CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, May 27, 2011

IKHLAS EDUCATION TAKAFUL

Pengenalan

Memiliki pendidikan sempurna adalah pasport ke arah membina kehidupan bahagia. Anda akur dengan kenyataan ini, sebab itulah anda sentiasa inginkan hanya yang terbaik untuk pendidikan anak anda. Memandangkan kos pendidikan sentiasa meningkat dari setahun ke setahun, anda perlu merancang dari sekarang. Kami sedia membantu. Untuk itu, kami perkenalkan anda dengan IKHLAS EDUCATION CLASSIC.

Ianya merupakan pelan yang membantu anda menabung sejumlah kecil wang setiap bulan. Tanpa disedari jumlah yang terkumpul, cukup untuk membiayai pendidikan anak anda di masa depan. Selain itu, pelan ini juga menawarkan anda perlindungan sekiranya ditakdirkan anak anda meninggal dunia atau kehilangan upaya. Dan anda diberi pilihan fleksibel untuk membuat sumbangan antara 6 hingga 23 tahun sehingga tempoh matang sijil.

Apakah yang dilindungi oleh IKHLAS Education Classic?

Berikan anak anda nikmat perlindungan insurans di saat anda menabung untuknya. Pelan ini dicipta khusus untuk kanak-kanak berumur antara 30 hari sehingga 12 tahun, jadi anda boleh merancang untuk pendidikan mereka seawal yang mungkin. Dengan pelan istimewa ini akan menikmati manfaat-manfaat berikut:-

Manfaat Kematian & Kehilangan Upaya Kekal dan Menyeluruh (TPD)

Sekiranya ditakdirkan berlaku kematian atau kehilangan upaya kekal dan menyeluruh menimpa anak anda sebelum tempoh matang sijil, jumlah perlindungan akan dibayar sekaligus berserta dengan jumlah terkumpul perlindungan akan dibayar sekaligus berserta dengan jumlah terkumpul di dalam Akaun Pelaburan Peribadi (PIA) kepada anda. Sekiranya kematian atau kehilangan upaya kekal dan menyeluruh berlaku sebelum anak anda mencapai umur lima (5) tahun pada harijadi seterusnya jumlah perlindungan yang akan dibayar adalah seperti berikut:-


Kenapa IKHLAS Education Classic Takaful?

MANFAAT KEMATANGAN
Sebaik sahaja sijil matang, anak anda akan menerima secara sekaligus sejumlah wang, setara dengan jumlah yang terkumpul di dalam Akaun Pelaburan Peribadi (PIA).

PENGELUARAN WANG TUNAI
Pengeluaran wang tunai boleh dilakukan daripada Akaun Pelaburan Peribadi (PIA) setelah sijil berkuatkuasa untuk tempoh minimum selama lima (5) tahun. Hanya tiga (3) pengeluaran sahaja dibenarkan sepanjang tempoh sijil, dengan jarak minimum di antara pengeluaran ialah dua (2) tahun. Yuran pengeluaran sebanyak RM15.00 akan dikenakan ke atas Akaun Pelaburan Peribadi (PIA) bagi setiap pengeluaran.

PENAMBAHAN KADAR SUMBANGAN
Sumbangan tambahan boleh dibuat pada hari pertama sijil berkuatkuasa. Jumlah penambahan minimum adalah sebanyak RM50.00 di mana jumlah ini akan dimasukkan sepenuhnya ke dalam Akaun Pelaburan Peribadi (PIA) peserta.

ANUGERAH PENCAPAIAN CEMERLANG
Mereka yang menyertai pelan ini akan diberi anugerah untuk pencapaian cemerlang di peperiksaan UPSR, PMR atau SPM. Manfaat ini hanya akan dibayar sekiranya pada tarikh peperiksaan, sijil telah berkuatkuasa untuk tempoh minimum tiga (3) tahun. Manfaat anugerah adalah RM100 untuk setiap markah A yang dicapai di dalam semua matapelajaran UPSR (minimum 5A), PMR (minimum 7A) atau SPM/SPVM (minimum 7A).






