CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, January 29, 2010

FAHAMILAH ISTERI APA YG TERSIRAT DI HATI SUAMIMU

Salam Ukhuwwah..

Berapa tahun anda mendirikan rumah tangga? Ada yang kita temui mengakui sudah bertahun-tahun bersama suami, tetapi masih tidak mengenali hati budi suami masing-masing. Kalau yang baru berkahwin tidak menjadi masalah kerana mereka baru hendak mengenali hati masing-masing. Namun kadang-kadang mereka tidak mengambil kesempatan pada masa itu untuk mengenali satu sama lain.

Sebelum ini saya pernah mencadangkan kepada setiap pasangan yang baru berkahwin agar menulis dan menyenaraikan apakah yang digemari pasangan, dan yang dibencinya. Apabila sudah mengenali kegemaran dan kebencian pasangan, carilah jalan tengah supaya masing-masing boleh menerima seadanya.

Walau bagaimanapun bagi mereka yang tidak sempat melakukan semua itu pada awal perkahwinan, boleh belajar untuk memahami sikap suami dan isteri dalam pergaulan harian. Dalam ruang yang terbatas ini saya akan menjelaskan bagaimana untuk mengenali hati dan sikap pasangan.

Perhatikan sikap di bawah, jika masalah anda sama dengannya, bertindakkah seperti yang dicadangkan di situ.

Sikap Suami
1 Memuji masakan isteri

Maksud Tersirat
Dia suka dengan masakan dan sesuai dengan cita rasanya.

Tindakan
Ambil perhatian dan ingat risipi itu untuk masakan akan datang.

2 Memuji masakan orang lain

Maksud Tersirat
Dia memang suka masakan itu dan dia mahu isterinya belajar masakan seperti itu.

Tindakan
Ambil tindakan segera untuk belajar risipi tersebut.

3. Memuji pakaian seseorang wanita

Maksud Tersirat
Dia mahu isterinya pakai pakaian seperti itu dan bersedia membantu isterinya ke arah itu.

Tindakan
Isteri perlu tanya suami pandangannya secara ikhlas.

4. Memuji seorang wanita

Maksud Tersirat
Dia mahu isterinya bersikap seperti wanita itu.

Tindakan
Isteri perlu mengkaji apa yang istimewa pada wanita itu.

5. Suami selalu bercakap tentang masalah rumah tangga orang lain.

Maksud Tersirat
Dia mahu isteri ambil iktibar agar tidak mengulangi sikap isteri yang bermasalah itu.

Tindakan
Isteri perlu selidik mengapa mereka bergaduh.

6.Suami suka bercakap tentang sebab-sebab keluarga jirannya berpoligami.

Maksud Tersirat
Dia mahu isteri pandai jaganya, jangan jadi macam jiranya. Kalau tidak dia akan merima nasib yang sama.

Tindakan
Isteri perlu membuat kajian mereka boleh berlaku poligami dan cuba membendung dalam pergaulannya.

7.Suami suka mengambil sikap berdiam diri daripada bercakap banyak.

Maksud Tersirat
Dia mahu isteri ambil perlu bercakap dengannya dan mahu dilayan dan dimanjai

Tindakan
Isteri perlu mengambil tindak mengubah cara hidup dan pergaulannya selama ini.

8.Suami mengajak isteri mengurut belakangnya.

Maksud Tersirat
Dia mahu bermanja dengan isterinya.

Tindakan
Segeralah masuk ke dalam bilik dan mengemas bilik tidur.

9.Suami masuk tidur awal

Maksud Tersirat
Dia mahu mengajak isterinya masuk bersama untuk tidur.

Tindakan
Hentikan segalaa urusan dan memberi perhatian kepada suami.

10.Suami membawa balik makanan yang dibeli di luar.

Maksud Tersirat
Suami mahu mengucapkan terima kasih kepada Isteri yang selalu memasak untuknya.

Tindakan
Isteri perlu mengucap terima kasih dan memberi layanan yang baik kepadanya.

Paparan ini adalah pandangan peribadi saya hasil pengalaman dan kajian secara rawak dalam kalangan umat Islam. Lazimnya isteri tidak faham maksud itu, lalu bertindak sebalik sehingga berlaku pergaduhan antara kaki tangan. Caontoh yang paling dekat ialah no 6, apabila suami berbuat begitu, isteri mensyakki sesuatu terhadap suaminya. Dia segera mengenakan syarat yang berbagai-bagi.

Suami sebenarnya tidak mahu poligami tetapi kadang-kadang sikap suami itu seperti doakan pula. Akhirnya suaminya kahwin lain. Jadi, betulkan sikap demi keharmonian rumah tangga.

