CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, January 20, 2010

CIRI-CIRI WANITA YG PALING BAIK

Salam ukhuwwah..

Kekuatan lelaki bergantung kepada wanita yang baik. Sebaliknya wanita yang jahat boleh merosakan masa depan lelaki. Kenyataan ini mungkin tidak disenangi oleh baik lelaki mahupun wanita. Tapi kenyataan itu boleh dibuktikan seperti berikut:

Wanita :-

1. Isteri sambut kepulangan suami dengan senyuman
2. Isteri menyediakan minuman untuk meredakan kepenatan suami.
3. Isteri menyediakan kain tuala dan berus gigi untuk suami mandi sebelum solat maghrib
4. Isteri siapkan tempat tidur untuk suami berihat selepas solat isya’
5. Isteri menemani suami menjelang tidur dengan perbualan yang menghiburkan
6. Isteri siapkan pakaian untuk kerja dan menghidangkan sarapan pagi
7. Isteri menjaga diri, maruah diri, dan menjaga harta dan anak suami

Lelaki :-

1. Masalah suami di pejabat hilang serta merta, hati gembira melihat keadaan isteri
2. Masalah suami di pejabat hilang serta merta, hati gembira melihat keadaan isteri
3. Suami mandi dan tubuhnya kembali segar sebelum menghadap Allah
4. Jiwa suami tenang sambil merihatkan minda dan tenaga.
5. Suami beroleh tenaga baru kerana mendapat aura isteri
6. Suami pergi kerja dalam keadaan jiwa yang tenang dan terhibur
7. Suami dalam perjalanan ke tempat kerja penuh keyakinan dan dapat bekerja yang penuh ikhlas

Lihatlah betapa cerianya suami ketika pulang dari tempat kerja. Keadaan itu berterusan sehingga suami tidur dan bangun semula. Suami tidak mengharapkan sesuatu daripada isterinya kecuali belaian kasih dan manja sepanjang masa.

Sebaliknya jika isteri jahat, tidak mengikut panduan di atas, maka suami akan berhadapan dengan tekanan perasaan. Perhatikan contoh berikut:

Isteri :-

1. Isteri menyembut kepulang suami dengan pelbagai soalan perangkap
2. Isteri sebuk di dapur untuk membuat makan malam
3. Isteri asyik menonton tv
4. Isteri tidur di hadapan tv
5. Isteri menghantar suami di hadapan pintu tanpa memohon maaf kerana tidak berasa bersalah kepada suami
6. Isteri tidak menjaga maruah diri dan harta suami diperlakukan sesuka hati.

Suami :-

1. Suami yang hendak masuk rumah berkira-kira untuk keluar rumah, masalah menjadi bertambah berat
2. Suami yang dahaga ke dapat mengambil sendiri air minuman
3. Suami juga menonton tv
4. Suami menunggu dilayan isteri di atas katil
5. Suami pergi kerja dalam keadaan tidak ceria dan terbuku pelbagai persoalan yang belum terjawab
6. Suami di tempat kerja penuh kebimbangan.

Isteri yang tidak dapat melakukan perkara yang disebut dalam hadis di atas, adalah sejahat-jahat isteri. Dia telah merosakan masa depan suaminya. Suami tidak beroleh pahala malah boleh jadi berdosa. Menyedari keadaan ini, seseorang isteri harus melatihkan diri ke arah wanita yang terbaik. Semoga kehidupan mereka nanti terarah kea rah yang tepat.

Thursday, January 14, 2010

DAH HABIS PANTANG...


Salam Ukhuwwah..

Alhamdulillah hari ini adalah hari ke 45 saya berpantang..jd habis la sudah masa berpantang,seronok tak cerita ni sbb tempoh berpantang dh habis. mmg agak menyeksakan masa berpantang ni,semua makanan favourite tak blh mkn,hari2 makan ikan seludu/gelama/plotan/tenggiri masak asam atau goreng dgn sayur sawi je..nak jln2 keluar rumah mmg tak blh tambah lg nk pi shoopingkn,seronok la my hubby pi shooping sorang2 kononnya nk jd bujang dia kata....lps ni jgn harap la saya nak biaq dia pi jln2 atau shooping sorang2 ye saya akan menemani ke mana saja dia pergi kecuali pegi kerja la.......sambung crita berpantang td,selain bab makan,hari2 juga kena bertungku dan mandi air daun.badan pn dh berbau daun ni..tp semua itu telah saya lalui dgn jayanya alhamdulillah berkat berpantang anak dan saya sihat je tak dak masalah..itu la sbbnya kena berpantang..mmg agak susah nak pantang ni tp demi menjaga badan sendiri dan anak kita kena berpantang juga. sebenarnya byk kebaikan berpantang ni,mak saya crita org tua2 kita dulu lg kuat pantangnya,mcm2 tak blh tp kita sekarang ni berpantang ambil yg asas je.tu mungkin faktor org2 dulu kuat walaupn ada 10 org anak,tak mcm kita sekarang baru 3 org anak dh rasa teruk kan..

Tapi walaupn dh habis pantang,kena tetap pantang juga pd makanan yg berangin dn sejuk cth sayur kobis mmg x blh makan lg sbb berangin,nanti bila ibu makan anak mungkin akan kembong perut...tambah bg saya yg masih menyusu anak ni mmg kena berhati-hati dlm memilih makanan sbb apa yg saya makan nanti akan memberi kesan pd anak.so klau sayang anak kena pantang lg la walaupn dh habis pantang...nak buat mcmanakan tu la pengorbanan seorg ibu.

