CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, March 31, 2010

CIRI2 CALON SUAMI YG IDEAL


Salam Ukhuwwah


15 Rabiulakhir 1431HEmail : Shah Bundy


Sering kita mendengar maksud sepotong hadith yang berbunyi,"Dikahwini wanita itu (untuk dijadikan isteri) kerana empat perkara iaitu harta kekayaannya,keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka utamakanlah (dalam pemilihanmu itu) wanita yang kuat beragama, nescaya sejahtera hidupmu” (Riwayat Bukhari dan Muslim).Secara umumnya hadith ini menyenaraikan tentang ciri-ciri wanita yang biasanya menarik perhatian lelaki untuk dijadikan calon isteri. Wanita yang kaya, berharta, berdarjat tinggi dan cantik jelita adalah pakej lengkap yang meruntun hati kaum lelaki untuk menyuntingnya.Namun yang lebih penting hadith di atas menyarankan kepada kaum lelaki agar memilih bakal isteri yang memiliki ciri “kuat penghayatan agamanya”. Ini disebabkan wanita yang melaksanakan segala ajaran agama akan memberikan pengaruh serta kesan yang besar terhadap kebahagiaan hidup berumahtangga.


Bagaimana pula ciri-ciri lelaki yang baik untuk dijadikan suami? Jika hadith di atas memberi panduan kepada kaum lelaki dalam memilih bakal isteri mereka, maka di samping itu Islam juga memberi panduan kepada kaum wanita dalam memilih bakal suami mereka.Hal ini disebabkan aspek memilih jodoh bukanlah perkara yang boleh dipandang mudah. Ia tidak boleh dilakukan dengan terburu-buru atau tanpa penilitian yang mendalam. Ini disebabkan perkahwinan melibatkan soal kehidupan, zuriat, hak, tanggungjawab dan kasih sayang yang bakal kita jalani bersama dengan pasangan.Lebih-lebih lagi bagi seorang wanita, ia perlu menyelidik terlebih dahulu latar belakang bakal suaminya dari segi akhlak serta penghayatan agamanya.Ini kerana menurut kajian, kaum wanitalah yang paling teruk menerima kesan buruk apabila suami mengabaikan hak isteri, tidak mempergauli isteri dengan baik, curang, tidak melaksanakan tanggungjawab terhadap keluarga dan sebagainya. Adalah menjadi kewajipan ibu bapa memberikan panduan yang baik bagi anak-anak perempuan mereka mencari bakal suami dari kalangan lelaki yang berakhlak tinggi dan taat pada ajaran agama. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:“Jika seorang lelaki datang untuk meminang anak perempuan kamu dan kamu redha (berpuas hati) tentang agama dan akhlaknya, maka nikahkanlah dia (dengan anak perempuan kamu). Jika hal itu tidak kamu lakukan, akan berlakulah fitnah di muka bumi dan kerosakan yang besar”Sesungguhnya sifat-sifat inilah (baik akhlak dan agama) yang mesti dijadikan kriteria utama di dalam memilih bakal suami sebelum dilihat atau dipilih pada sudut harta, pangkat dan kedudukan lelaki tersebut. Lelaki yang sederhana kehidupannnya tetapi berakhlak mulia serta taat melaksanakan segala perintah Allah SWT dan rasul-Nya itulah sebenarnya seorang yang kaya, sebaliknya lelaki fasik (ingkar kepada suruhan Allah SWT ) walaupun hidup kaya raya, hakikatnya ia adalah miskin.Mengapa demikian? Kerana kefasikan hidup akan melesapkan harta kekayaan melalui aktiviti perujudian, minuman keras, berkunjung ke tempat - tempat maksiat, berfoya-foya dan sebagainya. Hak-hak isteri dengan sendirinya hilang dan terabai. Isteri hidup dalam tekanan perasaan kerana tanggungjawab terhadap keluarga dan anak-anak dilupakan. Inilah yang dimaksudkan oleh Rasulullah SAW dalam hadis di atas sebagai “fitnah di muka bumi dan kerosakan yang besar”.Suami yang hidup dalam kefasikan bermakna mengundang murka Allah SWT. Jika Allah SWT sudah murka, bagaimanakah rahmat dan keberkatan hidup berumahtangga akan dapat dinikmati?Diriwayatkan dalam sebuah kisah, seorang lelaki datang menemui Hasan bin Ali RA (cucu Rasulullah SAW) untuk meminta nasihat. Katanya, “Anak perempuanku dipinang oleh beberapa orang lelaki. Dengan lelaki yang bagaimanakah yang