Saturday, January 23, 2010

MADULIA


Salam Ukhuwwah...

Dh byk hari tak buka pc ni......bkn apa kak long tak sihat dh seminggu batuk dh tu jangkit pula kat kak ngah..dah la dua2 susah mkn ubat.kena pegang kaki tgn picit mulut nak bg mkn ubat,kak long ok juga walaupn kena picit mulut dia telan juga ubat tu tp kak ngah lg susah,dia sembur buang ubat tu..mmg dr kecil depa dua org ni cukup susah nak makan ubat klinik.Tp sejak2 HPA keluarkan ubat batuk namanya MADULIA ok la sikit,mau juga depa makan sbb ubat tu manis tak pahit mcm ubat klinik kata kak long.nama pn madulia kan so manis la sbb campur dgn madu.di bwh ni adalah kelebihan MADULIA HPA:-

-Madu lebah boleh dijadikan ubat batuk jika di campurkan dengan halia merah, cengkih dan kulit kayu manis. Kini HPA mengeluarkan produk ubat batuk kesihatan tanpa bahan kimia yang dinamakan MADULIA.

-Disamping itu, MADULIA juga menghilangkan kahak dalam ruang pernafasan khusus pada mereka yang ada athma. Boleh digunakan pada semua peringkat umur.

-MADULIA menggunakan halia sebagai bahan utama. Ramuan dari beberapa jenis rempahan ini dijangka akan memberikan pilihan kepada pengguna bagi menggantikan penggunaan ubat batuk yang lain. Kita namakan MADULIA kerana madu digunakan sebagai media untuk perawatan batuk disamping herba lainnya.

-Tahukah anda bahawa dalam tempoh 24 jam tidak ada seekor kuman pun yang boleh hidup didalam madu. Oleh sebab itu pada zaman dahulu madu sangat terkenal dijadikan sebagai ubat batuk yang mujarab. InsyaALLAH.

Wednesday, January 20, 2010

CIRI-CIRI WANITA YG PALING BAIK

Salam ukhuwwah..

Kekuatan lelaki bergantung kepada wanita yang baik. Sebaliknya wanita yang jahat boleh merosakan masa depan lelaki. Kenyataan ini mungkin tidak disenangi oleh baik lelaki mahupun wanita. Tapi kenyataan itu boleh dibuktikan seperti berikut:

Wanita :-

1. Isteri sambut kepulangan suami dengan senyuman
2. Isteri menyediakan minuman untuk meredakan kepenatan suami.
3. Isteri menyediakan kain tuala dan berus gigi untuk suami mandi sebelum solat maghrib
4. Isteri siapkan tempat tidur untuk suami berihat selepas solat isya’
5. Isteri menemani suami menjelang tidur dengan perbualan yang menghiburkan
6. Isteri siapkan pakaian untuk kerja dan menghidangkan sarapan pagi
7. Isteri menjaga diri, maruah diri, dan menjaga harta dan anak suami

Lelaki :-

1. Masalah suami di pejabat hilang serta merta, hati gembira melihat keadaan isteri
2. Masalah suami di pejabat hilang serta merta, hati gembira melihat keadaan isteri
3. Suami mandi dan tubuhnya kembali segar sebelum menghadap Allah
4. Jiwa suami tenang sambil merihatkan minda dan tenaga.
5. Suami beroleh tenaga baru kerana mendapat aura isteri
6. Suami pergi kerja dalam keadaan jiwa yang tenang dan terhibur
7. Suami dalam perjalanan ke tempat kerja penuh keyakinan dan dapat bekerja yang penuh ikhlas

Lihatlah betapa cerianya suami ketika pulang dari tempat kerja. Keadaan itu berterusan sehingga suami tidur dan bangun semula. Suami tidak mengharapkan sesuatu daripada isterinya kecuali belaian kasih dan manja sepanjang masa.

Sebaliknya jika isteri jahat, tidak mengikut panduan di atas, maka suami akan berhadapan dengan tekanan perasaan. Perhatikan contoh berikut:

Isteri :-

1. Isteri menyembut kepulang suami dengan pelbagai soalan perangkap
2. Isteri sebuk di dapur untuk membuat makan malam
3. Isteri asyik menonton tv
4. Isteri tidur di hadapan tv
5. Isteri menghantar suami di hadapan pintu tanpa memohon maaf kerana tidak berasa bersalah kepada suami
6. Isteri tidak menjaga maruah diri dan harta suami diperlakukan sesuka hati.

