napoh, Jitra, Kedah. Kilang ini,ringkasnya Homeolab, telah beroperasi sejak 1998, dan mempunyai Lesen Pengilang No. MALLP20000700 serta Sijil PBKD 000554. Homeolab adalah sebuah kilang farmaseutikal yang memenuhi piawaian GMP (Amalan Pengilang Baik).


Kenapa Salindah.

Ibu-ibu hamil yang bijak akan memilih Salindah sebagai pemakanan dan rawatan dari awal kehamilan sehingga habis pantang . Ini kerana Salindah adalah terdiri daripada rumusan Homeopati , Biokimia dan Herbalisme yang istimewa. Ianya amat membantu ibu - ibu melahirkan si manja dengan lebih mudah.


Salindah juga diperkaya dengan Kalsium , Kalium , Ferum dan Magnesium untuk menjadikan ibu - ibu hamil lebih sihat dan si manja kelihatan lebih comel, cergas dan pintar. Malahan membantu pertumbuhan gigi dan tulang si manja anda menjadi lebih kuat.


Perhatian! Pengambilan Salindah adalah tidak memberikan kesan sampingan kepada ibu - ibu akan lebih berkeyakinan sepanjang tempoh hamil dan Salindah selamat digunakan


Faedah dan Kelebihan Salindah.



Sebelum Bersalin



B1 - Membantu melegakan deman panas, selsema batuk ,bengkak sendi, sakit kepala, dan menambah darah bagi orang yang pucat.


B2 - Membantu mengatasi masalah kurang selera , menambahkan darah dan sakit tulang. Ia juga boleh diamalkan sebagai rencana pemakan tambahan bagi wanita yang sudah menaglami menopaus untuk masalah kereputan tulang .


B3 - Membantu mengatasi masalah sukar untuk tidur , pelupa malas dan perasaan takut - takut.


B4 - Membantu wanita mengatasi maslah meroyan lama, senggugut dan sakit kepala berdenyut.


B6 - Membantu mengatasi bengkak sendi, sengugut, penyakit keputihan(lukorea) dan memulas dalam perut.


Selepas Bersalin



L7 : Luka, calar - dibuat basuhan dan kompres.


L8 : Sakit kepala, deman garing, bisul, sakit bila menelan, bisul sedang menjadi, sakit mata merah, sakit gigi berdenyut, bengkak-bengkak merah, darah hidung, merancau dan menjerit.


L9 : Lebam, terpukul, kesan terkehel, bisul, lemah badan, sakit pinggang, sakit kesan angkat berat, mulut/nafas berbau, letih lesu, tambah tenaga, hidung berdarah,cirit berdarah memulas, suara parau banyak bercakap dan mimpi gerun kisah kematian.


L 10 : Kekuatan gigi longgar, kuatkan umbi rambut dan kulit pecah.

L11 : Boleh digunakan sebagai tonik biasa untuk sesisi keluarga

Saturday, May 1, 2010

WAJAH PEMIMPIN ISLAM YG DITAKUTI YAHUDI LAKNATULLAH



Gambar itu cermin seribu perkataan..Melihat gambar Presiden,Ahamdinejad saya teringat kisah Rasullullah dan para sahabat seperti saidina Umar ibnul Khattab..didalam kezuhudan mereka,terserlah kehebatan dan keagungan Islam..dicelah-celah senjata nuklear Pakistan,mereka tunduk na'am kpd kuffar laknatullah..diperbaringan permaidani lusuh terserlah kegerunan musuh Islam terhadap Iran.
Dipetik dari blog kpu..

SARAPAN PAGI SEORG MENTERI BESAR


Dipetik dari blog kpu

Thursday, April 29, 2010

SELAMAT HARI LAHIR ABG (29/4/1978)


Salam Ukhuwwah...


Hari ni merupakan hari lahir my hubby yg ke 32..selamat hari lahir abg,ju doakan semoga abg panjang umur,dimurahkan rezeki..dikuatkan iman..dan rumahtangga kita kekal bahagia hingga ke akhir hayat kita..


Semakin meningkat usia ni...saya lihat byk perubahan pd diri abg..abg dh rajin solat jemaah di masjid,sblm ni pn pi masjid tp selang2 je tp sekarang setiap maghrib dn isyak serta subuh dia akan solat jemaah di masjid...abg kata ust ckp kena pergi solat kat masjid 40 hari berturut2 tanpa selang,InsyaALLAH org itu akan lekat trus berjemaah kt masjid..biasanya waktu pg abg akan bgn awal..lengkap dgn baju kerja ke masjid solat subuh kemudian terus ke ofice..


Abg juga makin aktif dlm aktiviti keagamaan..setiap mlm pasti ada mesyuarat,mesyt pasti la..mesyuart pemuda la..mesy caw la..dan setiap cuti hujung mgg pasti dipenuhi dgn pr ogram..

Kadang2 kami x sempat bersembang..apa taknya..balik kerja dh dekat pukul 6 ptg..mlmnya pergi meting sampai pukul 1 pg,waktu tu saya dn anak2 dh tidor..pukul 6 pg dh pergi kerja..kadang2 kami hanya bersembang kot tel semasa abg kat ofice je.... spjg perkahwinan kami la..setiap hari abg ke pejabat dia tentu akan tel wlaupn sekali tanya ttg saya dn anak2..walau sesibuk manapn dia tentu akan tel saya dirumah..


Tp itulah pengorbanan yg perlu saya lakukan sbg isteri..walaupn saya tidak terlibat dgn mana2 tp saya tidak pernah menghalang abg utk aktif..bila cuti hujung mgg abg ada prog,saya dn anak2 balik rumah mak di tikam batu tu je la..bg anak2 main dgn tok dn tok wan.....tp klau abg free tak dak prog dia tentu akan bersama saya dn anak2 sama ada dok kt rumah atau pergi shopping dn bawa anak2 ke taman mainan...itulah suami kesayangan ku...suami yg cukup2 memahami diri ini..suami dn abah yg penyayang....terima kasih abg kerana sanggup menerima diri ini seadanya..semoga rumah tangga kita berkekalan..susah dn senang akan kita harungi bersama...i love you...........

Sunday, April 25, 2010

NASUHA DH PANDAI MAKAN...NYUM..NYUM..

Salam Ukhuwwah...

NASUHA dah 4 bulan lbh...saya dh mula beri dia makan,sbb setiap kali kakak2 dia mkn mulut nasuha pasti bergerak2 mcm mengunyah makanan dn semua je benda dia nk masukkan dlm mulut...mula2 sekali saya kenalkan dia dgn bubur nasi...petua mak teh basuh beras bg cuci2 dh tu toskn dan jemur sampai kering,dh kering blender sampai halus...so bila nak buat bubur terus je ambik sikit masukkan dlm periuk dan masak mcm biasa..dgn cara ni lbh cepat..mcm utk kakak2nya dulu saya masak dulu bubur nasi kemudian baru blender sampai halus,so hari2 kena blender tp dgn cara ni tak payah hari2 blender dh... tp saya x masak bubur hari2,saya selang dgn cookies radix HPA..saya rendam cookies dlm air suam dan kacau so jdlah mcm nestum...nasuha mmg suka sbb sekali makan 2 keping..selain itu saya juga berikan GROWELL,nestum era edar tu pn nasuha suka juga...selain itu saya juga berikan kentang,carot dan buah kat nasuha...semua tu saya rebus dulu kemudian blender sampai halus...nasuha paling suka kentang...minggu ni saya juga campurkan nasi dgn kentang pulak,nampaknya nasuha lagi suka sbb byk dia mkn...utk nasuha saya cuba pelbagaikan makanan agar tidak menjadi sprt kakak2nya yg susah nak makan..

Tasnim...waktu kecil dulu mmg suka bubur nasi,hari2 mkn bubur nasi tp cukup je umurnya sethn x mau mkn nasi smpai sekarang...makanannya harianya cuma susu,roti,funfried dn nuget je...tp paling kuat minum susu,dulu sekotak tahan seminggu tp sekarang sekotak utk 3 hari je..

