CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, February 4, 2010

NASUHA DH 2 BLN


salam Ukhuwwah

Sekejsp je...rasanya mcm baru je melahirkan anakku nasuha.. 30 jan lps genap umur nasuha 2 bulan..dia dh mula pandai ketawa,dh pandai sembang tp dgn bahasa dia le.apa lagi k ngah k long paling seronok tgk nasuha ketawa.nasuha sudah kurang tidor,bila berjaga dh pandai ajak org main dgn dia...bila biar tidor kat bawah je siap kayuh kaki tgn minta diangkat..klau tak angkat dh pandai jerit,bila dh angkat terus gelak.cukup 2 bln nasuha kena ambik suntikan,so isnin lps abah bawa nasuha ke klinik impiana,alhamdulillah slps disuntik nasuha langsung tak demam dan meragam...dia aktif mcm biasa..berat dia dah dekat 5 kg makin bulat la apa taknya minum susu kuat....slps ni tak sabar nak tunggu nasuha meniarap pulak le..

DOSA GUGUR APABILA SUAMI ISTERI BERSALAM

Salam Ukhuwwah...

Dah lama tak tulis dlm blog ni...agak sibuk melayan anak2 sampai tak sempat nak on pc ni..kat bwh ni ada sedikit ilmu rumahtangga yg saya ambik dr cina islam utk kita kongsi bersama.harap para isteri dpt mempraktikkannya agar menjadi ISTERI SOLEHAH ....

Dosa gugur apabila suami, isteri bersalam RASULULLAH saw bersabda, yang bermaksud: "Seorang isteri yang bermuka muram di hadapan suaminya, maka ia dalam kemurkaan Allah hingga ia dapat membuat suasana yang riang gembira kepada suaminya dan memohon kerelaannya."

Begitulah besarnya harga senyuman seorang isteri kepada suaminya kerana senyuman akan mencetuskan suasana kegembiraan yang sebenarnya dikehendaki suami ketika pulang dalam keletihan.

Muka yang masam bukan saja akan menimbulkan kemarahan suami, malahan menyebabkan Allah turut murka dan kemurkaan Allah itu berkekalan hingga isteri berjaya mengembalikan suasana gembira serta memohon keampunan daripada suami.

Sesungguhnya keredaan Allah terletak pada keredaan suami. Justeru, apabila suami pulang segeralah bukakan pintu, persilakan masuk dengan penuh hormat dan ciumlah tangan suami sebagai tanda hormat serta meminta maaf,walaupun isteri merasakan tidak berbuat sebarang kesalahan pada hari itu.

Sebuah hadis ada menyebut bahawa apabila seorang suami bersalaman dengan isterinya, maka gugurlah segala dosa dari celah-celah jari mereka berdua.

Andai mempunyai anak-anak, ajarlah mereka itu untuk selalu bersalaman dengan ayahnya kerana kelaziman akan memupuk rasa kasih dan hormat anak-anak kepada orang tua.

Kebahagiaan rumahtangga terletak pada akhlak dan budi pekerti isteri. Biarpun seorang isteri itu tidak cantik tapi jika cukup sempurna layanannya terhadap suami dan berakhlak pula, tentu ia akan menjadi penghibur dalam rumahtangga.

Oleh itu wahai isteri, hendaklah berlumba-lumba untuk menjadi seorang isteri yang solehah, yang bertakwa, berakhlak mulia dan taat kepada suami.

Rasulullah bersabda, yang bermaksud: "Sungguh-sungguh memintakan ampun untuk seorang isteri yang berbakti kepada suaminya, iaitu burung- burung di udara, ikan-ikan di air dan malaikat di langit selama dia sentiasa dalam kerelaan suaminya."

Jika seorang isteri mengharap cintanya berbalas, maka banyakkan mencari keredhaan Allah melalui keredhaan suami.
======================================================================
= Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :

"Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan, Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu, Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu, dan dosa-dosa yang silam disulami dengan taubat kepada Dzat yang memiliki mu."

Friday, January 29, 2010

FAHAMILAH ISTERI APA YG TERSIRAT DI HATI SUAMIMU

Salam Ukhuwwah..

Berapa tahun anda mendirikan rumah tangga? Ada yang kita temui mengakui sudah bertahun-tahun bersama suami, tetapi masih tidak mengenali hati budi suami masing-masing. Kalau yang baru berkahwin tidak menjadi masalah kerana mereka baru hendak mengenali hati masing-masing. Namun kadang-kadang mereka tidak mengambil kesempatan pada masa itu untuk mengenali satu sama lain.

Sebelum ini saya pernah mencadangkan kepada setiap pasangan yang baru berkahwin agar menulis dan menyenaraikan apakah yang digemari pasangan, dan yang dibencinya. Apabila sudah mengenali kegemaran dan kebencian pasangan, carilah jalan tengah supaya masing-masing boleh menerima seadanya.

Walau bagaimanapun bagi mereka yang tidak sempat melakukan semua itu pada awal perkahwinan, boleh belajar untuk memahami sikap suami dan isteri dalam pergaulan harian. Dalam ruang yang terbatas ini saya akan menjelaskan bagaimana untuk mengenali hati dan sikap pasangan.

Perhatikan sikap di bawah, jika masalah anda sama dengannya, bertindakkah seperti yang dicadangkan di situ.