Suami :-

1. Suami yang hendak masuk rumah berkira-kira untuk keluar rumah, masalah menjadi bertambah berat
2. Suami yang dahaga ke dapat mengambil sendiri air minuman
3. Suami juga menonton tv
4. Suami menunggu dilayan isteri di atas katil
5. Suami pergi kerja dalam keadaan tidak ceria dan terbuku pelbagai persoalan yang belum terjawab
6. Suami di tempat kerja penuh kebimbangan.

Isteri yang tidak dapat melakukan perkara yang disebut dalam hadis di atas, adalah sejahat-jahat isteri. Dia telah merosakan masa depan suaminya. Suami tidak beroleh pahala malah boleh jadi berdosa. Menyedari keadaan ini, seseorang isteri harus melatihkan diri ke arah wanita yang terbaik. Semoga kehidupan mereka nanti terarah kea rah yang tepat.

Thursday, January 14, 2010

DAH HABIS PANTANG...


Salam Ukhuwwah..

Alhamdulillah hari ini adalah hari ke 45 saya berpantang..jd habis la sudah masa berpantang,seronok tak cerita ni sbb tempoh berpantang dh habis. mmg agak menyeksakan masa berpantang ni,semua makanan favourite tak blh mkn,hari2 makan ikan seludu/gelama/plotan/tenggiri masak asam atau goreng dgn sayur sawi je..nak jln2 keluar rumah mmg tak blh tambah lg nk pi shoopingkn,seronok la my hubby pi shooping sorang2 kononnya nk jd bujang dia kata....lps ni jgn harap la saya nak biaq dia pi jln2 atau shooping sorang2 ye saya akan menemani ke mana saja dia pergi kecuali pegi kerja la.......sambung crita berpantang td,selain bab makan,hari2 juga kena bertungku dan mandi air daun.badan pn dh berbau daun ni..tp semua itu telah saya lalui dgn jayanya alhamdulillah berkat berpantang anak dan saya sihat je tak dak masalah..itu la sbbnya kena berpantang..mmg agak susah nak pantang ni tp demi menjaga badan sendiri dan anak kita kena berpantang juga. sebenarnya byk kebaikan berpantang ni,mak saya crita org tua2 kita dulu lg kuat pantangnya,mcm2 tak blh tp kita sekarang ni berpantang ambil yg asas je.tu mungkin faktor org2 dulu kuat walaupn ada 10 org anak,tak mcm kita sekarang baru 3 org anak dh rasa teruk kan..

Tapi walaupn dh habis pantang,kena tetap pantang juga pd makanan yg berangin dn sejuk cth sayur kobis mmg x blh makan lg sbb berangin,nanti bila ibu makan anak mungkin akan kembong perut...tambah bg saya yg masih menyusu anak ni mmg kena berhati-hati dlm memilih makanan sbb apa yg saya makan nanti akan memberi kesan pd anak.so klau sayang anak kena pantang lg la walaupn dh habis pantang...nak buat mcmanakan tu la pengorbanan seorg ibu.

Wednesday, January 13, 2010

KOKO RADIX PULAK...


Salam Ukhuwwah

koko radix........merupakan salah satu produk terlaris HPA selepas kopi radix.koko radix ni merupakan minuman kegemaran anak-anak saya,sejak keluar koko radix mereka dh tak nak kopi radix..maklum la kopi radix ni pahit sedikit berbanding koko radix yg sangat enak.bukan saja anak-anak saya,malah my hubby pn suka sgt,balik kerja je tentu dia minta koko radix sejuk..rasanya lebih sedap dn enak dr milo..dulu HPA keluarkan dlm bentuk paket/kotak,disbbkan anak2 saya suka sgt satu papan koko tu cuma utk seminggu je jenuh juga nak beli...tp sekarang dh keluar dlm bentuk bungkus (kg),so tahan la lama sikit.kak long slalu bawa bekal air koko ke sekolah siap bg kat kwn2 lagi.ok la disini saya nk cerita sedikit kelebihan koko radix berbanding minuman coklat lain.

- Radix koko ternyata lebih sedap daripada produk koko yang lain,itulah sebahagian komen yang saya terima dari pengguna2 lain.

- radix koko telah dimasukan ekstrak tunas barli yang mula bercambah.Kalau anda pernah melihat taugeh daripada kacang hijau tentu anda akan faham tentang tunas yang baru bercambah pada biji barli.Oleh sebab itu rasanya bagitu lemak dan berkhasiat.

- koko memang terkenal untuk afrodisiak namun bagitu Radix koko HPA ekstrak barli mempunyai kesan serat yang tinggi untuk berfungsi sebagai pelawas dan koko sendiri boleh mendatangkan ketenangan pada penggunanya.