SYARAT DAN HAD UMUR

Umur : 30 hari - 12 tahun (umur pada harijadi berikutnya)
Jumlah had perlindungan : Minimum RM10,000 dan Maksimum RM150,000
Tempoh tamat umur penyertaan : Berdasarkan umur peserta antara 18 - 23 tahun
Tempoh perlindungan : 6 - 22 tahun


MENABUNG UNTUK MASA DEPAN ANAK ANDA SAMBIL MENIKMATI PULANGAN YANG LEBIH BAIK

Model IKHLAS kami membenarkan bahagian yang lebih besar daripada akaun peserta digunakan untuk tujuan pelaburan di mana ini membolehkan peserta menerima kadar pulangan yang lebih optima. Ia juga membenarkan peruntukan pendapatan pelaburan dan lebihan yang lebih kerap kepada akaun pelaburan. Pelaburan semula pendapatan pelaburan dan lebihan ini sesegera mungkin, menjadikan jumlah perolehan pulangan keseluruhan adalah lebih baik.

IKHLAS SAVING TAKAFUL


IKHLAS SAVINGS TAKAFUL merupakan pelan berbentuk pelaburan yang menyertakan keuntungan yang akan diagihkan kepada para peserta. Ia merupakan pelan unggul yang menyediakan dana simpanan, memberi pulangan ke atas pelaburan dan turut menawarkan perlindungan kepada peserta. Pelan ini direka untuk mengoptimumkan kadar pulangan terhadap pelaburan kepada peserta.


Apakah Yang Dilindungi Oleh IKHLAS Savings Takaful?

Pelan ini menggunakan dua (2) elemen utama yang mana kedua-duanya akan menepati dan memenuhi keperluan di bawah IKHLAS SAVINGS TAKAFUL:

•Tahap perlindungan bertempoh
• Akaun Pelaburan

IKHLAS SAVINGS TAKAFUL memberi perlindungan ke atas manfaat-manfaat berikut :

MANFAAT KEMATIAN & HILANG UPAYA KEKAL MENYELURUH
Pelan ini akan memberi perlindungan sekiranya berlaku kematian atau kehilangan upaya menyeluruh dan kekal terhadap peserta sebelum tempoh matang sijil. Jumlah perlindungan termasuk jumlah sumbangan terkumpul di dalam Akaun Pelaburan Risiko Peribadi (PRIA) akan dibayar kepada peserta, waris peserta atau keluarga terdekat.

Nota : Semua manfaat di atas adalah terkecuali untuk sebarang keadaan sebelum sijil berkuatkuasa.

MANFAAT TEMPOH MATANG
Apabila sijil mencapai tempoh matang, peserta akan menerima pembayaran sekaligus dari pendapatan pelaburan bersih dan jumlah terkumpul dari Akaun Pelaburan Risiko Peribadi (PRIA) serta lebihan dari Dana Risiko melalui Akaun Terkumpul Ta'awuni.

JUMLAH SUMBANGAN
Jumlah sumbangan adalah fleksibel bergantung kepada umur peserta dan tempoh sijil.


Mengapa IKHLAS Saving Takaful?

PENGELUARAN SEBAHAGIAN WANG TUNAI
Pengeluaran boleh dilakukan daripada Akaun Pelaburan Peribadi setelah sijil berkuatkuasa untuk tempoh minimum selama lima (5) tahun. Hanya tiga (3) pengeluaran sahaja dibenarkan dibuat sepanjang tempoh sijil, dengan jarak minimum di antara pengeluaran ialah dua (2) tahun. Yuran pengeluaran sebanyak RM15.00 akan dikenakan ke atas Akaun Pelaburan Peribadi bagi setiap pengeluaran.

PENAMBAHAN KADAR SUMBANGAN
Sumbangan boleh ditambah pada hari pertama sijil berkuatkuasa. Jumlah penambahan minimum adalah sebanyak RM50.00 di mana jumlah ini akan dimasukkan sepenuhnya ke dalam Akaun Pelaburan Peribadi peserta.

PILIHAN RIDER TAMBAHAN
Peserta boleh membuat pilihan untuk menambah mana-mana rider kepada sijil asas.

PULANGAN PELABURAN YANG LEBIH BAIK
Model Takaful IKHLAS membolehkan Syarikat mengoptimumkan pulangan pelaburan kepada para peserta (sila hubungi kami untuk keterangan selanjutnya).