Aufa pulak..mkn nasi tp lauknya cuma ikan bilis,keropok ikan,papedom je dak pn nasi ayam...sekarang baru pandai makan nasi goreng tp nasi goreng kosong je..nasi yg digoreng dgn bawang mkn dgn ikan bilis..gulai,sambal,ikan,sotong dan udang semuanya dia x mkn..

Harap nasuha nanti tak jd mcm kakak2nya...saya akan cuba pelbagaikan makananya agar besar nanti dia mau mkn semua jenis makanan..

Wednesday, March 31, 2010

CIRI2 CALON SUAMI YG IDEAL


Salam Ukhuwwah


15 Rabiulakhir 1431HEmail : Shah Bundy


Sering kita mendengar maksud sepotong hadith yang berbunyi,"Dikahwini wanita itu (untuk dijadikan isteri) kerana empat perkara iaitu harta kekayaannya,keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka utamakanlah (dalam pemilihanmu itu) wanita yang kuat beragama, nescaya sejahtera hidupmu” (Riwayat Bukhari dan Muslim).Secara umumnya hadith ini menyenaraikan tentang ciri-ciri wanita yang biasanya menarik perhatian lelaki untuk dijadikan calon isteri. Wanita yang kaya, berharta, berdarjat tinggi dan cantik jelita adalah pakej lengkap yang meruntun hati kaum lelaki untuk menyuntingnya.Namun yang lebih penting hadith di atas menyarankan kepada kaum lelaki agar memilih bakal isteri yang memiliki ciri “kuat penghayatan agamanya”. Ini disebabkan wanita yang melaksanakan segala ajaran agama akan memberikan pengaruh serta kesan yang besar terhadap kebahagiaan hidup berumahtangga.


Bagaimana pula ciri-ciri lelaki yang baik untuk dijadikan suami? Jika hadith di atas memberi panduan kepada kaum lelaki dalam memilih bakal isteri mereka, maka di samping itu Islam juga memberi panduan kepada kaum wanita dalam memilih bakal suami mereka.Hal ini disebabkan aspek memilih jodoh bukanlah perkara yang boleh dipandang mudah. Ia tidak boleh dilakukan dengan terburu-buru atau tanpa penilitian yang mendalam. Ini disebabkan perkahwinan melibatkan soal kehidupan, zuriat, hak, tanggungjawab dan kasih sayang yang bakal kita jalani bersama dengan pasangan.Lebih-lebih lagi bagi seorang wanita, ia perlu menyelidik terlebih dahulu latar belakang bakal suaminya dari segi akhlak serta penghayatan agamanya.Ini kerana menurut kajian, kaum wanitalah yang paling teruk menerima kesan buruk apabila suami mengabaikan hak isteri, tidak mempergauli isteri dengan baik, curang, tidak melaksanakan tanggungjawab terhadap keluarga dan sebagainya. Adalah menjadi kewajipan ibu bapa memberikan panduan yang baik bagi anak-anak perempuan mereka mencari bakal suami dari kalangan lelaki yang berakhlak tinggi dan taat pada ajaran agama. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:“Jika seorang lelaki datang untuk meminang anak perempuan kamu dan kamu redha (berpuas hati) tentang agama dan akhlaknya, maka nikahkanlah dia (dengan anak perempuan kamu). Jika hal itu tidak kamu lakukan, akan berlakulah fitnah di muka bumi dan kerosakan yang besar”Sesungguhnya sifat-sifat inilah (baik akhlak dan agama) yang mesti dijadikan kriteria utama di dalam memilih bakal suami sebelum dilihat atau dipilih pada sudut harta, pangkat dan kedudukan lelaki tersebut. Lelaki yang sederhana kehidupannnya tetapi berakhlak mulia serta taat melaksanakan segala perintah Allah SWT dan rasul-Nya itulah sebenarnya seorang yang kaya, sebaliknya lelaki fasik (ingkar kepada suruhan Allah SWT ) walaupun hidup kaya raya, hakikatnya ia adalah miskin.Mengapa demikian? Kerana kefasikan hidup akan melesapkan harta kekayaan melalui aktiviti perujudian, minuman keras, berkunjung ke tempat - tempat maksiat, berfoya-foya dan sebagainya. Hak-hak isteri dengan sendirinya hilang dan terabai. Isteri hidup dalam tekanan perasaan kerana tanggungjawab terhadap keluarga dan anak-anak dilupakan. Inilah yang dimaksudkan oleh Rasulullah SAW dalam hadis di atas sebagai “fitnah di muka bumi dan kerosakan yang besar”.Suami yang hidup dalam kefasikan bermakna mengundang murka Allah SWT. Jika Allah SWT sudah murka, bagaimanakah rahmat dan keberkatan hidup berumahtangga akan dapat dinikmati?Diriwayatkan dalam sebuah kisah, seorang lelaki datang menemui Hasan bin Ali RA (cucu Rasulullah SAW) untuk meminta nasihat. Katanya, “Anak perempuanku dipinang oleh beberapa orang lelaki. Dengan lelaki yang bagaimanakah yang layak dikahwinkan dengan puteriku?” Hasan menjawab,“Kahwinkanlah dia dengan lelaki yang bertakwa kepada Allah, kerana jika ia menyukai isterinya ia pasti mengasihinya, tetapi jika ia tidak menyukai isterinya pasti ia tidak akan berlaku zalim terhadapnya (tetap menghormati isterinya)”.Prof. Dr. Miqdad Yaljan dalam bukunyaMenurut beliau lagi, sekiranya perceraian berlaku, ia akan lebih mendatangkan kemudaratan kepada wanita berbanding lelaki sama ada dari sudut sosial, psikologi dan ekonomi. Tambahan lagi pandangan negatif sesetengah masyarakat kepada wanita bergelar janda menambahkan lagi tekanan perasaan mereka. Malah perasaan malu akibat perceraian lebih dirasai oleh golongan wanita berbanding lelaki.Rasulullah SAW juga amat benci kepada mana-mana bapa (atau wali)yang mengahwinkan anak perempuan mereka dengan lelaki yang fasik. Baginda mengingatkan dalam sabdanya yang bermaksud:Lihatlah betapa tegasnya Rasulullah SAW dalam menggesa para ibu bapa agar mengahwinkan anak perempuan mereka dengan lelaki yang beriman dan menjauhi dari mengahwinkannya dengan lelaki yang fasik.Apakah fitnah atau malapetaka yang lebih besar selain daripadamenikahkan anak-anak yang berjiwa bersih, berperibadi mulia dan taat menjalankan suruhan agama dengan lelaki yang tidak menghiraukan perintah Allah SWT dan bergelumang pula dengan maksiat?Kita melihat bahawa berapa ramai anak-anak perempuan yang ketika berada di bawah naungan keluarganya tidak pernah melakukan maksiat, tetapi apabila berkahwin dengan lelaki fasik, mereka terus hanyut dalam arus maksiat yang diterajui oleh suami mereka sendiri.Gadis yang pada mulanya berperibadi mulia, akhirnya terseret jauh oleh kesesatan suaminya. Memakai pakaian yang mendedahkan aurat, meninggalkan solat dan bentuk-bentuk ibadah lainnya. Semua ini jelas merupakan kerugian yang nyata sekali bagi dirinya.Oleh sebab itu, amat wajarlah Rasulullah SAW menghukum mana-mana bapa atau wali yang mengahwinkan anak perempuan mereka dengan lelaki yang fasik, yang seolah-olah dia memutuskan hubungan silaturrahim dengan anak perempuannya sendiri.Kesimpulannya, kaum wanita perlu lebih teliti dan berhati-hati dalam soal pemilihan jodoh. Ini kerana perkahwinan bukanlah kontrak perniagaan yang berorientasikan keuntungan semata-mata, tetapi ia merupakan “ikatan sosial” yang merangkumi pelbagai aspek kemanusiaan seperti pertalian jiwa, kasih sayang, ketenangan hati, tuntutan biologi, nasab keturunan, hak, tanggungjawab, toleransi dan sebagainya.Hayatilah firman Allah SWT yang bermaksud:“Dan kahwinkanlah orang orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki mahupun perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dengan limpah kurniaan-Nya,kerana Allah Maha Luas rahmat-Nya lagi Maha Mengetahui(an-Nur: 32).“al-Bayt al-Islami Kama Yanbaghi An Yakun” menulis: Soal perkahwinan adalah persoalan hidup keseluruhannya. Lebih-lebih lagi kaum wanita dalam membuat penelitian terhadap bakal suami. Ini kerana kuasa talak terletak di tangan suami mereka.“Sesiapa yang menikahkan anak perempuannya dengan lelaki fasiq bererti ia telah memutuskan hubungan silaturrahim dengan anaknya sendiri”.