Dh tahu kelebihan dan kebaikannya? jadi apa tunggu lg,marilah mencubanya pasti anda tidak akan berasa rugi kerana rasanya sangat enak samaada diminum panas atau sejuk.

Tuesday, January 12, 2010

RUMAHKU SYURGAKU

Salam Ukhuwwah...

Hari ini saya ingin berkongsi lagi mengenai rumah tangga..kemarin mungkin maklumat utk para isteri sahaja,tetapi hari ini utk isteri dan juga suami...ia nya sangat penting baik bg pasangan yg akan berkahwin atau pn yg telah berkahwin.sebenarnya maklumat ini saya ambil dari blok cina islam dan saya masukkan di dlm blog saya kerana ianya sangat menarik utk kita fikir-fikirkan bersama.

Setiap pasangan harus mengetahui perkara yang dipandang remeh, tetapi amat besar maknanya. Perkara di bawah adalah berdasarkan pengalaman bagi membantu membina rumah tangga bahagia:-

1. Tujuan berkahwin, apa yang kamu niatkan?
- Bagi lelaki, untuk mendapatkan sesuatu yang tidak boleh diperoleh di luar perkahwinan.
- Kasih sayang dan belaian manja dari seorang perempuan.
- Bagi wanita, untuk mendapat perlindungan dari seorang yang bergelar lelaki atau suami.

2. Apakah kewajipan suami?
- Memberi nafkah – makan – pakaian – tempat tinggal
- Mendidik isteri – sejak awal perkahwinan.

3. Apakah hak isteri?
- Taat suami kecuali perkara yang bertentangan dengan syarak
- Hormati suami dan keluarga suami.

4. Apakah isteri wajib masak dan membasuh?
Pada dasarnya bukan kewajipan isteri tetapi kalau suami minta masak atau membasuh dia wajib taat.
Kalaulah suami tidak suruh masak dan tidak suruh membasuh, dia seharusnya memasak kerana menghormati suami yang baru balik kerja. Dia juga seharusnya membasuh baju suami kerana menghormati suami yang pakaiannya kotor.
Sebenarnya isteri yang baik dia tidak mempertikaikan tentang urusan basuh dan masak itu kerana kedua-dua kerja itu adalah fitrah bagi seorang wanita.

5. Apakah persiapan awal suami isteri sebelum dan selepas kahwin?
- Kuatkan iman, taqwa dan ilmu agama
- Mengenali hati budi pasangan- Mengetahui kesukaan dan kebencian pasangan
- Hindari kebencian pasangan

Formula menyelesaikan masalah rumah tangga
Masalah & Penyelesaian:-

1 Bila banyak urusan tidak menjadi, walaupun sudah diusahakan masih gagal.
-Nilai hubungan kita dengan Allah, solat dan ibadah lain mungkin tidak diterima Allah.

2 Suami isteri mula renggang, suka bergaduh
-Nilai semula solat suami dan solat isteri mungkin ada yang cuai atau tidak melakukan solat.

3 Suami isteri dilihat tidak mesra dengan anak-anak.
-Lihatlah, mungkin suami dan isteri tidak mesra di atas katil


4 Isteri rasa tak senang hati terhadap suami
-Lihatlah mungkin suami buat dosa di luar rumah, buat maksiat. Perlulah bertaubat segera.


5 Suami rasa kurang selesa dengan isteri
-Lihatlah mungkin isteri melakukan dosa di luar rumah. Bertaubatlah segera.


6 Bila anak tidak taat kepada ibu bapa
-Lihatlah mungkin suami isteri ada masalah yang tidak diselesaikan, apatah lagi dosa dengan Allah.

7 Bila anak buat dosa di luar rumah
-Ibu bapa/suami isteri tidak mendidik anak cara yang betul

Monday, January 11, 2010

ISTERI SOLEHAH

Salam Ukhuwwah..
hari ini saya ingin berkongsi ilmu dgn semua mengenai ciri2 isteri solehah.. semua para isteri tentu bercita2 utk menjadi isteri solehah,tp adakah kita mempunyai ciri2 tersebut...jadi marilah sama2 kita renungkan dn bermuhasabah kembali adakah kita mempunyai ciri2 tersebut atau tidak.....

Sifat isteri yang solehah adalah sebagai berikut: -

1. Mentauhidkan Allah dengan mengabdikan diri hanya kepada-Nya tanpa menyekutukan-Nya dengan sesuatupun.

2. Tunduk kepada perintah Allah, terus menerus dalam ketaatan kepada-Nya dengan banyak melakukan ibadah seperti solat, puasa, bersedekah dan selainnya.