PELAN IKHLAS WANITA TAKAFUL

Pelan Ikhlas Wanita Takaful


Disediakan oleh Takaful Ikhlas Sdn. Bhd. Ikhlas Wanita Takaful menyediakan Pelan Perlindungan Khas untuk golongan Wanita. Pelan Ikhlas Wanita Takaful memberi manafaat setara untuk kematian dan keilatan kekal menyeluruh beserta pelaburan. Ikhlas Wanita Takaful memberi pampasan kewangan terhadap penyakit kanser khusus untuk wanita selain pampasan kematian dan juga kehilangan upaya kekal dan menyeluruh disamping memberikan pulangan melalui pengumpulan pelaburan di dalam Personnel Investment Account (PIA) sehingga tempoh sijil matang.



Ciri - Ciri Pelan
- Umur Kemasukan 16 Tahun Hingga 50 Tahun.
-
Tempoh Perlindungan 15 hingga 49 Tahun tertaluk kepada umur maksima 65 Tahun.
-
Tempoh Perlindungan peserta sehingga berumur 65 Tahun (Maksima).
- Manafaat matang pemulangan 100% Simpanan terkumpul di dalam PIA kepada peserta.
-
Tambahan Sumbangan dibenarkan selepas sijil Peserta telah berkuatkuasa dengan amaun minima RM50.
- Syarat kemasukan dari umur 16 tahun hingga berusia 50 tahun.







"Takaful Ikhlas Jaminan Kewangan Anda, HPA Perjuangan Produk Halal, SALINDAH untuk Keluarga ANDA"

MODEL IKHLAS

PENGENALAN MODEL

Sejajar dengan perkembangan perkhidmatan perlindungan kewangan Islam di peringkat antarabangsa dan tempatan, Takaful IKHLAS telah memilih kontrak Wakalah sebagai model dalam membentuk asas operasi kami. Wakalah adalah satu bentuk perhubungan perwakilan di antara Takaful IKHLAS dan seseorang peserta (Prinsipal/Pelanggan).

Takaful IKHLAS menggunakan kontrak berikut sebagai garis panduan perniagaan kami:

Kontrak Tabarru’ di mana peserta bersetuju mendermakan peratusan yang telah ditentukan daripada sumbangan kepada Dana Risiko untuk membantu peserta lain.

Kontrak Wakalah di mana peserta membenarkan Takaful IKHLAS untuk menguruskan hal ehwal dana bagi pihak beliau.

Model Takaful IKHLAS membolehkan penggunaan perantara sebagai satu kaedah untuk memenuhi keperluan pelanggan, pembayaran lebihan dan keuntungan dengan lebih baik, di mana sesuai, kepada para peserta dan pengiraan keuntungan yang dikongsi secara bulanan.




NOTA :
Bagi GRIA, sebahagian daripada sumbangan dalam akaun pelaburan akan diperuntukkan untuk Tabarru’ semasa permulaan sijil yang akan diagihkan kepada Dana Risiko (RF). Sebarang pendapatan pelaburan yang diperolehi daripada jumlah di dalam akaun pelaburan akan diperuntukkan kepada Dana Risiko (RF). Dari sudut ini, IKHLAS tidak akan mengenakan Yuran Pengurusan Dana (%). Pengagihan lebihan bersih akan diperuntukkan dan diuruskan secara tahunan


"Takaful Ikhlas Jaminan Kewangan Anda, HPA Perjuangan Produk Halal, SALINDAH untuk Keluarga ANDA"

KONSEP TAKAFUL

Konsep Takaful .


Takaful merupakan salah satu konsep insurans yang berasaskan Muamalat Islam yang berlandaskan hukum Syariah. Konsep ini sebenarnya telah diamalkan sejak lebih 1,400 tahun. Pada asasnya, sistem Takaful berteraskan konsep kerjasama, tanggungjawab, jaminan, perlindungan dan saling membantu di kalangan para pesertanya.