Dipetik dari blog cina islam

Tuesday, March 30, 2010

MAHLIGAI KASIH (18/10/2003)







Salam ukhuwwah...
Bulan oktober nanti genap usia perkahwinan kami 7 thn dan telah kurniakan 3 cahaya mata...Alhamdulillah selama 7 thn ini, rumahtangga yg kami bina ini sentiasa bahagia dan tenteram...walaupn kadang2 kami berselisih pendapat tp biasala kn sedangkan lidah lg tergigit inikan pula kita manusia..Alhamdulillah suami juga sgt penyayang..dan memahami diri ini...sentiasa bertolak ansur....Semoga Allah memberkati rumahtangga kami dan kami kekal sehingga akhir hayat...amin.

Saturday, March 27, 2010

AS SYAHID SHEIKH AHMAD YASIN: JASAD MU HANCUR TP PERJUANGANMU TETAP UTUH


Salam Ukhuwwah..


27 Mac 2010
As Syahid Sheikh Ahmad Yasin:Jasadmu Hancur tetapi Perjuanganmu Tetap Utuh!

11 Rabiulakhir 1431H.

Nama sebenar beliau adalah Ahmad Ismail Yasin. Lahir pada tahun 1938 di Desa Al-Jaurah, utara Ghazzah. Beliau yang sangat meminati olahraga, telah mendapat kecelakaan yang menyebabkan ia diserang kelumpuhan total. Namun, itu tidak menjadi penghalang kepadanya untuk bergerak sebagai aktivis perjuangan Islam dan jihad menghadapi penjajah Yahudi.

Keluar masuk penjara sudah menjadi kebiasaan baginya baik penjara regim Sekular Palestin, PLO (Yaser Arafat) – sekarang Fatah atau penjara Israel. Sebahagian besar hidupnya dihabiskan diatas kerusi roda yang ditolak oleh pembantunya. Seksaan di penjara Israel menyebabkan ia bukan hanya terus lumpuh, namun bertambah derita lain seperti pandangan mata kirinya yang kabur dan telinga yang tidak dapat mendengar lagi dengan baik. Ditambah dengan penyakit jantung serta gangguan pencernaan.

Siksaan berterusan membuatkan fizikalnya menjadi semakin lemah. Namun, fizikalnya yang rosak bukan penghalang baginya untuk teguh menasihati, membangkitkan semangat ummah dan para pejuang Palestin sehingga ianya menjadi mimpi ngeri bagi Israel. Setiap patah kata-katanya diterima pakai dan dilaksanakan.

Tahun 1983, beliau dipenjarakan lagi atas dakwaan menubuhkan kumpulan rahsia ‘Tanzhim ‘Askari’ dan memprovokasi massa agar menyahkan Israel dari muka bumi. Mahkamah tentera Zionis menghukumnya dengan penjara selama 13 tahun. Tidak sampai tempoh itu, beliau dibebaskan.

Tahun 1987, Harakatul Muqawwamatul Islamiyyah (Hamas) ditubuhkan sebagai sayap Ikhwan Muslimin Palestin. Sheikh Yasin diangkat menjadi amir pertama. Hamas gerakan jihad dengan meletakkan Islam sebagai dasar perjuangan. Namun, mereka tetap menjaga hubungan dengan gerakan kemerdekaan Palestin yang lain seperti PLO yang agak berhaluan secular. Tanggal 09 Dis 1987, Intifadhah besar-besaran Palestin kali pertama dibangkitkan.

Detik-detik akhirnya tiba jua. Saat selesai menunaikan solat Subuh tanggal 22 Mac 2004, sejurus melangkah untuk keluar dari masjid, 3 peluru berpandu yang ditembak oleh helicopter Apache tepat mengenai kepala dan tubuhnya. Kepalanya hancur dan tangannya putus. Kerusi roda yang dinaikinya hancur musnah. Dagingnya terpaksa dikutip satu persatu dan dimasukkan ke dalam plastic.

Isterinya, Hajjah Ummu Muhammad memberitahu bahawa, hari-hari terakhir suaminya sudah dirasai oleh Sheikh Yasin sendiri. “ saya punya firasat akan segera mendapatkan kesyahidan dan memang itulah yang saya minta. Saya hanya mencari akhirat, bukan dunia” kata Sheikh Yasin pada anak-anaknya.

Pada malam terakhir, beliau beri’tikaf di masjid Majma’ Al-Islamiy dan berniat puasa sunat setelah meminum segelas air putih. Kemudia beliau menunaikan Solat Subuh. Ancaman bahaya dirasai oleh ahli jama’ah masjid dan mereka bertindak mengambil tayar-tayar serta membakarnya agar asap yang naik nanti akan melindungi pergerakan beliau. Namun, Sheikh Yasin melarangnya.

Beliau terus keluar dari pintu masjid dan sejurus itu, peluru menghentam beliau dan para pengawalnya termasuk menantunya, Khamis Musytaha. Mereka semua gugur syahid.

Dicatat dari Blog Cina Islam : DRS. KHALIL IDHAM LIM

Friday, March 26, 2010

PERMATA HATIKU


Salam Ukhuwwah...

nuril aufa..nuril tasnim...nuril nasuha..itulah nama puteri-puteriku..permata hatiku..buah hatiku..anak2ku sudah makin membesar,aufa dh 6 thn,tasnim dh 3 thn dn nasuha dh nk masuk 4 bln..begitu cpt masa berlalu tanpa ku sedari usia perkahwinan kami sudah masuk 7 thn..kami sudah memiliki 3 puteri,cuma puteranya blm ada..mungkin akan dtg..InsyaAllh..seronok lihat telatah anak2 ni walaupn kadang2 nak marah juga apa taknya..aufa suka mengusik,kak ngah pula suka menangis..bila kakak jeling pn kak ngah dh nangsi pendek kata tasnim ni mmg hobi dia menangis la.nasuha pula dh makin pandai,asyik nk suruh dukung je,bila bg tidor je trus nangis..paling dia suka bawa jln2 kot luar..aufa pn makin hari dh makin pandai membaca..menulis..iqra'5 pn dh nk habis..

Tuesday, March 23, 2010

HOSPITAL SEBERANG JAYA (nasuha)


Salam Ukhuwwah...