3. Menjauhi segala perkara yang dilarang dan menjauhi sifat-sifat yang rendah yang boleh menghakis sifat-sifat mulia.

4. Selalu bertaubat kepada Allah hingga lisannya sentiasa dipenuhi istighfar dan zikir kepada-Nya. Sebaliknya ia jauh dari perkataan yang sia-sia, tidak bermanfaat dan membawa dosa seperti dusta dan lainnya.

5. Menaati suami dalam perkara kebaikan bukan dalam bermaksiat kepada Allah dan melaksanakan hak-hak suami sebaik-baiknya.

6. Menjaga dirinya ketika suami tidak berada di sisinya. Ia menjaga kehormatannya dari tangan yang hendak menyentuh, dari mata yang hendak melihat, atau dari telinga yang hendak mendengar.


Demikian juga menjaga anak-anak, rumah, dan harta suaminya.
Sifat isteri solehah lainnya boleh diperincikan berikut:

1. Penuh kasih sayang, selalu kembali kepada suaminya dan mencari maafnya. Rasulullah SAW bersabda: "Mahukah aku beritahukan kepada kalian, isteri-isteri kamu yang menjadi penghuni syurga ialah isteri yang penuh kasih sayang, banyak anak, selalu kembali kepada suaminya. Di mana jika suaminya marah, dia mendatangi suaminya dan meletakkan tangannya pada tangan suaminya seraya berkata: "Aku tak dapat tidur sebelum engkau reda". (riwayat al-Nasai dalam Isyratun Nisa no. 257.)

2. Melayani suaminya (berkhidmat kepada suami) seperti menyiapkan makan minumnya, tempat tidur, pakaian dan seumpamanya.

3. Menjaga rahsia-rahsia suami, lebih-lebih yang berkenaan dengan hubungan intim antara dia dan suaminya.
Asma' bintu Yazid r.ha menceritakan dia pernah berada di sisi Rasulullah. Ketika itu kaum lelaki dan wanita sedang duduk. Baginda bertanya: "Barangkali antara kalian ada suami yang menceritakan apa yang diperbuatnya dengan isterinya (hubungan suami isteri), dan barangkali ada isteri yang memberitahu apa yang diperbuatnya bersama suaminya?" Maka mereka semua diam tidak ada yang menjawab. Aku (Asma) pun menjawab: "Demi Allah! Wahai Rasulullah, sesungguhnya mereka (para isteri) benar-benar melakukannya, demikian pula mereka (para suami)".
Baginda bersabda bermaksud: "Jangan lagi kalian lakukan, kerana yang demikian itu seperti syaitan jantan yang bertemu dengan syaitan betina di jalan, kemudian digaulinya sementara manusia menontonnya". (riwayat Ahmad 6/456)


4. Selalu berpenampilan yang bagus dan menarik di hadapan suaminya sehingga bila suaminya memandang akan menyenangkannya.


5. Ketika suaminya sedang berada di rumah, ia tidak menyibukkan dirinya dengan melakukan ibadah sunnah yang dapat menghalangi suaminya untuk istimta' (bernikmat-nikmat) dengannya seperti puasa, terkecuali bila suaminya mengizinkan.

6. Pandai mensyukuri pemberian dan kebaikan suami, tidak melupakan kebaikannya.

7. Bersegera memenuhi ajakan suami memenuhi hasratnya, tidak menolaknya tanpa alasan yang syarie, dan tidak menjauhi tempat tidur suaminya, kerana ia tahu dan takut terhadap berita Rasulullah SAW yang bermaksud: Demi zat yang jiwaku berada di tangan-Nya, tidaklah seorang suami memanggil isterinya ke tempat tidurnya lalu si isteri menolak ajakan suaminya (enggan) melainkan Allah SWT murka terhadapnya hingga si suami reda padanya. (riwayat Muslim no. 1436)

