CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, February 11, 2010

KELEBIHAN LELAKI PADA AKALNYA

Salam Ukhuwwah.

Hari ini saya ingin berkongsi satu lagi artikel menarik dr cina islam..

Allah Maha Bijaksana menjadikan makhluk berpasang-pasang; lelaki dan wanita, bumi dan langit, siang dan malam, syaitan dan malaikat, gunung dan lembah, matahari dan bulan, begitulah seterusnya.Banyak hikmah dalam kejadian alam yang perlu direnung dan dijadikan bukti keagungan Allah. Satu contoh dalam kejadian manusia, Allah jadikan wanita bersifat lembut dengan nisbah 9/10 malu dan 1/10 akal, manakala lelaki 9/10 akal dan 1/10 malu.

Atas kelebihan akal inilah, Allah menjadikan kaum lelaki penjaga bagi kaum wanita. Begitu juga dalam apa jua masalah, Allah menyamakan 2 wanita dengan 1 lelaki; contohnya dalam hal penyaksian.Walaupun kurang berakal, namun wanita ada sifat malu. Kerana ada malulah, wanita dipandang mulia. Kalaulah wanita tiada malu, habislah dunia ini. Begitu juga lelaki, meskipun kurang malu namun mereka mempunyai akal yang dapat memikirkan kesan dan sebab-akibat sesuatu perkara. Kalaulah lelaki tiada akal, dunia akan jadi kocar-kacir.

Begitulah kebijaksanaan Allah untuk menjaga keharmonian alam. Namun apa dah jadi pada masa ini. Wanita sudah tidak ada perasaan malu lagi; bebas bergaul tanpa batas, bebas keluar hingga larut malam. Manakala lelaki pula sudah tidak menggunakan akal lagi malah merosakkannya pula. Fikirkanlah kesan buruk yang akan menimpa masyarakat jika fitrah kejadian ini sudah diabaikan.

Wanita yang sepatutnya malu dah tiada malu lagi; lelaki yang sepatutnya berakal dah hilangkan akal mereka. Perempuan dengan gejala dedah; lelaki dengan gejala dadah.

dipetik dari RAHSIA PERKAHWINAN

Monday, February 8, 2010

BAHASA ISTERI YG PERLU DIFAHAMI SUAMI

Salam Ukhuwwah..

Tanpa komunikasi yang betul keserasian rumah tangga sukar diwujudkan. Sikap isteri dalam keadaan tertentu sukar difahami suami. Dia akan terus berteka-teki dalam perkara itu namun tidak mahu berterus terang. Apabila isteri melakukan sesuatu perkara selalu disalahtafsirkan.

Mereka ini walaupun berkahwin setelah melalui proses perkenalan yang panjang, namun peluang yang ada itu tidak digunakan untuk saling mengenali hati budi masing-masing. Mereka terlupa untuk mempelajari kaedah komunikasi yang berkesan sebagai suami isteri.

Walaupun mereka bertunang bertahun-tahun, namun mereka tidak sempat untuk menilai apakah antara mereka ada perbezaan yang boleh saling lengkap melangkapi. Mereka terlupa untuk melihat keserasian pasangan secara lebih jelas.

Biasanya waktu berkawan mereka terlalu enjoy, hendak seronok sahaja. Semua yang ada pada kekasih masing-masing dilihat indah walaupun buruk. Pada waktu bertunang pula mereka asyik berbincang soal persiapan fizikal sahaja. Padahal jika mereka mengambil puluang itu untuk mengenali peribadi, perwatakan, dan isi budi masing-masing adalah lebih bermanfaat.

Sebenarnya, sewaktu berkawan dan bertunang adalah waktu terbaik untuk mereka mengenali semua itu. Mereka harus mengenali cara pasangannya bercakap, cara dia bertindak dan sebagainya. Semua yang dilakukan itu melambangkan sikapnya sebenar. Jika mereka benar-benar faham, banyak yang boleh diatasi semasa berkahwin.

Kesan daripada tidak faham kaedah komunikasi yang berkesan itu, banyak pasangan yang berkahwin mengalami krisis. Sikap isteri tidak difahami oleh suami hingga kadang-kadang perkara kecil menjadi besar. Dalam ruang ini saya cuba paparkan sikap isteri yang seharusnya suami tahu dan bertindak bagi mengatasinya.