layak dikahwinkan dengan puteriku?” Hasan menjawab,“Kahwinkanlah dia dengan lelaki yang bertakwa kepada Allah, kerana jika ia menyukai isterinya ia pasti mengasihinya, tetapi jika ia tidak menyukai isterinya pasti ia tidak akan berlaku zalim terhadapnya (tetap menghormati isterinya)”.Prof. Dr. Miqdad Yaljan dalam bukunyaMenurut beliau lagi, sekiranya perceraian berlaku, ia akan lebih mendatangkan kemudaratan kepada wanita berbanding lelaki sama ada dari sudut sosial, psikologi dan ekonomi. Tambahan lagi pandangan negatif sesetengah masyarakat kepada wanita bergelar janda menambahkan lagi tekanan perasaan mereka. Malah perasaan malu akibat perceraian lebih dirasai oleh golongan wanita berbanding lelaki.Rasulullah SAW juga amat benci kepada mana-mana bapa (atau wali)yang mengahwinkan anak perempuan mereka dengan lelaki yang fasik. Baginda mengingatkan dalam sabdanya yang bermaksud:Lihatlah betapa tegasnya Rasulullah SAW dalam menggesa para ibu bapa agar mengahwinkan anak perempuan mereka dengan lelaki yang beriman dan menjauhi dari mengahwinkannya dengan lelaki yang fasik.Apakah fitnah atau malapetaka yang lebih besar selain daripadamenikahkan anak-anak yang berjiwa bersih, berperibadi mulia dan taat menjalankan suruhan agama dengan lelaki yang tidak menghiraukan perintah Allah SWT dan bergelumang pula dengan maksiat?Kita melihat bahawa berapa ramai anak-anak perempuan yang ketika berada di bawah naungan keluarganya tidak pernah melakukan maksiat, tetapi apabila berkahwin dengan lelaki fasik, mereka terus hanyut dalam arus maksiat yang diterajui oleh suami mereka sendiri.Gadis yang pada mulanya berperibadi mulia, akhirnya terseret jauh oleh kesesatan suaminya. Memakai pakaian yang mendedahkan aurat, meninggalkan solat dan bentuk-bentuk ibadah lainnya. Semua ini jelas merupakan kerugian yang nyata sekali bagi dirinya.Oleh sebab itu, amat wajarlah Rasulullah SAW menghukum mana-mana bapa atau wali yang mengahwinkan anak perempuan mereka dengan lelaki yang fasik, yang seolah-olah dia memutuskan hubungan silaturrahim dengan anak perempuannya sendiri.Kesimpulannya, kaum wanita perlu lebih teliti dan berhati-hati dalam soal pemilihan jodoh. Ini kerana perkahwinan bukanlah kontrak perniagaan yang berorientasikan keuntungan semata-mata, tetapi ia merupakan “ikatan sosial” yang merangkumi pelbagai aspek kemanusiaan seperti pertalian jiwa, kasih sayang, ketenangan hati, tuntutan biologi, nasab keturunan, hak, tanggungjawab, toleransi dan sebagainya.Hayatilah firman Allah SWT yang bermaksud:“Dan kahwinkanlah orang orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki mahupun perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dengan limpah kurniaan-Nya,kerana Allah Maha Luas rahmat-Nya lagi Maha Mengetahui(an-Nur: 32).“al-Bayt al-Islami Kama Yanbaghi An Yakun” menulis: Soal perkahwinan adalah persoalan hidup keseluruhannya. Lebih-lebih lagi kaum wanita dalam membuat penelitian terhadap bakal suami. Ini kerana kuasa talak terletak di tangan suami mereka.“Sesiapa yang menikahkan anak perempuannya dengan lelaki fasiq bererti ia telah memutuskan hubungan silaturrahim dengan anaknya sendiri”.


Dipetik dari blog cina islam

Tuesday, March 30, 2010

MAHLIGAI KASIH (18/10/2003)







Salam ukhuwwah...
Bulan oktober nanti genap usia perkahwinan kami 7 thn dan telah kurniakan 3 cahaya mata...Alhamdulillah selama 7 thn ini, rumahtangga yg kami bina ini sentiasa bahagia dan tenteram...walaupn kadang2 kami berselisih pendapat tp biasala kn sedangkan lidah lg tergigit inikan pula kita manusia..Alhamdulillah suami juga sgt penyayang..dan memahami diri ini...sentiasa bertolak ansur....Semoga Allah memberkati rumahtangga kami dan kami kekal sehingga akhir hayat...amin.

Saturday, March 27, 2010

AS SYAHID SHEIKH AHMAD YASIN: JASAD MU HANCUR TP PERJUANGANMU TETAP UTUH


Salam Ukhuwwah..


