CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, May 27, 2011

IKHLAS EDUCATION TAKAFUL

Pengenalan

Memiliki pendidikan sempurna adalah pasport ke arah membina kehidupan bahagia. Anda akur dengan kenyataan ini, sebab itulah anda sentiasa inginkan hanya yang terbaik untuk pendidikan anak anda. Memandangkan kos pendidikan sentiasa meningkat dari setahun ke setahun, anda perlu merancang dari sekarang. Kami sedia membantu. Untuk itu, kami perkenalkan anda dengan IKHLAS EDUCATION CLASSIC.

Ianya merupakan pelan yang membantu anda menabung sejumlah kecil wang setiap bulan. Tanpa disedari jumlah yang terkumpul, cukup untuk membiayai pendidikan anak anda di masa depan. Selain itu, pelan ini juga menawarkan anda perlindungan sekiranya ditakdirkan anak anda meninggal dunia atau kehilangan upaya. Dan anda diberi pilihan fleksibel untuk membuat sumbangan antara 6 hingga 23 tahun sehingga tempoh matang sijil.

Apakah yang dilindungi oleh IKHLAS Education Classic?

Berikan anak anda nikmat perlindungan insurans di saat anda menabung untuknya. Pelan ini dicipta khusus untuk kanak-kanak berumur antara 30 hari sehingga 12 tahun, jadi anda boleh merancang untuk pendidikan mereka seawal yang mungkin. Dengan pelan istimewa ini akan menikmati manfaat-manfaat berikut:-

Manfaat Kematian & Kehilangan Upaya Kekal dan Menyeluruh (TPD)

Sekiranya ditakdirkan berlaku kematian atau kehilangan upaya kekal dan menyeluruh menimpa anak anda sebelum tempoh matang sijil, jumlah perlindungan akan dibayar sekaligus berserta dengan jumlah terkumpul perlindungan akan dibayar sekaligus berserta dengan jumlah terkumpul di dalam Akaun Pelaburan Peribadi (PIA) kepada anda. Sekiranya kematian atau kehilangan upaya kekal dan menyeluruh berlaku sebelum anak anda mencapai umur lima (5) tahun pada harijadi seterusnya jumlah perlindungan yang akan dibayar adalah seperti berikut:-


Kenapa IKHLAS Education Classic Takaful?

MANFAAT KEMATANGAN
Sebaik sahaja sijil matang, anak anda akan menerima secara sekaligus sejumlah wang, setara dengan jumlah yang terkumpul di dalam Akaun Pelaburan Peribadi (PIA).

PENGELUARAN WANG TUNAI
Pengeluaran wang tunai boleh dilakukan daripada Akaun Pelaburan Peribadi (PIA) setelah sijil berkuatkuasa untuk tempoh minimum selama lima (5) tahun. Hanya tiga (3) pengeluaran sahaja dibenarkan sepanjang tempoh sijil, dengan jarak minimum di antara pengeluaran ialah dua (2) tahun. Yuran pengeluaran sebanyak RM15.00 akan dikenakan ke atas Akaun Pelaburan Peribadi (PIA) bagi setiap pengeluaran.

PENAMBAHAN KADAR SUMBANGAN
Sumbangan tambahan boleh dibuat pada hari pertama sijil berkuatkuasa. Jumlah penambahan minimum adalah sebanyak RM50.00 di mana jumlah ini akan dimasukkan sepenuhnya ke dalam Akaun Pelaburan Peribadi (PIA) peserta.

ANUGERAH PENCAPAIAN CEMERLANG
Mereka yang menyertai pelan ini akan diberi anugerah untuk pencapaian cemerlang di peperiksaan UPSR, PMR atau SPM. Manfaat ini hanya akan dibayar sekiranya pada tarikh peperiksaan, sijil telah berkuatkuasa untuk tempoh minimum tiga (3) tahun. Manfaat anugerah adalah RM100 untuk setiap markah A yang dicapai di dalam semua matapelajaran UPSR (minimum 5A), PMR (minimum 7A) atau SPM/SPVM (minimum 7A).