Dalam erti kata lain, ia merupakan penyediaan sumbangan yang dikongsi bersama bagi membantu mereka yang memerlukannya. Asas falsafah ini adalah berpandukan kepada beberapa hadith Rasulullah s.a.w. yang antaranya:



Dalil Kerjasama
Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan taqwa, janganlah kamu tolong-menolong dalam berbuat dosa dan permusuhan. (Al-Maidah : 2)

Allah akan sentiasa membantu hamba-Nya selagi mereka saling membantu antara satu sama lain. (Diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan Imam Abu Daud)


Dalil Tanggungjawab
Ibarat hubungan dan perasaan orang-orang beriman sesama mereka adalah seperti jasad, apabila salah satu daripadanya ditimpa kesusahan, maka seluruh anggota yang lain juga akan merasainya. (Diriwayatkan oleh Imam Al-Bukhari dan Imam Muslim)

Dalil Saling Melindungi
Demi hayatku yang berada dalam kekuasaan Allah, tiada siapa yang akan masuk Syurga jika beliau tidak melindungi jirannya yang berada dalam kesusahan. (Diriwayatkan oleh Imam Ahmad)



Berasaskan kepada dalil di atas, para ilmuan Islam memutuskan bahawa usaha bersepadu perlu wujud untuk melaksanakan konsep Takaful sebagai kaedah terbaik untuk memenuhi tuntutan ini.

Memahami Kontrak Takaful
Meskipun konsep insurans dibenarkan di dalam Syariah, terdapat beberapa amalan insurans konvensional yang bercanggah. Amalan Takaful yang dipraktikkan sekarang menggunakan gabungan dua jenis ‘Aqad (kontrak) utama. Ianya adalah kontrak Tabarru’ (derma) dan Wakalah (ejensi) yang bebas daripada sebarang unsur Riba (faedah), Maisir (perjudian) dan Gharar (tidak jelas). Sistem Takaful memberi penekanan terhadap semangat kerjasama dan tanggungjawab sesama para peserta.

PENGENALAN



Takaful Ikhlas Sdn. Bhd. (Takaful IKHLAS) diperbadankan pada 18 September 2002 dan adalah sebuah anak syarikat milik penuh MNRB Holdings Berhad.

Setelah beroperasi selama enam tahun, Takaful IKHLAS berjaya mengukuhkan kehadirannya dalam penyediaan perkhidmatan perlindungan kewangan Islam berasaskan Sistem Takaful yang menekankan semangat kerjasama dan tanggungjawab bersama di kalangan para pesertanya. Kini, reputasi kami dalam pasaran sebagai satu "jenama" dinamik telah dikenali ramai.

Hingga kini, lebih 1.4 juta individu dan syarikat telah meletakkan kepercayaan mereka kepada Syarikat dan menjadi pemegang sijil (peserta).

Komitmen dan pegangan Takaful IKHLAS kepada nilai-nilai yang luhur, bersama-sama dengan kesesuaian teknologi yang digunakan dalam pelaksanaan perniagaan, telah membina nama baik Syarikat atas pengamalan pendekatan dan penyediaan perkhidmatan yang beretika.

Syarikat menawarkan rangkaian Pelan Takaful Keluarga, Berkelompok dan Am serta Rider untuk individu dan usahaniaga komersial. Banyak lagi produk dan perkhidmatan yang sedang dirancang untuk jangkamasa yang terdekat. Saluran pengedaran/perkhidmatan kami terdiri daripada mereka yang berpengetahuan tinggi dan terlatih. Saluran-saluran ini terdiri daripada lebih 6,000 orang ejen, broker, institusi kewangan, pemegang francais kenderaan bermotor, koperasi dan organisasi-organisasi Islam.

Hanya dalam tempoh dua tahun, Syarikat telah mewujudkan rangkaian agensi yang luas. Takaful IKHLAS mempunyai 10 cawangan yang terletak di Kuala Lumpur, Sungai Petani, Kota Bahru, Johor Bharu, Kuching, Kota Kinabalu, Melaka, Kuantan, Ipoh dan Putrajaya. Piawaian etika tinggi yang telah kami tetapkan untuk warga kerja dan rakan kongsi perniagaan boleh dilihat menerusi tindak balas kami yang pantas terhadap keperluan para pelanggan dan reputasi kami dalam memastikan penjelasan tuntutan yang adil dan cepat. Kami tidak mempunyai sebarang pembayaran tuntutan "tertunggak" dengan kelulusan diproses dalam masa 24 jam bagi kebanyakan kes.