Dok tgk album td trjumpa gambar abg ambik masa saya dihospital keika nak lahirkan nasuha..pengalaman melahirkan nasuha mmg tak dpt dilupakan..aufa dan tasnim dilahirkan normal tetapi semasa nasuha saya dimasukkan ubat utk bersalin awal..due sepatutnya 14 disember 2009..tetapi nasuha selamat dilahirkan pd 30 nov 2009. 29 hb saya sudah dimasukkan ke hospital iaitu pd hari ke-3 raya haji..raya masa tu mmg dh tak semangat sbb dok ingat kena masuk hospital..
Pagi 30hb baru ubat dimasukkan tetapi sehingga tghari belum ada tanda2 sakit..tpt jam 4 ptg doktor memasukkan lg sebiji ubat..slps ubat dimasukkan saya sudah mula berasa sakit..mulanya sakit sedikit je tp lama kelamaan semakin kuat..kebetulan pula my hubby minta saya ditukarkan ke wad kelas 1 sbb kelas 3 agak sesak..so dlm keadaan sakit saya gagahkan diri angkat brg pindah ke bilik..dlm bilik tu ada 3 org,kebetulan salah seorg tu wife kpd kwn abg.sempat lagi saya bersembang walaupn sakit teramat sgt..jam di dinding tpt pukui 10 mlm,saya sudah tak dpt menahan sakit yg semakin kerap..saya minta kak sebilik tu panggilkan nurse..nurse dtg dan minta saya kebilik utk memeriksa bukaan..dh 7 cm..nurse terus bawa saya ke bilik bersalin..nurse tu ckp baru 7 cm lambat lg ni nnti boring tunggu kt bilik bersalin..saya senyap je sbb terlalu sakit..sampai kat bilik bersalin..nurse menyediakan kelengkapan bersalin dan masa tu baru 8cm,nurse tu ckp masih lambat lg mungkin dlm pukul 1 @ 2 pagi baru saya akan bersalin..tp saya rasa terlalu sakit sgt seperti dh nak bersalin,saya trus panggil nurse dia check dh 9cm dan dia pn hairan sbb terbuka cpt..sakit ni tak tau nak cerita la..Allah je tau..nurse kata blm lg dia pn pusing nak keluar bilik blm sempat dia nak keluar saya panggil sbb dh tak thn sakit sakit yg terlampau kuat,dia pn check sekali lg dn dia agak terkejut sbb dh nampak kepala baby..akhirnya saya selamat melahirkan nuril nasuha tepat jam 11.59 mlm tarikh 30/11/2009.

ZOO TAIPING (cuti sekolah)



Salam Ukhuwwah..

Dah lama tak menulis dlm blog ni..terlalu sibuk dgn anak2..nasuha makin hari makin cerdik..dah tak mau dok di bawah asyik nak suruh dukung je bawa jln2,dok dlm rumah nangis tp klau bawa jln kat luar ketawa bukan main dia..sampai nak buka pc ni pn x sempat....

Dah 2 hari aufa mula bersekolah....tak sabaq dia nak ke sekolah sbb nak cerita kat kwn2 dan cikgu dia ke zoo taiping cuti sekolah hari tu.....dah lama aufa ajak ke zoo tapi abah asyik sibuk je,kebetulan cuti sekolah retu abah free sikit so dpt la pegi..tasnim pn seronok sgt dengar kata nak ke zoo..maklum la dh lama tak pegi..pernah pegi sekali masa tu aufa baru 3 thn dan tasnim blm sampai sethn lagi so depa dh tak berapa ingat dah le..setengah hari juga kami kat zoo tu..aufa la yg paling seronok asyik minta abah ambik gambar dia je..tasnim pula takut2 sikit,takut gajah tangkap dia..nasuha pula cool je langsung tak nangis agaknya seronok jugak kot...mak tok dia org ikut sekali..saja ajak mak sekali sbb kami pn dah lama tak bawa dia berjln2...

aufa dan tasnim betul2 seronok dpt pi zoo..umi dan abah turut gembira..

Friday, February 12, 2010

WANITA SOLEHAH

Salam Ukhuwwah

satu lg artikel yg menarik dr cina islam utk kita kongsi bersama..saya mmg suka buka blog cina islam ni,sbb selain maklumat ttg isu semasa di dlm blog ini juga terdapat byk artikel utk panduan kita sbg seorang muslimah/isteri..jadi mana2 artikel yg ada kaitan dgn muslimah atau isteri saya akan copy ke blog saya utk rujukan kita bersama.

Daripada Imam Ahmad dan Imam Muslim, daripada Umar r.a., Rasulullah sallallahualaihi- wasallam bersabda : “Bermula dunia ini ialah kesukaan dan keseronokan dan sebaik-baik kesukaan itu ialah perempuan yang solehah.”

Dalam sebuah hadis yang Rasulullah sallallahualaihiwas allam bersabda: “Mahukah kamu aku beritahu dari hal sebaik-baik barang yang perlu disimpan oleh seorang lelaki?” Iaitu isteri yang solehah. Jika suami melihat kepadanya diaakan gembira , jika suaminya menyuruh sesuatu dia akan taati dan jika suami tiada di rumah dia akan menjaga harta suaminya dan memelihara kehormatan dirinya.” (HR:Ibnu Majah)

Isteri yang solehah itu selalu memerhatikan akan tanggungjawabnya sebagai isteri, ia hanya berbuat sesuai dengan ketentuan Allah. Di antara ciri-ciri isteri solehah itu ialah bertanggungjawab terhadap kerja-kerjanya.

Pada dasarnya kewajipan isteri solehah itu ialah:


1. Patuh dan taat kepada suami yang soleh

Rumahtangga bahagia sebenarnya terletak pada isteri yang solehah. Ia taat kepada perintah Allah dan Rasul serta setia kepada suami yang soleh.

“Wanita yang solehah ialah yang taat kepada Allah lagi memelihara diri (tidak berlaku curang serta memelihara rahsia dan harta suaminya ) di belakang suaminya, oleh kerana Allah telah memelihara mereka…”
(Surah An-Nisa’:34)

Isteri yang solehah itu di samping patuh kepada perintah Allah dan Rasulullah sallallahualaihi- wasallam, ia patuh terhadap suaminya dan menyimpan segala rahsia baik diluar rumah mahupun di dalam rumah. Ia selalu tersenyum dan menunjukkan muka manis terhadap suaminya. Tabiatnya yang baik itu menambah kasih sayang suaminya terhadapnya. Ia tidak pernah membantah kata-kata suaminya yag baik, semuanya dikerjakan dengan patuh kerana Allah.

Isteri yang baik apabila berkata dengan suaminya dengan suara yang lemah lembut dan penuh kesopanan . Begitu pula tidak boleh memerintah kepada suami, kecuali diucapkan dengan suatu yang baik sebagai suatu pertolongan. Walau bagaimanapun, ketaatan isteri terhadap suami tidak dalam semua perkara. Sekiranya perintah suami boleh membawa dosa, maka isteri dibenarkan membantah.

Rasululllah bersabda, “Jika diizinkan seorang manusia sujud kepada manusia,tentu aku akan suruh wanita-wanita sujud kepada suaminya lantaran begitu besar Allah jadikan hak lelaki keatas wanita”

2. Menguruskan rumahtangga

Seorang isteri Muslimah disuruh oleh Allah agar sentiasa berada dirumah dan tidak boleh pergi kemana-mana sesuka hati tanpa izin suami. Duduk dirumah bukan bererti hanya berdiam diri sahja tetapi mengerjakan tugas sebagai isteri.

Hikmah daripada perintah Allah tersebut iaitu, supaya para isteri dapat menjaga dan mendidik anak secara lebih sempurna ketika suami mencari rezeki. Disamping itu isteri dapat melakukan pekerjaan rumah seperti menghias rumah dan sebagainya.Walaupun ianya nampak remeh, tetapi ianya amat bermanfaat untuk menjamin keharmonian keluarga.

3.Berhias untuk suami

Menghias diri merupakan kegemaran wanita. Namun kadangkala wanita yang tidak faham akan kewajipannya, ia berhias diri ketika akan keluar rumah. Tetapi ketika di rumah ia dalam keadaan tidak bersih, kadangkala ramutnya pun tidak terurus. Padahal di dalam Islam menganjurkan supaya isteri berhias hanya untuk suami.

Tujuan isteri berhias ketika di rumah ialah supaya suami terhibur. Jika suami pulang dari tempat kerja dalam keadaan letih dengan melihat isteri dalam keadaan berseri-seri serta pakaian yang bersih, maka ia menjadi penawar kepada suami. Sehingga keletihan dalam mencari rezeki tadi menjadi hilang, dan bertambahlah kasih sayangnya terhadap isteri.
menjadi hilang, dan bertambahlah kasih sayangnya terhadap isteri.
Sabda Rasulullah SAW: “Dari Jabir ra. Ia berkata: Kami pernah pergi bersama-sama Rasulullah di dalam satu peperangan. Ketika kami sampai ke Madinah, kami ingin masuk ke rumah masing-masing. Maka Rasulullah SAW pun bersabda: Bersabarlah, iaitu masuklah pada waktu malam iaitu selepas Isyak, supaya isteri dapat bersikat rambutnya yang kusut dan supaya ia dapat berhias kerana telah lama telah ditinggalkan suaminya.”
(HR:Muttafaqun Alaihi)

Berhias bukan sahaja bagi menyambut kepulangan suami dari tempat kerja tetapi juga ketika suami ada di rumah. Wanita Islam hanya boleh berhias untuk dirinya sendiri dan untuk suaminya. Berhias mestilah dilakukan secara besederhana , kerana tujuan berhias agar ia kelihatan bersih dan senang dilihat oleh suami.