SYARAT DAN HAD UMUR

Umur : 30 hari - 12 tahun (umur pada harijadi berikutnya)
Jumlah had perlindungan : Minimum RM10,000 dan Maksimum RM150,000
Tempoh tamat umur penyertaan : Berdasarkan umur peserta antara 18 - 23 tahun
Tempoh perlindungan : 6 - 22 tahun


MENABUNG UNTUK MASA DEPAN ANAK ANDA SAMBIL MENIKMATI PULANGAN YANG LEBIH BAIK

Model IKHLAS kami membenarkan bahagian yang lebih besar daripada akaun peserta digunakan untuk tujuan pelaburan di mana ini membolehkan peserta menerima kadar pulangan yang lebih optima. Ia juga membenarkan peruntukan pendapatan pelaburan dan lebihan yang lebih kerap kepada akaun pelaburan. Pelaburan semula pendapatan pelaburan dan lebihan ini sesegera mungkin, menjadikan jumlah perolehan pulangan keseluruhan adalah lebih baik.

IKHLAS SAVING TAKAFUL


IKHLAS SAVINGS TAKAFUL merupakan pelan berbentuk pelaburan yang menyertakan keuntungan yang akan diagihkan kepada para peserta. Ia merupakan pelan unggul yang menyediakan dana simpanan, memberi pulangan ke atas pelaburan dan turut menawarkan perlindungan kepada peserta. Pelan ini direka untuk mengoptimumkan kadar pulangan terhadap pelaburan kepada peserta.


Apakah Yang Dilindungi Oleh IKHLAS Savings Takaful?

Pelan ini menggunakan dua (2) elemen utama yang mana kedua-duanya akan menepati dan memenuhi keperluan di bawah IKHLAS SAVINGS TAKAFUL:

•Tahap perlindungan bertempoh
• Akaun Pelaburan

IKHLAS SAVINGS TAKAFUL memberi perlindungan ke atas manfaat-manfaat berikut :

MANFAAT KEMATIAN & HILANG UPAYA KEKAL MENYELURUH
Pelan ini akan memberi perlindungan sekiranya berlaku kematian atau kehilangan upaya menyeluruh dan kekal terhadap peserta sebelum tempoh matang sijil. Jumlah perlindungan termasuk jumlah sumbangan terkumpul di dalam Akaun Pelaburan Risiko Peribadi (PRIA) akan dibayar kepada peserta, waris peserta atau keluarga terdekat.

Nota : Semua manfaat di atas adalah terkecuali untuk sebarang keadaan sebelum sijil berkuatkuasa.

MANFAAT TEMPOH MATANG
Apabila sijil mencapai tempoh matang, peserta akan menerima pembayaran sekaligus dari pendapatan pelaburan bersih dan jumlah terkumpul dari Akaun Pelaburan Risiko Peribadi (PRIA) serta lebihan dari Dana Risiko melalui Akaun Terkumpul Ta'awuni.

JUMLAH SUMBANGAN
Jumlah sumbangan adalah fleksibel bergantung kepada umur peserta dan tempoh sijil.


Mengapa IKHLAS Saving Takaful?

PENGELUARAN SEBAHAGIAN WANG TUNAI
Pengeluaran boleh dilakukan daripada Akaun Pelaburan Peribadi setelah sijil berkuatkuasa untuk tempoh minimum selama lima (5) tahun. Hanya tiga (3) pengeluaran sahaja dibenarkan dibuat sepanjang tempoh sijil, dengan jarak minimum di antara pengeluaran ialah dua (2) tahun. Yuran pengeluaran sebanyak RM15.00 akan dikenakan ke atas Akaun Pelaburan Peribadi bagi setiap pengeluaran.

PENAMBAHAN KADAR SUMBANGAN
Sumbangan boleh ditambah pada hari pertama sijil berkuatkuasa. Jumlah penambahan minimum adalah sebanyak RM50.00 di mana jumlah ini akan dimasukkan sepenuhnya ke dalam Akaun Pelaburan Peribadi peserta.