Saturday, January 9, 2010

T-SHIRT BARU


Salam ukhuwwah..
Hari ini kak long cuti,apalagi kerja main je la dr pagi td sampai sekarang blm balik rumah lg syok main dgn kawan2nya..My hubby pula awal2 td dh keluar,pi PROGRAM MOTIVASI GURU PASTI di SEBERANG JAYA.so tinggal lah umi dgn nasuha,dpt la umi habiskan lipat baju dan kemas bilik yg agak bersepah ni,biasa la satu bilik duk 5 org hari2 kemas pn tetap juga semak sbb byk brg..saya dgn hubby mmg tgh plan nak buat bilik asing utk kak long,maklumla dia dh besar takkan nak tidoq dgn umi abah lgkan,tp masih dlm perancangan sbb abah sekarang tgh sibuk urus PASTI,maklumla minggu pertama persekolahan,dgn nak urus baju seragam la buku teks la dan mcm2 lagi..nanti la kita sambung crita ttg hubby saya pulak ye..berbalik cerita td,dah siap kemas bilik dan lipat baju barulah my hubby balik.seronok tak terkata sbb dia belikan saya sehelai t-shirt labuh nisa' pulau pinang,cantik sgt dan sesuai dgn saya.hubby saya ni mmg pandai ambik hati istri tu yg membuatkn saya sayang sgt kat dia.sebenarnya sblm blik td my hubby call bgtau dia ada di expo,so trlintas juga nak suruh dia beli baju atau tudung tp tak bagitau pn takut dia marah.so gembira sgt la bila dia balik je dia belikan t-shirt.satu kelebihan my hubby ni dia slalu dpt baca isi hati saya,walaupun saya tak sebut dia tahu apa yang saya mahu..I LOVE YOU..

Friday, January 8, 2010

MAI SECAWAN........



Salam Ukhuwwah..
Alhamdulillah sekali lagi saya berkesempatan menulis diruangan ini...dah siap semua kerja rumah,nasuha dn kak ngah pn dh tidor. kak long pula dr balik sekolah td asyik main plastesin je..satgi boring berhenti la tu biarkan dia asalkan tak ganggu umi yg sedang melayan pc ni.so dptlah saya menulis disini tanpa sebarang gangguan..hari ini saya ingin berkongsi satu lagi produk HPA dgn sahabat2 semua iaitu KOPI RADIX.Kopi radix ni merupakan minuman kegemaran kak long dan kak ngah..sejak usia mereka setahun saya dh mula bg mereka minum kopi radix.Rakan-rakan semua tak perlu bimbang kerana kopi radix blh diminum oleh kanak-kanak seawal usia 6 bln keatas..disini saya nk crita sikit bagaimana mulanya kami mengenali kopi radix.
critanya begini......kecil2 dulu kak long ni kategori susah nak buang air besar(sembelit),kadang2 dekat seminggu baru blh buang so apalagi nangis kuat la sbb keras,kesian kak long sampai berpeluh2 siap duk depan kipas lg,menangis jgn crita la satu kampung blh dengaq.merata klinik pakar dan farmasi tlh kami cuba tp ttp sama juga,bermcm2 petua yg org bg pn kami buat ttp juga tak berubah.akhirnya kami terpaksa guna lbh kurang air sabun la masukkan kot punggong dia bg mudah keluar,my hubby sampai terpaksa beli simpan di rumah buat stok..tp kesian sangat sbb bila masukkan air tu kot punggung kak long mmg menangis sbb sakit mmg tak sampai hati umi dgn abah tgk tp nak buat mcm mana terpaksa jugalh sbb tak dak cara lain.Satu hari semasa menetap digombak,semasa berjln keluar dr sebuah supermarket dimana kami selalu beli brg dapur disitu,kami terlihat satu stokis HPA my hubby ajak masuk,dia kata jom kita tanya tgk kot2 ada ubat sembelit utk kak long..penjual tersebut mencadangkan KOPI RADIX,mulanya kami agak was2 juga sbb ia sejenis herba takut x sesuai utk budak2,tapi kak tu bg jaminan yg ianya selamat.my hubby pn setuju beli dan terus jd ahli.setelah sampai rumah saya terus bancuh secawan kopi radix utk kak long,risau juga kot dia tak suka sbb herba tntu x sedap rasanya, tp tak sangka pula dia minum habis secawan dia ckp sedap rasa kopi ni..Alhamdulillah selepas itu dia dh blh buang air besar setiap hari sehinggalah sekarang usianya 6 tahun.TERIMA KASIH KOPI RADIX.bg rakan2 yg mempunyai masalah yg sama blh lah mencubanya utk melihat dn merasai sendiri keberkesananya
Ahkirnya sekarang kopi radix menjadi minuman kami sekeluarga..

KELEBIHAN KOPI RADIX
- Rasanya yg sedap
- menambahkan kesuburan.
- melawas air kecil dan air besar
- menghilangkan sakit sendi,urat dan menguatkan otot.
- mengaktifkan biosintesis ke atas hormon endrogen
- berfungsi sebagai anti kanser/anti-viral
- mengandungi flavoniod sebagai anti-oksidan

-kandungan: ada 7 herba di dlmnya-tongkat ali,teja lawang,tebu gajah,larak,mengkudu hutan,halban hitam.