Penggunaan teknologi kami dikaji dan diteliti terlebih dahulu. Hingga kini, Syarikat telah membuat pelaburan besar dalam bidang ini bagi menyokong falsafah kami untuk mewujudkan kecekapan dan keberkesanan dalam memberi perkhidmatan kepada para peserta dan rakan kongsi perniagaan kami.

Selain daripada menggunakan teknologi terkini untuk memacu proses di barisan hadapan dan proses awalan kami, serta menyepadukan kedua-duanya, kami juga merupakan antara syarikat yang pertama menggunakan Sistem "e-Cover Note" yang menghubungkan Takaful IKHLAS dengan Jabatan Pengangkutan Jalan atau JPJ. Di samping itu, kami juga mempunyai satu Sistem Anggaran Tuntutan Elektronik yang berupaya mempercepatkan proses penilaian bagi tuntutan kenderaan bermotor. Kami juga telah melancarkan portal agensi, I-POS yang membolehkan para wakil menyemak portfolio perniagaan mereka. Pada waktu yang sama kami juga merupakan perintis dalam memperkenalkan pembelian Takaful motor untuk pembelian baru serta pembaharuan yang digelar e-IKHLAS.

Kami juga telah memperkenalkan portal "e-Marine" yang membolehkan ejen dan bank terpilih mengeluarkan sijil dengan segera bagi keperluan Takaful Kargo Marin. Sistem "e-Cover Note" sedia ada juga telah dikembangkan untuk meliputi perniagaan Takaful Bukan Motor yang membenarkan ejen mengeluarkan sijil Kebakaran, Pemilik Rumah, "Householder" dan Kemalangan Peribadi kepada pelanggan kami.

Matlamat kami adalah untuk menjadikan Takaful IKHLAS sebagai penyedia perkhidmatan perlindungan kewangan Islam pilihan dan kami akan berusaha sedaya upaya untuk memenuhi matlamat tersebut.


"Takaful Ikhlas Jaminan Kewangan Anda, HPA Perjuangan Produk Halal, SALINDAH untuk Keluarga ANDA"

KEPERLUAN PERANCANGAN KEWANGAN



"Dan orang-orang yang akan meninggal dunia di antaramu dan meninggalkan isteri, hendaklah berwasiat untuk isteri-isterinya, (iaitu) diberi nafkah hingga setahun lamanya dengan tidak disuruh pindah (dari rumahnya).”
(Surah Al-Baqarah:240)

“Dan hendaklah takut kepada Allah orang-orang (yang menjadi penjaganya), jika ditakdirkan mereka meninggalkan anak-anak yang lemah, (tentulah) mereka akan merasa bimbang terhadap (masa depan dan keselamatan) anak-anak mereka. Oleh itu hendaklah mereka bertakwa kepada Allah dan mengucapkan perkataan yang benar.”
(Surah Al-Nisa’ : 9)

Demikianlah petikan dari ayat-ayat Al-Quran yang boleh dijadikan panduan kepada kita dalam menguruskan keadaan keluarga kita. Bagaimana pentingnya kehidupan mereka yang kita tinggalkan sama ada disudut aqidah mereka mahupun keperluan kehidupan mereka.


"Takaful Ikhlas Jaminan Kewangan Anda, HPA Perjuangan Produk Halal, SALINDAH untuk Keluarga ANDA"

2 PUTERIKU BATUK & DEMAM

Assalamualaikum..





Masuk hari ini dah empat hari puteri ke-3 ku demam & batuk...Angah pula baru mula batuk & demam.. Semalam ke Klinik Pakar Kanak-Kanak di Sungai Petani, Alhamdulillah...batuk puteriku masih di tahap biasa.. Risau jugak bila banyak hari sangat mcm tu..Demam pun semakin pulih..susah juga bila termometer suhu yang selalu digunakan di rumah hilang..

TIPS : Termometer antara 'tool" yang penting buat semua ibubapa untuk memastikan suhu badan anak-anak berada dalam keadaan yang baik...yang penting : jangan bagi hilang@ salah letak..he..he..


Semalam juga singgah di Pusat Jualan HPA Padang Temusu..ambilkan produk anti kanser Shark Cartillage dan Paramaria Plus yang dipesan oleh pelanggan selain beberapa produk lain. Jom sertai HPA..Kecukupan Produk Halal Di Pasaran Tanggungjawab Bersama



Dua produk yang baik untuk wanita...