PILIHAN RIDER TAMBAHAN
Peserta boleh membuat pilihan untuk menambah mana-mana rider kepada sijil asas.

PULANGAN PELABURAN YANG LEBIH BAIK
Model Takaful IKHLAS membolehkan Syarikat mengoptimumkan pulangan pelaburan kepada para peserta (sila hubungi kami untuk keterangan selanjutnya).

PELAN IKHLAS WANITA TAKAFUL

Pelan Ikhlas Wanita Takaful


Disediakan oleh Takaful Ikhlas Sdn. Bhd. Ikhlas Wanita Takaful menyediakan Pelan Perlindungan Khas untuk golongan Wanita. Pelan Ikhlas Wanita Takaful memberi manafaat setara untuk kematian dan keilatan kekal menyeluruh beserta pelaburan. Ikhlas Wanita Takaful memberi pampasan kewangan terhadap penyakit kanser khusus untuk wanita selain pampasan kematian dan juga kehilangan upaya kekal dan menyeluruh disamping memberikan pulangan melalui pengumpulan pelaburan di dalam Personnel Investment Account (PIA) sehingga tempoh sijil matang.



Ciri - Ciri Pelan
- Umur Kemasukan 16 Tahun Hingga 50 Tahun.
-
Tempoh Perlindungan 15 hingga 49 Tahun tertaluk kepada umur maksima 65 Tahun.
-
Tempoh Perlindungan peserta sehingga berumur 65 Tahun (Maksima).
- Manafaat matang pemulangan 100% Simpanan terkumpul di dalam PIA kepada peserta.
-
Tambahan Sumbangan dibenarkan selepas sijil Peserta telah berkuatkuasa dengan amaun minima RM50.
- Syarat kemasukan dari umur 16 tahun hingga berusia 50 tahun.







"Takaful Ikhlas Jaminan Kewangan Anda, HPA Perjuangan Produk Halal, SALINDAH untuk Keluarga ANDA"

MODEL IKHLAS

PENGENALAN MODEL

Sejajar dengan perkembangan perkhidmatan perlindungan kewangan Islam di peringkat antarabangsa dan tempatan, Takaful IKHLAS telah memilih kontrak Wakalah sebagai model dalam membentuk asas operasi kami. Wakalah adalah satu bentuk perhubungan perwakilan di antara Takaful IKHLAS dan seseorang peserta (Prinsipal/Pelanggan).

Takaful IKHLAS menggunakan kontrak berikut sebagai garis panduan perniagaan kami:

Kontrak Tabarru’ di mana peserta bersetuju mendermakan peratusan yang telah ditentukan daripada sumbangan kepada Dana Risiko untuk membantu peserta lain.

Kontrak Wakalah di mana peserta membenarkan Takaful IKHLAS untuk menguruskan hal ehwal dana bagi pihak beliau.

Model Takaful IKHLAS membolehkan penggunaan perantara sebagai satu kaedah untuk memenuhi keperluan pelanggan, pembayaran lebihan dan keuntungan dengan lebih baik, di mana sesuai, kepada para peserta dan pengiraan keuntungan yang dikongsi secara bulanan.




NOTA :
Bagi GRIA, sebahagian daripada sumbangan dalam akaun pelaburan akan diperuntukkan untuk Tabarru’ semasa permulaan sijil yang akan diagihkan kepada Dana Risiko (RF). Sebarang pendapatan pelaburan yang diperolehi daripada jumlah di dalam akaun pelaburan akan diperuntukkan kepada Dana Risiko (RF). Dari sudut ini, IKHLAS tidak akan mengenakan Yuran Pengurusan Dana (%). Pengagihan lebihan bersih akan diperuntukkan dan diuruskan secara tahunan


"Takaful Ikhlas Jaminan Kewangan Anda, HPA Perjuangan Produk Halal, SALINDAH untuk Keluarga ANDA"