1. Waktu merajuk

Sikap 1.
Tiba-tiba tak mahu bercakap

Maksudnya
Dia tidak suka dengan tindakan suami sebelum itu

Mengatasinya
Berterus terang maksud tindakan, jika perlu minta maaf

Sikap 2.
Tiba-tiba marahkan suami

Maksudnya
Dia cemburu dengan tindakan suami

Mengatasinya
Perlu selidek puncanya, mungkin salah sangka. Jika pasti, berterus terang, bukan menipu

Sikap 3.
Tiba-tiba menangis

Maksudnya
Dia sakit hati dengan tindakan suami

Mengatasinya
Beri penjelasan isu yang ditimbulkan. Beri keyakinan tentang kasih sayang.

Sikap 4.
Tidak mahu memberi khidmat

Maksudnya
Dia sungguh kecewa dengan sikap suami

Mengatasinya
Nilai semua kesilapan suami, dan betulkan semula apa yang tidak disenangi. Jika masih tidak mahu menerima, tinggalkan dia di rumah untuk memberi ruang dia berfikir

Suami yang tidak memahahami sikap isteri di atas akan bersangka buruk terhadap isterinya malah ada yang menuduh isteri curang.

2. Waktu gembira

Sikap 1.
Dia sudah rajin masak

Maksudnya
Tindakan suami sebelum itu menyenangkan hatinya

Mengatasinya
Teruskan sikap itu, jika perlu puji kerajinannya

Sikap 2.
Dia tidak banyak soal waktu kepulangan suami

Maksudnya
Dia puas hati dengan tindakan suami

Mengatasinya
Ucapkan terima kasih kepada isterinya dan menten keadaan itu

Sikap 3.
Dia siap untuk tidur awal
Maksudnya
Dia sudah akur dengan kehendak suami

Mengatasinya
Belajari sikap dan pengalaman manis itu untuk tidak mengulangi kebencian isteri

Sikap 4.
Dia bercakap dengan nada manja

Maksudnya
Dia mahu suaminya bersikap seperti itu juga

Mengatasinya
Hargai sikap isteri dan jauhi dari sikap kontra

Suami yang tidak faham dengan tindakan isteri akan terus menyangka isterinya ada udang di sebalik batu. Akhirnya suami tidak bertindak yang sewajarnya.

3. Waktu benci

Sikap 1.
Kehendak suami tidak dilayan

Maksudnya
Dia mahu suami mengubah sikap yang buruk

Mengatasinya
Baiki kesilapan bukan mempertahankannya

Sikap 2.
Tidak mahu bercakap apabila ditanya walaupun dengan baik

Maksudnya
Dia memprotes sikap suami yang tidak istiqamah berbuat baik

Mengatasinya
Menilai sikap diri mana yang buruk dibuang dan yang baik diperbanyakkan

Sikap 3.
Makan tidak selera
Maksudnya
Dia mahu simpati daripada suaminya

Mengatasinya
Suami perlu melihat masalah isteri dan cuba selamatkan. Tetapi jangan sampai melanggar syariat

Sikap 4.
Tidur seorang diri

Maksudnya
Dia mahu suaminya bertanggungjawab kepada dirinya

Mengatasinya
Suami perlu menilai kelemahan diri dan cuba membaiki kekurangan itu demi kasih sayang

Oleh sebab tidak faham tindakan isteri suami terus marah kepada isteri. Dan atas sikapnya yang tidak sabar itu mereka bergaduh.
4. Waktu mengharap

Sikap 1.
Muka masam

Maksudnya
Apa yang diharapkan tidak menjadi kenyataan

Mengatasinya
Bertanya sebab dan cuba atasi kehendaknya

Sikap 2.
Meminta maaf sambil menangis

Maksudnya
Dia benar-benar insaf
Mengatasinya
Terimalah seadanya dia, dan selepas memaafkannya, nasihatkan berdasarkan kehendak Islam dan apa yang anda mahu

Sikap 3.
Melihat sesuatu barangan dalam tempoh yang lama dan memujinya

Maksudnya
Dia hendak meminta suami membelinya

Mengatasinya
Suami perlu memberi pertimbangan sewajarnya sama ada untuk membelikannya atau tidak

Contoh sikap isteri yang dipaparkan ini mungkin tidak bermaksud begitu, tetapi sebagai suami, tindakan isteri perlu dikaji dengan teliti. Kadang-kadang yang tersurat tidak sama dengan yang tersirat. Beruntunglah mereka yang boleh menilai dengan tepat. Tetapi yang paling penting semua yang berlaku harus disangka baik. Nanti yang negatif akan menjadi positif.