Thursday, May 26, 2011

PAD HERBA SUSEN



MENGAPA PILIH SUSEN (PAD HERBA) DARIPADA PAD BIASA

1. Lapisan Luar Daripada Kapas Asli
Permukaan yg selembut sutera diperbuat dari kapas asli agar kulit terasa kering, bersih dan selesa.

2. Cepat Meresap
Meresap dgn cepat dgn kadar resapan 27.6 kali ganda berbanding tuala wanita biasa.

3. Ultra Nipis
Sangat nipis (0.3 mm) sehingga tidak terasa kehadirannya apabila dipakai.

4. Mengandungi 9 Formula Khas Herba Asli
Formula herba yg sejati secara semulajadi utk meringankan bebanan dan tekanan kepada wanita.

5. Kandungan Bio-Tek & Anti Bakteria
Bahan cairan cepat diperangkap supaya permukaannya kering, bacteria tidak berpeluang utk membiak.

6. Pelapis Khas Telus Udara
Pembentukan gelembung udara yg halus dan tiada kesan toksid di mana tahap Phnya adalah 6.6.

7. Segar & Tidak Berbau
Selesa dipakai, menyegarkan, nyaman, berangin spt pudina/methol & tidak mengeluarkan bau.

8. Bukti Tidak Beracun
Ujian makmal membuktikan tidak ada plumbum, raksa & lain-lain racun & bahan toksid.

9. Kawalan Mutu Yg Bertaraf Tinggi
Daya serapannya yg tinggi & tidak bocor membuatkan kulit sentiasa segar & kering.

Membantu :

~ Merawat penyakit “Angin Pasang” (lelaki)
~ Merawat semua masalah utama wanita
~ Merawat penyakit haid
~ Mengimbangkan sistem haid
~ Mencegah kegatalan, sakit sendi semasa haid
~ Membuang toksid dlm badan
~ Menghindari pembiakan bacteria di tempat sulit
~ Menghindari penyakit & kulat (FUNGUS)
~ Menghindari jangkitan pundit kencing
~ Membuang gumpulan darah dlm uterus
~ Mengeringkan luka dgn cepat
~ Mencegah sengugut
~ Merawat keputihan
~ Merawat kekuningan
~ Menyedut kotoran yg tersimpan
~ Mencegah Cancer rahim & payudara
~ Mencegah & merawat buasir
~ Mengecutkan rahim selepas bersalin
~ Memulihkan penyakit di bahagian usus
~ Merawat dari kembung perut

Wednesday, May 25, 2011

MYIMAN PEN PINTAR MEMBACA

JOM PAKAT CUBA..



Anak anda tidak lancar membaca? kurang minat utk belajar??????
Jom cuba PEN PINTAR MEMBACA MYIMAN...pen yg boleh membaca,menyanyi dan membaca doa serta ayat al-quran dan dpt menarik minat anak anda membaca....Tunggu apa lagi,hadiahkan kepada anak kesayangan anda sekarang...

ANAK ANDA pendiam dan tidak suka bercakapa? Kurang lancar membaca? Kurang minat membaca? Anda risau kerana tidak ada masa atau tidak pandai menceritakan kisah-kisah nabi dan teladan untuk menanam nilai murni di dalam diri anak-anak anda?
Sekarang anda tidak perlu risau lagi, PEN PINTAR MEMBACA MYIMAN dapat membantu anda!

Ceriakan anak2 anda dengan PEN PINTAR MEMBACA MYIMAN !!!
Pen myiman alat bantu belajar terkini, boleh membaca buku-buku
dan alquran dengan sebutan dan intonasi yang betul.

Pen myiman mampu membaca 150 buah buku.Sangat sesuai untuk kanak-kanak dari 2 tahun sehingga dewasa.

Pen MYIMAN bersama SIRI BUKU BERSUARA MYIMAN kaya dengan pelbagai isi kandungan,dapat merangsang minat dan inisiatif kanak-kanak untuk membaca,membina minda yg lebih kreatif serta meningkatkan daya tumpuan. Pen MYIMAN akan menjadi guru yang mesra dan teman karib anak-anak anda. Ia juga dapat membantu orang dewasa untuk belajar dan menguasai pelbagai bahasa asing termasuk tajwid Al-Quran..