27 Mac 2010
As Syahid Sheikh Ahmad Yasin:Jasadmu Hancur tetapi Perjuanganmu Tetap Utuh!

11 Rabiulakhir 1431H.

Nama sebenar beliau adalah Ahmad Ismail Yasin. Lahir pada tahun 1938 di Desa Al-Jaurah, utara Ghazzah. Beliau yang sangat meminati olahraga, telah mendapat kecelakaan yang menyebabkan ia diserang kelumpuhan total. Namun, itu tidak menjadi penghalang kepadanya untuk bergerak sebagai aktivis perjuangan Islam dan jihad menghadapi penjajah Yahudi.

Keluar masuk penjara sudah menjadi kebiasaan baginya baik penjara regim Sekular Palestin, PLO (Yaser Arafat) – sekarang Fatah atau penjara Israel. Sebahagian besar hidupnya dihabiskan diatas kerusi roda yang ditolak oleh pembantunya. Seksaan di penjara Israel menyebabkan ia bukan hanya terus lumpuh, namun bertambah derita lain seperti pandangan mata kirinya yang kabur dan telinga yang tidak dapat mendengar lagi dengan baik. Ditambah dengan penyakit jantung serta gangguan pencernaan.

Siksaan berterusan membuatkan fizikalnya menjadi semakin lemah. Namun, fizikalnya yang rosak bukan penghalang baginya untuk teguh menasihati, membangkitkan semangat ummah dan para pejuang Palestin sehingga ianya menjadi mimpi ngeri bagi Israel. Setiap patah kata-katanya diterima pakai dan dilaksanakan.

Tahun 1983, beliau dipenjarakan lagi atas dakwaan menubuhkan kumpulan rahsia ‘Tanzhim ‘Askari’ dan memprovokasi massa agar menyahkan Israel dari muka bumi. Mahkamah tentera Zionis menghukumnya dengan penjara selama 13 tahun. Tidak sampai tempoh itu, beliau dibebaskan.

Tahun 1987, Harakatul Muqawwamatul Islamiyyah (Hamas) ditubuhkan sebagai sayap Ikhwan Muslimin Palestin. Sheikh Yasin diangkat menjadi amir pertama. Hamas gerakan jihad dengan meletakkan Islam sebagai dasar perjuangan. Namun, mereka tetap menjaga hubungan dengan gerakan kemerdekaan Palestin yang lain seperti PLO yang agak berhaluan secular. Tanggal 09 Dis 1987, Intifadhah besar-besaran Palestin kali pertama dibangkitkan.

Detik-detik akhirnya tiba jua. Saat selesai menunaikan solat Subuh tanggal 22 Mac 2004, sejurus melangkah untuk keluar dari masjid, 3 peluru berpandu yang ditembak oleh helicopter Apache tepat mengenai kepala dan tubuhnya. Kepalanya hancur dan tangannya putus. Kerusi roda yang dinaikinya hancur musnah. Dagingnya terpaksa dikutip satu persatu dan dimasukkan ke dalam plastic.

Isterinya, Hajjah Ummu Muhammad memberitahu bahawa, hari-hari terakhir suaminya sudah dirasai oleh Sheikh Yasin sendiri. “ saya punya firasat akan segera mendapatkan kesyahidan dan memang itulah yang saya minta. Saya hanya mencari akhirat, bukan dunia” kata Sheikh Yasin pada anak-anaknya.

Pada malam terakhir, beliau beri’tikaf di masjid Majma’ Al-Islamiy dan berniat puasa sunat setelah meminum segelas air putih. Kemudia beliau menunaikan Solat Subuh. Ancaman bahaya dirasai oleh ahli jama’ah masjid dan mereka bertindak mengambil tayar-tayar serta membakarnya agar asap yang naik nanti akan melindungi pergerakan beliau. Namun, Sheikh Yasin melarangnya.

Beliau terus keluar dari pintu masjid dan sejurus itu, peluru menghentam beliau dan para pengawalnya termasuk menantunya, Khamis Musytaha. Mereka semua gugur syahid.

Dicatat dari Blog Cina Islam : DRS. KHALIL IDHAM LIM

Friday, March 26, 2010

PERMATA HATIKU


Salam Ukhuwwah...

nuril aufa..nuril tasnim...nuril nasuha..itulah nama puteri-puteriku..permata hatiku..buah hatiku..anak2ku sudah makin membesar,aufa dh 6 thn,tasnim dh 3 thn dn nasuha dh nk masuk 4 bln..begitu cpt masa berlalu tanpa ku sedari usia perkahwinan kami sudah masuk 7 thn..kami sudah memiliki 3 puteri,cuma puteranya blm ada..mungkin akan dtg..InsyaAllh..seronok lihat telatah anak2 ni walaupn kadang2 nak marah juga apa taknya..aufa suka mengusik,kak ngah pula suka menangis..bila kakak jeling pn kak ngah dh nangsi pendek kata tasnim ni mmg hobi dia menangis la.nasuha pula dh makin pandai,asyik nk suruh dukung je,bila bg tidor je trus nangis..paling dia suka bawa jln2 kot luar..aufa pn makin hari dh makin pandai membaca..menulis..iqra'5 pn dh nk habis..