4. Melayani suami
Hubungan seks merupakan penawar kebahagiaan rumahtangga. Ia dipandang sebagai punca keharmonian rumahtangga. Oleh sebab itu isteri hendaklah memberikan layanan yang baik kepada suami dan tidak boleh menolak kemahuan suaminya .

Seorang isteri akan dikutuk oleh malaikat apabila ia menolak kemahuan suaminya sehinggalah suaminya reda kepadanya. Mungkin dalam keadaan tertentu isteri boleh menolak kemahuan suaminya seperti dalam keadaan sekit, atau dalam keadaan yang dilarang oleh syara’ untuk melakukan persetubuhan seperti dalam keadaan haid dan sebagainya.

5. Berpakaian menurut ajaran Islam

Isteri yang menutup auratnya merupakan isteri yang solehah, ramai wanita pada zaman sekarang ini yang berpakaian tetapi telanjang kerana ia menutup bahaian tertentu sahaja, kalau menutup semua pun tetapi bentuk badannya tetap nampak jelas.

Allah SWT berfirman, ertinya: “Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutupi auratmu dan pakaian indah sebagai perhiasan. Dan pakaian taqwa itulah yang paling baik. Yang demikian itu adalah sebahagian daripada tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu ingat.” (Surah Al-A’raar:26)

Jilbab merupakan satu fesyen pakaian wanta Islam yang menutup tubuh atau sebahagian besar badan wanita di sebelah atas, kecuali muka dan tapak tangan. Jilbab tidak menampakkan tubuh badan. Allah memerintahkan supaya berpakaian demikian supaya dapat membezakan antara wanita beriman dan tidak beriman, ia juga supaya terhindar dari golongan munafik.
Firman Allah yang bermaksud: “Hai Nabi, katakanlah kepada isteri- isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: “Hendaklah mereka mengulurkan Jilbab mereka ke seluruh tubuh mereka.”Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, kerana itu tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha Penganmpun lagi Maha Penyayang..” (Surah Al-Ahzab:59)

6. Memberi motivasi terhadap cita-cita suami
Isteri yang solehah adalah isteri yang mahu menjadi teman berunding bagi suami dan menjadi sahabat dalam menyelesaikan pelbagai masalah. Itulah hubungan suami isteri itu diertikan orang sebagai “teman hidup”.Jika suami menghadapi masalah untuk mencapai cita-citanya dan cita-cita keluarga maka bermotivasilah kepadanya dan hiburkanlah hatinya .

Isteri teladan disamping ia memberi dorongan dan bermotivasi kepada suami ia juga merupakan sumber ilham bagi suami. Ini membuatkan hati suami tenteram apabila bersama isteri dan segala masalah dihadapinya bersama-sama.

Di antara ciri-ciri isteri solehah yang lain ialah:
1. Mentaati Allah SWT dan mengerjakan segala perintah suami selagi tdak melanggar perintah Allah.
2. Bersikap malu terhadap suami.
3. Berdiam diri ketika suami sedang berkata-kata, baru berbicara setelah ia selesai berbicara.
4. Berdiri tegak sebagai tanda hormat semasa ia datang dan pergi.
5. Sentiasa menyerahkan diri kepadanya apabila ia memerlukannya.
6. Memakai wangi-wangian di hadapan suami.
7. Menjaga mulut daripada bau-bauan yang tidak menyenangkan.
8. Tidak mengkhianati dan berlaku curang terhadapnya ketika ketiadaan suami.
9. Sentiasa menghormati keluarga suami .
10. Bersyukur di atas apa yang disediakan oleh suami.
11. Tidak berpuasa sunat tanpa kebenaran suami.
12. Tidak keluar rumah kecuali dengan izin suami.


Dicatat oleh DRS. KHALIL IDHAM LIM

PESANAN BUAT YG BARU BERGELAR ISTERI

Salam Ukhuwwah...

Pesanan IMAM GHAZALI kepada anak perempuannya pada hari perkahwinannya:

ANAKKU!

Engkau sekarang akan berpindah dari rumah tempat engkau dibesarkan. Dan akan berada di tempat tidur yang engkau tidak engkau kenal. Dan rakan hidup yang engkau tidak biasa dengannya. Itulah suamimu..

Jadikanlah dirimu ibarat seorang khadam kepadanya. Nescaya dia pula akan menjadi khadam kepadamu. Jangan engkau memaksa-maksa apabila engkau meminta sesuatu daripadanya. Itu akan membuatkan dia berasa benci kepadamu. Jangan pula engkau menjauhkan diri, nescaya dia akan melupakan engkau. Dan kalau dia pula menjauhkan diri secara marah kerana sesuatu sebab yang tertentu. Maka yang eloknya jauhkanlah dirimu daripadanya semasa marah.

Peliharalah hidung, telinga dan matanya…Janganlah membiarkan dia menghidu sesuatu daripadamu melainkan yang harum. Janganlah membiarkan dia mendengar melainkan perkataan yang baik. Dan janganlah membiarkan dia melihat sesuatu daripadamu melainkan yang cantik belaka

Thursday, February 11, 2010

KELEBIHAN LELAKI PADA AKALNYA

Salam Ukhuwwah.

Hari ini saya ingin berkongsi satu lagi artikel menarik dr cina islam..

Allah Maha Bijaksana menjadikan makhluk berpasang-pasang; lelaki dan wanita, bumi dan langit, siang dan malam, syaitan dan malaikat, gunung dan lembah, matahari dan bulan, begitulah seterusnya.Banyak hikmah dalam kejadian alam yang perlu direnung dan dijadikan bukti keagungan Allah. Satu contoh dalam kejadian manusia, Allah jadikan wanita bersifat lembut dengan nisbah 9/10 malu dan 1/10 akal, manakala lelaki 9/10 akal dan 1/10 malu.

Atas kelebihan akal inilah, Allah menjadikan kaum lelaki penjaga bagi kaum wanita. Begitu juga dalam apa jua masalah, Allah menyamakan 2 wanita dengan 1 lelaki; contohnya dalam hal penyaksian.Walaupun kurang berakal, namun wanita ada sifat malu. Kerana ada malulah, wanita dipandang mulia. Kalaulah wanita tiada malu, habislah dunia ini. Begitu juga lelaki, meskipun kurang malu namun mereka mempunyai akal yang dapat memikirkan kesan dan sebab-akibat sesuatu perkara. Kalaulah lelaki tiada akal, dunia akan jadi kocar-kacir.

Begitulah kebijaksanaan Allah untuk menjaga keharmonian alam. Namun apa dah jadi pada masa ini. Wanita sudah tidak ada perasaan malu lagi; bebas bergaul tanpa batas, bebas keluar hingga larut malam. Manakala lelaki pula sudah tidak menggunakan akal lagi malah merosakkannya pula. Fikirkanlah kesan buruk yang akan menimpa masyarakat jika fitrah kejadian ini sudah diabaikan.

Wanita yang sepatutnya malu dah tiada malu lagi; lelaki yang sepatutnya berakal dah hilangkan akal mereka. Perempuan dengan gejala dedah; lelaki dengan gejala dadah.

dipetik dari RAHSIA PERKAHWINAN

Monday, February 8, 2010

BAHASA ISTERI YG PERLU DIFAHAMI SUAMI

Salam Ukhuwwah..

Tanpa komunikasi yang betul keserasian rumah tangga sukar diwujudkan. Sikap isteri dalam keadaan tertentu sukar difahami suami. Dia akan terus berteka-teki dalam perkara itu namun tidak mahu berterus terang. Apabila isteri melakukan sesuatu perkara selalu disalahtafsirkan.