Pen MYIMAN memainkan peranan mengajar dan melatih kanak-kanak mendengar,bercakap dan membaca dengan sebutan bahasa yang tepat dan lancar,selain menyanyi dan bermain pada peringkat umur yang lebih awal...

PEN PINTAR MEMBACA MYIMAN didaatangkan bersama Pakej asas mengandungi:

1. Pintar membaca (Buku 1-4)
2. Read with me -phonis aproach(1&2)
3. Read with me - key words (1&2)
4. Daily du'as,pillars of islam and pillars of iman

# Akan datang 30 juzuk al-quran beserta terjemahan, serta pelbagai lagi jenis buku pelbagai topik




Hadiah percuma -Surah Yasin dan Juz Amma.

BAHAYA TUALA WANITA

Bahaya Tuala Wanita Biasa

Kebanyakan pad dibuat menggunakan kertas kitar semula atau kertas sisa buangan. Proses kitar semula kertas ini menggunakan bahan kimia yang banyak bagi menghilangkan warna dan bau.







Klorin adalah bahan wajib dalam proses pembuatan produk pulpa dan kertas. Klorin bertindakbalas dengan haba untuk menghasilkan Dioksin. Dioksin telah disahkan sebagai karsinogen (racun) paling bahaya untuk kesihatan. Dioksin adalah bahan kimia bertoksid yang amat kuat kesannya. Ia adalah 130 kali lebih bertoksik daripada Cyanide, dan 900 kali lebih berbahaya berbanding Arsenik. Ia digelar “Bahan Bertoksik Paling Kuat” pada masa kini. Pusat Penyelidikan Kanser Antarabangsa mengkelaskan Dioksin sebagai KARSINOGEN (bahan penyebab kanser) kelas pertama. Rujuk Wikipedia

Dioksin menyebabkan:
• Ketidakstabilan hormon
• Kanser Payudara
• Kanser Ovari
• Kanser Usus
• Endometriosis
• Kemandulan
• Fibroid
• Keguguran
• Jangkitan pada uterus
• Melemahkan sistem imuniti badan




CIRI-CIRI TUALA WANITA BIASA


Pembungkusan Yang Tidak ’Hygienic’Pembungkusan di kilang Masih secara manual.
Pembungkus yang tidak boleh ditutup semula setelah dibuka. Mudah tercemar habuk, bakteria, kulat dan lembapan.

Penuh dengan bakteria
”Kandungan bakteria 11 x lebih tinggi dari piawaian antarabangsa”. Ia boleh menyebabkan jangkitan kuman dan kegatalan pada alat sulit wanita. - Laporan Kajian Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) 1987

Tiada tarikh luput (Expiry Date)
Hampir semua pad dipasaran tidak mempunyai tarikh luput. Ada pad yang telah berubah warnanya menjadi kekuning-kuningan masih dijual dikedai-kedai. Berapa pastikah anda ia tidak akan menjejaskan anggota sulit anda?

Pelapik Luar Tidak Telus Haba
Menyebabkan haba dari suhu darah haid terperangkap, alat sulit menjadi lembap dan tidak selesa.

Tiada Bahan Anti-Bakteria.
Pad wanita adalah tempat pembiakan bakteria yang paling ideal kerana terdapatnya protin didalam darah haid. Bakteria dengan mudah masuk kedalam badan melalui vagina dan melemahkan sistem imuniti badan. Bakteria akan memasuki ke dalam sistem badan hanya dalam tempoh 2 jam sekiranya haid ini tidak dicuci.

Setiap wanita menggunakan ~ 15 000 keping tuala wanita sepanjang hayat, (35 tahun ;period pada usia 12 tahun dan menopouse pada usia 47 tahun).
Maka, risiko wanita itu terdedah pada Dioksin adalah 15 000 kali !!!

Patutlah Kanser Serviks (Pangkal Rahim) menjadi pembunuh No. 2 Wanita Malaysia.

Tapi, Kenapakah ANDA masih menggunakan produk-produk tersebut?
Kesihatan Alat Sulit anda amat penting. Adakah anda peduli?