Jadi tunggu apa lagi, bg yg belum mencuba jom la try RASA HEBAT! BADAN SIHAT!

Thursday, January 7, 2010

KESIAN KAK LONG...


Salam ukhuwwah
Hari ini dh hari ke 4 kak long memulakan sesi persekolahannya. dia begitu bersemangat tiap-tiap hari bangun awal,siap awal tak payah umi marah2 dh..lg pn kak long dh pandai urus diri sendiri masuk ni dh 3 thn dia bersekolah di PASTI AL-FAHMI.ingat lg masa dia mula melangkahkn kaki ke pasti semasa usia 4 thn...hari pertama ke sekolah dia nangis nak ikut umi balik tak nak sekolah sampai cikgu kena dukung dn pujuk.masa kat rumah bkn main semangat nk ke sekolah,cakap mmg pandai tp sampai di sekolah terus je nangis,cikgu azizah la yg byk melayan kerenah kak long.sepjg seminggu pertama persekolahan kak long asyik ikut cikgu azizah je,dia langsung x mau berkawan duduk dlm kelas pn duk tepi meja cikgu,sampai budak2 semua panggil dia anak cikgu...bila diingatkn balik nak tergelak pula..Tapi sekarang dh besar dh masuk 6 thn,umi gembira sgt2... alhamdulillah kak long dh pandai membaca dn menulis,dh baca iqra' 5 harap2 bila dh habis pasti kak long dh baca quran dn yg paling dia minat pelajaran matematik,blh dikatakan setiap kali peperiksaan dn ujian dia pasti dpt 100%.Kesian kak long mgg pertama persekolahan ni saya tak dpt hantar dn ambil dia kat sek dia terpaksa balik dgn van sbb saya masih dlm pantang,lg seminggu nak habis so lps ni dh blh hantar dn ambil kak long.kesian tgk kak long 1.30 tgh baru samapai rumah,sedangkn pukul 12.00 dh tamat sesi persekolahn.dia nampak letih sgt dgn baju habis kotor maklum la tunggu kt sekolah lama sgt so dok main dgn kawan2 la.di sebabkn tak sampai hati tgk dia sampai rumah lewat saya minta tolong maksu amar (kwn kak long) bawa balik dia ke rumah....umi sayang kak long umi harap kak long ngaji pandai2 agar menjadi insan yg berguna,anak yg solehah dn dpt menjaga umi dn abah kelak.

Wednesday, January 6, 2010

SET BERSALIN HPA



Salam ukhuwwah...
alhamdulillah sepanjang berpantang ni tidak ada sebarang masalh baik pd saya atau pd baby,badan rasa sihat dn bertenaga dn nasuha pn tidak meragam langsung.rahsianya tentulah SET BERSALIN HPA.dlm set ini mengandungi:- MINYAK BARUT (2 botol-utk ibu gunakan bagi mengelakkan kemasukan angin dn lenguh2 sendi),MINYAK BAYI(utk anak-setiap kali lps mandi saya akan sapukn minyak ini ke dada dn perut nasuha,alhmdulillah dia tak pernah menangis sbb senak atau kembung perut,dia nangis sbb lapar dn nak tidor je),TEH HERBA (merupakn minuman herba yg bertindak menyembuh luka dalam dn memberi kesegaran kpd ibu,rasanya tak la terlalu pahit.masa mengandung dulu pn saya selalu minum teh ini utk mengelakkan darah tinggi dan anak menjadi kuning),UBAT PERIUK (4 bunjut x 12 hari),KAPSUL A&B(diambil selepas meminum ubat periuk setiap malam,UBAT BASUH (kegunaan luar-basuh di kaw peranakkan setiap pg selepas hari ke 40 selepas bersalin,SPIRULINA (berfungsi utk mengelakkan sembelit,pencuci kolon dn mengeluarkan keracunan dlm badan selain itu ia juga memberi tenaga) itu je la secara ringkas ttg kebaikan set bersalin ini.semasa mlahirkan aufa saya blm mengambil set ini dn badan mmg terasa agak lemah dn sakit2 serta badan mudah letih apabila membuat kerja.saya betul2 merasakan perbezaan yg amat ketara apabila mengambil set ini.walaupn masih dlm pantang saya sudah blh melakukan kerja rumah dn menguruskan kak long dgn k ngah.Rakan2 blh mencubanya sendiri utk mengetahui keberkesananya.jd selain utk kesihatan badan,kita tidak perlu lg rasa was-was utk mengambilnya kerana ia tlh terbukti suci dan halal.PRODUK HALAL TANGGUNGJAWAB KITA BERSAMA