Sikap Suami
1 Memuji masakan isteri

Maksud Tersirat
Dia suka dengan masakan dan sesuai dengan cita rasanya.

Tindakan
Ambil perhatian dan ingat risipi itu untuk masakan akan datang.

2 Memuji masakan orang lain

Maksud Tersirat
Dia memang suka masakan itu dan dia mahu isterinya belajar masakan seperti itu.

Tindakan
Ambil tindakan segera untuk belajar risipi tersebut.

3. Memuji pakaian seseorang wanita

Maksud Tersirat
Dia mahu isterinya pakai pakaian seperti itu dan bersedia membantu isterinya ke arah itu.

Tindakan
Isteri perlu tanya suami pandangannya secara ikhlas.

4. Memuji seorang wanita

Maksud Tersirat
Dia mahu isterinya bersikap seperti wanita itu.

Tindakan
Isteri perlu mengkaji apa yang istimewa pada wanita itu.

5. Suami selalu bercakap tentang masalah rumah tangga orang lain.

Maksud Tersirat
Dia mahu isteri ambil iktibar agar tidak mengulangi sikap isteri yang bermasalah itu.

Tindakan
Isteri perlu selidik mengapa mereka bergaduh.

6.Suami suka bercakap tentang sebab-sebab keluarga jirannya berpoligami.

Maksud Tersirat
Dia mahu isteri pandai jaganya, jangan jadi macam jiranya. Kalau tidak dia akan merima nasib yang sama.

Tindakan
Isteri perlu membuat kajian mereka boleh berlaku poligami dan cuba membendung dalam pergaulannya.

7.Suami suka mengambil sikap berdiam diri daripada bercakap banyak.

Maksud Tersirat
Dia mahu isteri ambil perlu bercakap dengannya dan mahu dilayan dan dimanjai

Tindakan
Isteri perlu mengambil tindak mengubah cara hidup dan pergaulannya selama ini.

8.Suami mengajak isteri mengurut belakangnya.

Maksud Tersirat
Dia mahu bermanja dengan isterinya.

Tindakan
Segeralah masuk ke dalam bilik dan mengemas bilik tidur.

9.Suami masuk tidur awal

Maksud Tersirat
Dia mahu mengajak isterinya masuk bersama untuk tidur.

Tindakan
Hentikan segalaa urusan dan memberi perhatian kepada suami.

10.Suami membawa balik makanan yang dibeli di luar.

Maksud Tersirat
Suami mahu mengucapkan terima kasih kepada Isteri yang selalu memasak untuknya.

Tindakan
Isteri perlu mengucap terima kasih dan memberi layanan yang baik kepadanya.

Paparan ini adalah pandangan peribadi saya hasil pengalaman dan kajian secara rawak dalam kalangan umat Islam. Lazimnya isteri tidak faham maksud itu, lalu bertindak sebalik sehingga berlaku pergaduhan antara kaki tangan. Caontoh yang paling dekat ialah no 6, apabila suami berbuat begitu, isteri mensyakki sesuatu terhadap suaminya. Dia segera mengenakan syarat yang berbagai-bagi.

Suami sebenarnya tidak mahu poligami tetapi kadang-kadang sikap suami itu seperti doakan pula. Akhirnya suaminya kahwin lain. Jadi, betulkan sikap demi keharmonian rumah tangga.

Saturday, January 23, 2010

MADULIA


Salam Ukhuwwah...

Dh byk hari tak buka pc ni......bkn apa kak long tak sihat dh seminggu batuk dh tu jangkit pula kat kak ngah..dah la dua2 susah mkn ubat.kena pegang kaki tgn picit mulut nak bg mkn ubat,kak long ok juga walaupn kena picit mulut dia telan juga ubat tu tp kak ngah lg susah,dia sembur buang ubat tu..mmg dr kecil depa dua org ni cukup susah nak makan ubat klinik.Tp sejak2 HPA keluarkan ubat batuk namanya MADULIA ok la sikit,mau juga depa makan sbb ubat tu manis tak pahit mcm ubat klinik kata kak long.nama pn madulia kan so manis la sbb campur dgn madu.di bwh ni adalah kelebihan MADULIA HPA:-

-Madu lebah boleh dijadikan ubat batuk jika di campurkan dengan halia merah, cengkih dan kulit kayu manis. Kini HPA mengeluarkan produk ubat batuk kesihatan tanpa bahan kimia yang dinamakan MADULIA.

-Disamping itu, MADULIA juga menghilangkan kahak dalam ruang pernafasan khusus pada mereka yang ada athma. Boleh digunakan pada semua peringkat umur.

-MADULIA menggunakan halia sebagai bahan utama. Ramuan dari beberapa jenis rempahan ini dijangka akan memberikan pilihan kepada pengguna bagi menggantikan penggunaan ubat batuk yang lain. Kita namakan MADULIA kerana madu digunakan sebagai media untuk perawatan batuk disamping herba lainnya.

-Tahukah anda bahawa dalam tempoh 24 jam tidak ada seekor kuman pun yang boleh hidup didalam madu. Oleh sebab itu pada zaman dahulu madu sangat terkenal dijadikan sebagai ubat batuk yang mujarab. InsyaALLAH.