Mereka ini walaupun berkahwin setelah melalui proses perkenalan yang panjang, namun peluang yang ada itu tidak digunakan untuk saling mengenali hati budi masing-masing. Mereka terlupa untuk mempelajari kaedah komunikasi yang berkesan sebagai suami isteri.

Walaupun mereka bertunang bertahun-tahun, namun mereka tidak sempat untuk menilai apakah antara mereka ada perbezaan yang boleh saling lengkap melangkapi. Mereka terlupa untuk melihat keserasian pasangan secara lebih jelas.

Biasanya waktu berkawan mereka terlalu enjoy, hendak seronok sahaja. Semua yang ada pada kekasih masing-masing dilihat indah walaupun buruk. Pada waktu bertunang pula mereka asyik berbincang soal persiapan fizikal sahaja. Padahal jika mereka mengambil puluang itu untuk mengenali peribadi, perwatakan, dan isi budi masing-masing adalah lebih bermanfaat.

Sebenarnya, sewaktu berkawan dan bertunang adalah waktu terbaik untuk mereka mengenali semua itu. Mereka harus mengenali cara pasangannya bercakap, cara dia bertindak dan sebagainya. Semua yang dilakukan itu melambangkan sikapnya sebenar. Jika mereka benar-benar faham, banyak yang boleh diatasi semasa berkahwin.

Kesan daripada tidak faham kaedah komunikasi yang berkesan itu, banyak pasangan yang berkahwin mengalami krisis. Sikap isteri tidak difahami oleh suami hingga kadang-kadang perkara kecil menjadi besar. Dalam ruang ini saya cuba paparkan sikap isteri yang seharusnya suami tahu dan bertindak bagi mengatasinya.

1. Waktu merajuk

Sikap 1.
Tiba-tiba tak mahu bercakap

Maksudnya
Dia tidak suka dengan tindakan suami sebelum itu

Mengatasinya
Berterus terang maksud tindakan, jika perlu minta maaf

Sikap 2.
Tiba-tiba marahkan suami

Maksudnya
Dia cemburu dengan tindakan suami

Mengatasinya
Perlu selidek puncanya, mungkin salah sangka. Jika pasti, berterus terang, bukan menipu

Sikap 3.
Tiba-tiba menangis

Maksudnya
Dia sakit hati dengan tindakan suami

Mengatasinya
Beri penjelasan isu yang ditimbulkan. Beri keyakinan tentang kasih sayang.

Sikap 4.
Tidak mahu memberi khidmat

Maksudnya
Dia sungguh kecewa dengan sikap suami

Mengatasinya
Nilai semua kesilapan suami, dan betulkan semula apa yang tidak disenangi. Jika masih tidak mahu menerima, tinggalkan dia di rumah untuk memberi ruang dia berfikir

Suami yang tidak memahahami sikap isteri di atas akan bersangka buruk terhadap isterinya malah ada yang menuduh isteri curang.

2. Waktu gembira

Sikap 1.
Dia sudah rajin masak

Maksudnya
Tindakan suami sebelum itu menyenangkan hatinya

Mengatasinya
Teruskan sikap itu, jika perlu puji kerajinannya

Sikap 2.
Dia tidak banyak soal waktu kepulangan suami

Maksudnya
Dia puas hati dengan tindakan suami

Mengatasinya
Ucapkan terima kasih kepada isterinya dan menten keadaan itu

Sikap 3.
Dia siap untuk tidur awal
Maksudnya
Dia sudah akur dengan kehendak suami

Mengatasinya
Belajari sikap dan pengalaman manis itu untuk tidak mengulangi kebencian isteri

Sikap 4.
Dia bercakap dengan nada manja

Maksudnya
Dia mahu suaminya bersikap seperti itu juga

Mengatasinya
Hargai sikap isteri dan jauhi dari sikap kontra

Suami yang tidak faham dengan tindakan isteri akan terus menyangka isterinya ada udang di sebalik batu. Akhirnya suami tidak bertindak yang sewajarnya.

3. Waktu benci

Sikap 1.
Kehendak suami tidak dilayan

Maksudnya
Dia mahu suami mengubah sikap yang buruk

Mengatasinya
Baiki kesilapan bukan mempertahankannya

Sikap 2.
Tidak mahu bercakap apabila ditanya walaupun dengan baik

Maksudnya
Dia memprotes sikap suami yang tidak istiqamah berbuat baik

Mengatasinya
Menilai sikap diri mana yang buruk dibuang dan yang baik diperbanyakkan

Sikap 3.
Makan tidak selera
Maksudnya
Dia mahu simpati daripada suaminya

Mengatasinya
Suami perlu melihat masalah isteri dan cuba selamatkan. Tetapi jangan sampai melanggar syariat

Sikap 4.
Tidur seorang diri

Maksudnya
Dia mahu suaminya bertanggungjawab kepada dirinya

Mengatasinya
Suami perlu menilai kelemahan diri dan cuba membaiki kekurangan itu demi kasih sayang

Oleh sebab tidak faham tindakan isteri suami terus marah kepada isteri. Dan atas sikapnya yang tidak sabar itu mereka bergaduh.
4. Waktu mengharap

Sikap 1.
Muka masam

Maksudnya
Apa yang diharapkan tidak menjadi kenyataan

Mengatasinya
Bertanya sebab dan cuba atasi kehendaknya

Sikap 2.
Meminta maaf sambil menangis

Maksudnya
Dia benar-benar insaf
Mengatasinya
Terimalah seadanya dia, dan selepas memaafkannya, nasihatkan berdasarkan kehendak Islam dan apa yang anda mahu

Sikap 3.
Melihat sesuatu barangan dalam tempoh yang lama dan memujinya

Maksudnya
Dia hendak meminta suami membelinya

Mengatasinya
Suami perlu memberi pertimbangan sewajarnya sama ada untuk membelikannya atau tidak

Contoh sikap isteri yang dipaparkan ini mungkin tidak bermaksud begitu, tetapi sebagai suami, tindakan isteri perlu dikaji dengan teliti. Kadang-kadang yang tersurat tidak sama dengan yang tersirat. Beruntunglah mereka yang boleh menilai dengan tepat. Tetapi yang paling penting semua yang berlaku harus disangka baik. Nanti yang negatif akan menjadi positif.

Thursday, February 4, 2010

NASUHA DH 2 BLN


salam Ukhuwwah

Sekejsp je...rasanya mcm baru je melahirkan anakku nasuha.. 30 jan lps genap umur nasuha 2 bulan..dia dh mula pandai ketawa,dh pandai sembang tp dgn bahasa dia le.apa lagi k ngah k long paling seronok tgk nasuha ketawa.nasuha sudah kurang tidor,bila berjaga dh pandai ajak org main dgn dia...bila biar tidor kat bawah je siap kayuh kaki tgn minta diangkat..klau tak angkat dh pandai jerit,bila dh angkat terus gelak.cukup 2 bln nasuha kena ambik suntikan,so isnin lps abah bawa nasuha ke klinik impiana,alhamdulillah slps disuntik nasuha langsung tak demam dan meragam...dia aktif mcm biasa..berat dia dah dekat 5 kg makin bulat la apa taknya minum susu kuat....slps ni tak sabar nak tunggu nasuha meniarap pulak le..

DOSA GUGUR APABILA SUAMI ISTERI BERSALAM

Salam Ukhuwwah...

Dah lama tak tulis dlm blog ni...agak sibuk melayan anak2 sampai tak sempat nak on pc ni..kat bwh ni ada sedikit ilmu rumahtangga yg saya ambik dr cina islam utk kita kongsi bersama.harap para isteri dpt mempraktikkannya agar menjadi ISTERI SOLEHAH ....

Dosa gugur apabila suami, isteri bersalam RASULULLAH saw bersabda, yang bermaksud: "Seorang isteri yang bermuka muram di hadapan suaminya, maka ia dalam kemurkaan Allah hingga ia dapat membuat suasana yang riang gembira kepada suaminya dan memohon kerelaannya."