Tuesday, January 5, 2010

PRODUK HPA

Salam ukhuwwah...
Dalam blog ini juga saya ingin berkongsi dengan rakan-rakan semua tentang produk-produk halal lg suci.klau dilihat pada masa sekarang telah banyak produk dipasaran yg dikeluarkan oleh org ISLAM jd kita punya byk pilihan tak mcm zaman dulu.tp yg mengecewakn masih ramai dikalangan kita yg masih tidak sensetif ttg hal ini.kita masih menggunakan brg2 yg diragui dgn alasan mudah didapati dan murah..cth yg terbaru mengenai ayam yg dicucuk dan kilang bihun di KG SELAMAT.Sebenarnya kita tlh byk didedahkn ttg kes2 produk yg meragukn ini klau nk disenaraikn disini mmg byk.Oleh itu mulai dr hari ini marilah kita sama2 menukar produk yg meragukan itu dgn produk yg betul2 halal dan suci.So disini saya ingin mencadangkan kpd rakan2 semua produk keluaran HPA dn saya yakin tntu ada dikalangan rakan2 yg tlh menggunaknya,tp yg blm lg mula menggunakannya dn jika berminat utk mnjadi ahli blh lah hubungi saya...untuk maklumat semua produk HPA ini tersgt byk meliputi brg kegunaan harian,ubatan,makanan dn minuman kesihatan dn byk lagi.jd di dlm blog ini juga saya akan berkongsi maklumat ttg produk2 HPA yg tlh saya dn keluarga guna dn mmg terbukti keberkesanannya.

Monday, January 4, 2010

BERADA DI POKOK TAMPANG

Salam Ukhuwwah...
Semalam saya langsung tak sempat buka notebook ni,sbb sibuk berkemas. maklum la dh dekat sebulan tinggalkn rumah.ni pn blm habis berkemas lg,sbb si kecil nasuha ni asyik merap je mungkin sbb tukar tempat baru kot,yg kak ngah tasnim pula biasa la asyik buat perangai dia je la.My hubby pula sibuk dok cat PASTI sampai mlm baru blik rumah.Letih sungguh... maklum la dh sebulan dok relex je jd permaisuri la semua kerja org buat ni nak kena buat sendiri la semuanya pulak.Hari ni ok lg la sbb my hubby ambik cuti 2 hari nk settle kak long aufa dulu,daftar dia masuk PASTI AL-FAHMI PDG MENORA...bila my hubby ada kt rumah tak letih sgt la sbb dia rajin.semua dia buat..saya bersyukur sgt sbb dikurniakan suami yg begitu penyayang dan rajin pulak tu.

KAK LONG KE PASTI
Hari ni kak long bangun awal,semangat nak pi sekolah maklum la dpt beg sek baru.bkn main gembira lg dia tak sabar nak jumpa bestfriend dia iaitu akrimi dan afiah.bkn kak long saja,kak ngah pn bgn awal nak pi sek juga.siap galas beg baru juga.

Saturday, January 2, 2010

NURIL NASUHA DH 33 HARI


Salam Ukhuwwah..
Hari ini adik nasuha dh masuk 33 hari..dh makin bulat dan tembam.Alhamdulillah nasuha budak yg baik sepanjang 33 hari ni dia langsung tak meragam hanya nangis bila nak tidur dan lapar susu je.tak mcm kak long dulu siang mlm nangis sampai bawa jumpa pakar.pakar check takdak sakit pa pn,mmg kak long kaki nangis sampai la sekarang. kak ngah ok juga tak meragam sgt masa kecik2 dulu cuma bila dh dpt adik nasuha ni baru dia mula buat perangai mngkin jealous kt nasuha kot sbb umi.

Berpantang Anak Ke-3


Salam Ukhuwwah..
Dah lama tak aktifkan blog ni,atas sebab2 yg tak dapat dielakkan.InsyaAllah,pada tahun baru ni dgn azam dn semangat baru untuk mengaktifkan semula blog ini.Sebenarnya saya masih dlm berpantang anak ke-3,hari ni dh masuk 33 hari...Alhamdulillah Allah SWT menambahkan lagi umat Nabi SAW..Penat jugak melayan kerenah kakak2 berdua tu.. Mungkin kedua-duanya excited sangat sebab dpt baby baru..Sekarang masih di Tikam Batu,hari ni atau esok akan kembali ke Penang. Aufa akan mula bersekolah pada Isnin ini