Tuesday, March 23, 2010

HOSPITAL SEBERANG JAYA (nasuha)


Salam Ukhuwwah...

Dok tgk album td trjumpa gambar abg ambik masa saya dihospital keika nak lahirkan nasuha..pengalaman melahirkan nasuha mmg tak dpt dilupakan..aufa dan tasnim dilahirkan normal tetapi semasa nasuha saya dimasukkan ubat utk bersalin awal..due sepatutnya 14 disember 2009..tetapi nasuha selamat dilahirkan pd 30 nov 2009. 29 hb saya sudah dimasukkan ke hospital iaitu pd hari ke-3 raya haji..raya masa tu mmg dh tak semangat sbb dok ingat kena masuk hospital..
Pagi 30hb baru ubat dimasukkan tetapi sehingga tghari belum ada tanda2 sakit..tpt jam 4 ptg doktor memasukkan lg sebiji ubat..slps ubat dimasukkan saya sudah mula berasa sakit..mulanya sakit sedikit je tp lama kelamaan semakin kuat..kebetulan pula my hubby minta saya ditukarkan ke wad kelas 1 sbb kelas 3 agak sesak..so dlm keadaan sakit saya gagahkan diri angkat brg pindah ke bilik..dlm bilik tu ada 3 org,kebetulan salah seorg tu wife kpd kwn abg.sempat lagi saya bersembang walaupn sakit teramat sgt..jam di dinding tpt pukui 10 mlm,saya sudah tak dpt menahan sakit yg semakin kerap..saya minta kak sebilik tu panggilkan nurse..nurse dtg dan minta saya kebilik utk memeriksa bukaan..dh 7 cm..nurse terus bawa saya ke bilik bersalin..nurse tu ckp baru 7 cm lambat lg ni nnti boring tunggu kt bilik bersalin..saya senyap je sbb terlalu sakit..sampai kat bilik bersalin..nurse menyediakan kelengkapan bersalin dan masa tu baru 8cm,nurse tu ckp masih lambat lg mungkin dlm pukul 1 @ 2 pagi baru saya akan bersalin..tp saya rasa terlalu sakit sgt seperti dh nak bersalin,saya trus panggil nurse dia check dh 9cm dan dia pn hairan sbb terbuka cpt..sakit ni tak tau nak cerita la..Allah je tau..nurse kata blm lg dia pn pusing nak keluar bilik blm sempat dia nak keluar saya panggil sbb dh tak thn sakit sakit yg terlampau kuat,dia pn check sekali lg dn dia agak terkejut sbb dh nampak kepala baby..akhirnya saya selamat melahirkan nuril nasuha tepat jam 11.59 mlm tarikh 30/11/2009.

ZOO TAIPING (cuti sekolah)



Salam Ukhuwwah..

Dah lama tak menulis dlm blog ni..terlalu sibuk dgn anak2..nasuha makin hari makin cerdik..dah tak mau dok di bawah asyik nak suruh dukung je bawa jln2,dok dlm rumah nangis tp klau bawa jln kat luar ketawa bukan main dia..sampai nak buka pc ni pn x sempat....

Dah 2 hari aufa mula bersekolah....tak sabaq dia nak ke sekolah sbb nak cerita kat kwn2 dan cikgu dia ke zoo taiping cuti sekolah hari tu.....dah lama aufa ajak ke zoo tapi abah asyik sibuk je,kebetulan cuti sekolah retu abah free sikit so dpt la pegi..tasnim pn seronok sgt dengar kata nak ke zoo..maklum la dh lama tak pegi..pernah pegi sekali masa tu aufa baru 3 thn dan tasnim blm sampai sethn lagi so depa dh tak berapa ingat dah le..setengah hari juga kami kat zoo tu..aufa la yg paling seronok asyik minta abah ambik gambar dia je..tasnim pula takut2 sikit,takut gajah tangkap dia..nasuha pula cool je langsung tak nangis agaknya seronok jugak kot...mak tok dia org ikut sekali..saja ajak mak sekali sbb kami pn dah lama tak bawa dia berjln2...

aufa dan tasnim betul2 seronok dpt pi zoo..umi dan abah turut gembira..