Begitulah besarnya harga senyuman seorang isteri kepada suaminya kerana senyuman akan mencetuskan suasana kegembiraan yang sebenarnya dikehendaki suami ketika pulang dalam keletihan.

Muka yang masam bukan saja akan menimbulkan kemarahan suami, malahan menyebabkan Allah turut murka dan kemurkaan Allah itu berkekalan hingga isteri berjaya mengembalikan suasana gembira serta memohon keampunan daripada suami.

Sesungguhnya keredaan Allah terletak pada keredaan suami. Justeru, apabila suami pulang segeralah bukakan pintu, persilakan masuk dengan penuh hormat dan ciumlah tangan suami sebagai tanda hormat serta meminta maaf,walaupun isteri merasakan tidak berbuat sebarang kesalahan pada hari itu.

Sebuah hadis ada menyebut bahawa apabila seorang suami bersalaman dengan isterinya, maka gugurlah segala dosa dari celah-celah jari mereka berdua.

Andai mempunyai anak-anak, ajarlah mereka itu untuk selalu bersalaman dengan ayahnya kerana kelaziman akan memupuk rasa kasih dan hormat anak-anak kepada orang tua.

Kebahagiaan rumahtangga terletak pada akhlak dan budi pekerti isteri. Biarpun seorang isteri itu tidak cantik tapi jika cukup sempurna layanannya terhadap suami dan berakhlak pula, tentu ia akan menjadi penghibur dalam rumahtangga.

Oleh itu wahai isteri, hendaklah berlumba-lumba untuk menjadi seorang isteri yang solehah, yang bertakwa, berakhlak mulia dan taat kepada suami.

Rasulullah bersabda, yang bermaksud: "Sungguh-sungguh memintakan ampun untuk seorang isteri yang berbakti kepada suaminya, iaitu burung- burung di udara, ikan-ikan di air dan malaikat di langit selama dia sentiasa dalam kerelaan suaminya."

Jika seorang isteri mengharap cintanya berbalas, maka banyakkan mencari keredhaan Allah melalui keredhaan suami.
======================================================================
= Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :

"Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan, Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu, Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu, dan dosa-dosa yang silam disulami dengan taubat kepada Dzat yang memiliki mu."

Friday, January 29, 2010

FAHAMILAH ISTERI APA YG TERSIRAT DI HATI SUAMIMU

Salam Ukhuwwah..

Berapa tahun anda mendirikan rumah tangga? Ada yang kita temui mengakui sudah bertahun-tahun bersama suami, tetapi masih tidak mengenali hati budi suami masing-masing. Kalau yang baru berkahwin tidak menjadi masalah kerana mereka baru hendak mengenali hati masing-masing. Namun kadang-kadang mereka tidak mengambil kesempatan pada masa itu untuk mengenali satu sama lain.

Sebelum ini saya pernah mencadangkan kepada setiap pasangan yang baru berkahwin agar menulis dan menyenaraikan apakah yang digemari pasangan, dan yang dibencinya. Apabila sudah mengenali kegemaran dan kebencian pasangan, carilah jalan tengah supaya masing-masing boleh menerima seadanya.

Walau bagaimanapun bagi mereka yang tidak sempat melakukan semua itu pada awal perkahwinan, boleh belajar untuk memahami sikap suami dan isteri dalam pergaulan harian. Dalam ruang yang terbatas ini saya akan menjelaskan bagaimana untuk mengenali hati dan sikap pasangan.

Perhatikan sikap di bawah, jika masalah anda sama dengannya, bertindakkah seperti yang dicadangkan di situ.

Sikap Suami
1 Memuji masakan isteri

Maksud Tersirat
Dia suka dengan masakan dan sesuai dengan cita rasanya.

Tindakan
Ambil perhatian dan ingat risipi itu untuk masakan akan datang.

2 Memuji masakan orang lain

Maksud Tersirat
Dia memang suka masakan itu dan dia mahu isterinya belajar masakan seperti itu.

Tindakan
Ambil tindakan segera untuk belajar risipi tersebut.

3. Memuji pakaian seseorang wanita

Maksud Tersirat
Dia mahu isterinya pakai pakaian seperti itu dan bersedia membantu isterinya ke arah itu.

Tindakan
Isteri perlu tanya suami pandangannya secara ikhlas.

4. Memuji seorang wanita

Maksud Tersirat
Dia mahu isterinya bersikap seperti wanita itu.

Tindakan
Isteri perlu mengkaji apa yang istimewa pada wanita itu.

5. Suami selalu bercakap tentang masalah rumah tangga orang lain.

Maksud Tersirat
Dia mahu isteri ambil iktibar agar tidak mengulangi sikap isteri yang bermasalah itu.

Tindakan
Isteri perlu selidik mengapa mereka bergaduh.

6.Suami suka bercakap tentang sebab-sebab keluarga jirannya berpoligami.

Maksud Tersirat
Dia mahu isteri pandai jaganya, jangan jadi macam jiranya. Kalau tidak dia akan merima nasib yang sama.

Tindakan
Isteri perlu membuat kajian mereka boleh berlaku poligami dan cuba membendung dalam pergaulannya.

7.Suami suka mengambil sikap berdiam diri daripada bercakap banyak.

Maksud Tersirat
Dia mahu isteri ambil perlu bercakap dengannya dan mahu dilayan dan dimanjai

Tindakan
Isteri perlu mengambil tindak mengubah cara hidup dan pergaulannya selama ini.

8.Suami mengajak isteri mengurut belakangnya.

Maksud Tersirat
Dia mahu bermanja dengan isterinya.

Tindakan
Segeralah masuk ke dalam bilik dan mengemas bilik tidur.

9.Suami masuk tidur awal

Maksud Tersirat
Dia mahu mengajak isterinya masuk bersama untuk tidur.

Tindakan
Hentikan segalaa urusan dan memberi perhatian kepada suami.

10.Suami membawa balik makanan yang dibeli di luar.

Maksud Tersirat
Suami mahu mengucapkan terima kasih kepada Isteri yang selalu memasak untuknya.

Tindakan
Isteri perlu mengucap terima kasih dan memberi layanan yang baik kepadanya.

Paparan ini adalah pandangan peribadi saya hasil pengalaman dan kajian secara rawak dalam kalangan umat Islam. Lazimnya isteri tidak faham maksud itu, lalu bertindak sebalik sehingga berlaku pergaduhan antara kaki tangan. Caontoh yang paling dekat ialah no 6, apabila suami berbuat begitu, isteri mensyakki sesuatu terhadap suaminya. Dia segera mengenakan syarat yang berbagai-bagi.

Suami sebenarnya tidak mahu poligami tetapi kadang-kadang sikap suami itu seperti doakan pula. Akhirnya suaminya kahwin lain. Jadi, betulkan sikap demi keharmonian rumah tangga.

Saturday, January 23, 2010

MADULIA


Salam Ukhuwwah...

Dh byk hari tak buka pc ni......bkn apa kak long tak sihat dh seminggu batuk dh tu jangkit pula kat kak ngah..dah la dua2 susah mkn ubat.kena pegang kaki tgn picit mulut nak bg mkn ubat,kak long ok juga walaupn kena picit mulut dia telan juga ubat tu tp kak ngah lg susah,dia sembur buang ubat tu..mmg dr kecil depa dua org ni cukup susah nak makan ubat klinik.Tp sejak2 HPA keluarkan ubat batuk namanya MADULIA ok la sikit,mau juga depa makan sbb ubat tu manis tak pahit mcm ubat klinik kata kak long.nama pn madulia kan so manis la sbb campur dgn madu.di bwh ni adalah kelebihan MADULIA HPA:-

-Madu lebah boleh dijadikan ubat batuk jika di campurkan dengan halia merah, cengkih dan kulit kayu manis. Kini HPA mengeluarkan produk ubat batuk kesihatan tanpa bahan kimia yang dinamakan MADULIA.

-Disamping itu, MADULIA juga menghilangkan kahak dalam ruang pernafasan khusus pada mereka yang ada athma. Boleh digunakan pada semua peringkat umur.