Wednesday, January 13, 2010

KOKO RADIX PULAK...


Salam Ukhuwwah

koko radix........merupakan salah satu produk terlaris HPA selepas kopi radix.koko radix ni merupakan minuman kegemaran anak-anak saya,sejak keluar koko radix mereka dh tak nak kopi radix..maklum la kopi radix ni pahit sedikit berbanding koko radix yg sangat enak.bukan saja anak-anak saya,malah my hubby pn suka sgt,balik kerja je tentu dia minta koko radix sejuk..rasanya lebih sedap dn enak dr milo..dulu HPA keluarkan dlm bentuk paket/kotak,disbbkan anak2 saya suka sgt satu papan koko tu cuma utk seminggu je jenuh juga nak beli...tp sekarang dh keluar dlm bentuk bungkus (kg),so tahan la lama sikit.kak long slalu bawa bekal air koko ke sekolah siap bg kat kwn2 lagi.ok la disini saya nk cerita sedikit kelebihan koko radix berbanding minuman coklat lain.

- Radix koko ternyata lebih sedap daripada produk koko yang lain,itulah sebahagian komen yang saya terima dari pengguna2 lain.

- radix koko telah dimasukan ekstrak tunas barli yang mula bercambah.Kalau anda pernah melihat taugeh daripada kacang hijau tentu anda akan faham tentang tunas yang baru bercambah pada biji barli.Oleh sebab itu rasanya bagitu lemak dan berkhasiat.

- koko memang terkenal untuk afrodisiak namun bagitu Radix koko HPA ekstrak barli mempunyai kesan serat yang tinggi untuk berfungsi sebagai pelawas dan koko sendiri boleh mendatangkan ketenangan pada penggunanya.

Dh tahu kelebihan dan kebaikannya? jadi apa tunggu lg,marilah mencubanya pasti anda tidak akan berasa rugi kerana rasanya sangat enak samaada diminum panas atau sejuk.

Tuesday, January 12, 2010

RUMAHKU SYURGAKU

Salam Ukhuwwah...

Hari ini saya ingin berkongsi lagi mengenai rumah tangga..kemarin mungkin maklumat utk para isteri sahaja,tetapi hari ini utk isteri dan juga suami...ia nya sangat penting baik bg pasangan yg akan berkahwin atau pn yg telah berkahwin.sebenarnya maklumat ini saya ambil dari blok cina islam dan saya masukkan di dlm blog saya kerana ianya sangat menarik utk kita fikir-fikirkan bersama.

Setiap pasangan harus mengetahui perkara yang dipandang remeh, tetapi amat besar maknanya. Perkara di bawah adalah berdasarkan pengalaman bagi membantu membina rumah tangga bahagia:-

1. Tujuan berkahwin, apa yang kamu niatkan?
- Bagi lelaki, untuk mendapatkan sesuatu yang tidak boleh diperoleh di luar perkahwinan.
- Kasih sayang dan belaian manja dari seorang perempuan.
- Bagi wanita, untuk mendapat perlindungan dari seorang yang bergelar lelaki atau suami.

2. Apakah kewajipan suami?
- Memberi nafkah – makan – pakaian – tempat tinggal
- Mendidik isteri – sejak awal perkahwinan.

3. Apakah hak isteri?
- Taat suami kecuali perkara yang bertentangan dengan syarak
- Hormati suami dan keluarga suami.

4. Apakah isteri wajib masak dan membasuh?
Pada dasarnya bukan kewajipan isteri tetapi kalau suami minta masak atau membasuh dia wajib taat.
Kalaulah suami tidak suruh masak dan tidak suruh membasuh, dia seharusnya memasak kerana menghormati suami yang baru balik kerja. Dia juga seharusnya membasuh baju suami kerana menghormati suami yang pakaiannya kotor.
Sebenarnya isteri yang baik dia tidak mempertikaikan tentang urusan basuh dan masak itu kerana kedua-dua kerja itu adalah fitrah bagi seorang wanita.

5. Apakah persiapan awal suami isteri sebelum dan selepas kahwin?
- Kuatkan iman, taqwa dan ilmu agama
- Mengenali hati budi pasangan- Mengetahui kesukaan dan kebencian pasangan
- Hindari kebencian pasangan

Formula menyelesaikan masalah rumah tangga
Masalah & Penyelesaian:-

1 Bila banyak urusan tidak menjadi, walaupun sudah diusahakan masih gagal.
-Nilai hubungan kita dengan Allah, solat dan ibadah lain mungkin tidak diterima Allah.

2 Suami isteri mula renggang, suka bergaduh
-Nilai semula solat suami dan solat isteri mungkin ada yang cuai atau tidak melakukan solat.

3 Suami isteri dilihat tidak mesra dengan anak-anak.
-Lihatlah, mungkin suami dan isteri tidak mesra di atas katil


4 Isteri rasa tak senang hati terhadap suami
-Lihatlah mungkin suami buat dosa di luar rumah, buat maksiat. Perlulah bertaubat segera.


5 Suami rasa kurang selesa dengan isteri
-Lihatlah mungkin isteri melakukan dosa di luar rumah. Bertaubatlah segera.


6 Bila anak tidak taat kepada ibu bapa
-Lihatlah mungkin suami isteri ada masalah yang tidak diselesaikan, apatah lagi dosa dengan Allah.

7 Bila anak buat dosa di luar rumah
-Ibu bapa/suami isteri tidak mendidik anak cara yang betul