-MADULIA menggunakan halia sebagai bahan utama. Ramuan dari beberapa jenis rempahan ini dijangka akan memberikan pilihan kepada pengguna bagi menggantikan penggunaan ubat batuk yang lain. Kita namakan MADULIA kerana madu digunakan sebagai media untuk perawatan batuk disamping herba lainnya.

-Tahukah anda bahawa dalam tempoh 24 jam tidak ada seekor kuman pun yang boleh hidup didalam madu. Oleh sebab itu pada zaman dahulu madu sangat terkenal dijadikan sebagai ubat batuk yang mujarab. InsyaALLAH.

Wednesday, January 20, 2010

CIRI-CIRI WANITA YG PALING BAIK

Salam ukhuwwah..

Kekuatan lelaki bergantung kepada wanita yang baik. Sebaliknya wanita yang jahat boleh merosakan masa depan lelaki. Kenyataan ini mungkin tidak disenangi oleh baik lelaki mahupun wanita. Tapi kenyataan itu boleh dibuktikan seperti berikut:

Wanita :-

1. Isteri sambut kepulangan suami dengan senyuman
2. Isteri menyediakan minuman untuk meredakan kepenatan suami.
3. Isteri menyediakan kain tuala dan berus gigi untuk suami mandi sebelum solat maghrib
4. Isteri siapkan tempat tidur untuk suami berihat selepas solat isya’
5. Isteri menemani suami menjelang tidur dengan perbualan yang menghiburkan
6. Isteri siapkan pakaian untuk kerja dan menghidangkan sarapan pagi
7. Isteri menjaga diri, maruah diri, dan menjaga harta dan anak suami

Lelaki :-

1. Masalah suami di pejabat hilang serta merta, hati gembira melihat keadaan isteri
2. Masalah suami di pejabat hilang serta merta, hati gembira melihat keadaan isteri
3. Suami mandi dan tubuhnya kembali segar sebelum menghadap Allah
4. Jiwa suami tenang sambil merihatkan minda dan tenaga.
5. Suami beroleh tenaga baru kerana mendapat aura isteri
6. Suami pergi kerja dalam keadaan jiwa yang tenang dan terhibur
7. Suami dalam perjalanan ke tempat kerja penuh keyakinan dan dapat bekerja yang penuh ikhlas

Lihatlah betapa cerianya suami ketika pulang dari tempat kerja. Keadaan itu berterusan sehingga suami tidur dan bangun semula. Suami tidak mengharapkan sesuatu daripada isterinya kecuali belaian kasih dan manja sepanjang masa.

Sebaliknya jika isteri jahat, tidak mengikut panduan di atas, maka suami akan berhadapan dengan tekanan perasaan. Perhatikan contoh berikut:

Isteri :-

1. Isteri menyembut kepulang suami dengan pelbagai soalan perangkap
2. Isteri sebuk di dapur untuk membuat makan malam
3. Isteri asyik menonton tv
4. Isteri tidur di hadapan tv
5. Isteri menghantar suami di hadapan pintu tanpa memohon maaf kerana tidak berasa bersalah kepada suami
6. Isteri tidak menjaga maruah diri dan harta suami diperlakukan sesuka hati.

Suami :-

1. Suami yang hendak masuk rumah berkira-kira untuk keluar rumah, masalah menjadi bertambah berat
2. Suami yang dahaga ke dapat mengambil sendiri air minuman
3. Suami juga menonton tv
4. Suami menunggu dilayan isteri di atas katil
5. Suami pergi kerja dalam keadaan tidak ceria dan terbuku pelbagai persoalan yang belum terjawab
6. Suami di tempat kerja penuh kebimbangan.

Isteri yang tidak dapat melakukan perkara yang disebut dalam hadis di atas, adalah sejahat-jahat isteri. Dia telah merosakan masa depan suaminya. Suami tidak beroleh pahala malah boleh jadi berdosa. Menyedari keadaan ini, seseorang isteri harus melatihkan diri ke arah wanita yang terbaik. Semoga kehidupan mereka nanti terarah kea rah yang tepat.

Thursday, January 14, 2010

DAH HABIS PANTANG...


Salam Ukhuwwah..

Alhamdulillah hari ini adalah hari ke 45 saya berpantang..jd habis la sudah masa berpantang,seronok tak cerita ni sbb tempoh berpantang dh habis. mmg agak menyeksakan masa berpantang ni,semua makanan favourite tak blh mkn,hari2 makan ikan seludu/gelama/plotan/tenggiri masak asam atau goreng dgn sayur sawi je..nak jln2 keluar rumah mmg tak blh tambah lg nk pi shoopingkn,seronok la my hubby pi shooping sorang2 kononnya nk jd bujang dia kata....lps ni jgn harap la saya nak biaq dia pi jln2 atau shooping sorang2 ye saya akan menemani ke mana saja dia pergi kecuali pegi kerja la.......sambung crita berpantang td,selain bab makan,hari2 juga kena bertungku dan mandi air daun.badan pn dh berbau daun ni..tp semua itu telah saya lalui dgn jayanya alhamdulillah berkat berpantang anak dan saya sihat je tak dak masalah..itu la sbbnya kena berpantang..mmg agak susah nak pantang ni tp demi menjaga badan sendiri dan anak kita kena berpantang juga. sebenarnya byk kebaikan berpantang ni,mak saya crita org tua2 kita dulu lg kuat pantangnya,mcm2 tak blh tp kita sekarang ni berpantang ambil yg asas je.tu mungkin faktor org2 dulu kuat walaupn ada 10 org anak,tak mcm kita sekarang baru 3 org anak dh rasa teruk kan..

Tapi walaupn dh habis pantang,kena tetap pantang juga pd makanan yg berangin dn sejuk cth sayur kobis mmg x blh makan lg sbb berangin,nanti bila ibu makan anak mungkin akan kembong perut...tambah bg saya yg masih menyusu anak ni mmg kena berhati-hati dlm memilih makanan sbb apa yg saya makan nanti akan memberi kesan pd anak.so klau sayang anak kena pantang lg la walaupn dh habis pantang...nak buat mcmanakan tu la pengorbanan seorg ibu.

Wednesday, January 13, 2010

KOKO RADIX PULAK...


Salam Ukhuwwah

koko radix........merupakan salah satu produk terlaris HPA selepas kopi radix.koko radix ni merupakan minuman kegemaran anak-anak saya,sejak keluar koko radix mereka dh tak nak kopi radix..maklum la kopi radix ni pahit sedikit berbanding koko radix yg sangat enak.bukan saja anak-anak saya,malah my hubby pn suka sgt,balik kerja je tentu dia minta koko radix sejuk..rasanya lebih sedap dn enak dr milo..dulu HPA keluarkan dlm bentuk paket/kotak,disbbkan anak2 saya suka sgt satu papan koko tu cuma utk seminggu je jenuh juga nak beli...tp sekarang dh keluar dlm bentuk bungkus (kg),so tahan la lama sikit.kak long slalu bawa bekal air koko ke sekolah siap bg kat kwn2 lagi.ok la disini saya nk cerita sedikit kelebihan koko radix berbanding minuman coklat lain.

- Radix koko ternyata lebih sedap daripada produk koko yang lain,itulah sebahagian komen yang saya terima dari pengguna2 lain.

- radix koko telah dimasukan ekstrak tunas barli yang mula bercambah.Kalau anda pernah melihat taugeh daripada kacang hijau tentu anda akan faham tentang tunas yang baru bercambah pada biji barli.Oleh sebab itu rasanya bagitu lemak dan berkhasiat.

- koko memang terkenal untuk afrodisiak namun bagitu Radix koko HPA ekstrak barli mempunyai kesan serat yang tinggi untuk berfungsi sebagai pelawas dan koko sendiri boleh mendatangkan ketenangan pada penggunanya.

Dh tahu kelebihan dan kebaikannya? jadi apa tunggu lg,marilah mencubanya pasti anda tidak akan berasa rugi kerana rasanya sangat enak samaada diminum panas atau sejuk.