Thursday, February 4, 2010

NASUHA DH 2 BLN


salam Ukhuwwah

Sekejsp je...rasanya mcm baru je melahirkan anakku nasuha.. 30 jan lps genap umur nasuha 2 bulan..dia dh mula pandai ketawa,dh pandai sembang tp dgn bahasa dia le.apa lagi k ngah k long paling seronok tgk nasuha ketawa.nasuha sudah kurang tidor,bila berjaga dh pandai ajak org main dgn dia...bila biar tidor kat bawah je siap kayuh kaki tgn minta diangkat..klau tak angkat dh pandai jerit,bila dh angkat terus gelak.cukup 2 bln nasuha kena ambik suntikan,so isnin lps abah bawa nasuha ke klinik impiana,alhamdulillah slps disuntik nasuha langsung tak demam dan meragam...dia aktif mcm biasa..berat dia dah dekat 5 kg makin bulat la apa taknya minum susu kuat....slps ni tak sabar nak tunggu nasuha meniarap pulak le..

DOSA GUGUR APABILA SUAMI ISTERI BERSALAM

Salam Ukhuwwah...

Dah lama tak tulis dlm blog ni...agak sibuk melayan anak2 sampai tak sempat nak on pc ni..kat bwh ni ada sedikit ilmu rumahtangga yg saya ambik dr cina islam utk kita kongsi bersama.harap para isteri dpt mempraktikkannya agar menjadi ISTERI SOLEHAH ....

Dosa gugur apabila suami, isteri bersalam RASULULLAH saw bersabda, yang bermaksud: "Seorang isteri yang bermuka muram di hadapan suaminya, maka ia dalam kemurkaan Allah hingga ia dapat membuat suasana yang riang gembira kepada suaminya dan memohon kerelaannya."

Begitulah besarnya harga senyuman seorang isteri kepada suaminya kerana senyuman akan mencetuskan suasana kegembiraan yang sebenarnya dikehendaki suami ketika pulang dalam keletihan.

Muka yang masam bukan saja akan menimbulkan kemarahan suami, malahan menyebabkan Allah turut murka dan kemurkaan Allah itu berkekalan hingga isteri berjaya mengembalikan suasana gembira serta memohon keampunan daripada suami.

Sesungguhnya keredaan Allah terletak pada keredaan suami. Justeru, apabila suami pulang segeralah bukakan pintu, persilakan masuk dengan penuh hormat dan ciumlah tangan suami sebagai tanda hormat serta meminta maaf,walaupun isteri merasakan tidak berbuat sebarang kesalahan pada hari itu.

Sebuah hadis ada menyebut bahawa apabila seorang suami bersalaman dengan isterinya, maka gugurlah segala dosa dari celah-celah jari mereka berdua.

Andai mempunyai anak-anak, ajarlah mereka itu untuk selalu bersalaman dengan ayahnya kerana kelaziman akan memupuk rasa kasih dan hormat anak-anak kepada orang tua.

Kebahagiaan rumahtangga terletak pada akhlak dan budi pekerti isteri. Biarpun seorang isteri itu tidak cantik tapi jika cukup sempurna layanannya terhadap suami dan berakhlak pula, tentu ia akan menjadi penghibur dalam rumahtangga.

Oleh itu wahai isteri, hendaklah berlumba-lumba untuk menjadi seorang isteri yang solehah, yang bertakwa, berakhlak mulia dan taat kepada suami.

Rasulullah bersabda, yang bermaksud: "Sungguh-sungguh memintakan ampun untuk seorang isteri yang berbakti kepada suaminya, iaitu burung- burung di udara, ikan-ikan di air dan malaikat di langit selama dia sentiasa dalam kerelaan suaminya."

Jika seorang isteri mengharap cintanya berbalas, maka banyakkan mencari keredhaan Allah melalui keredhaan suami.
======================================================================
= Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :

"Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan, Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu, Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu, dan dosa-dosa yang silam disulami dengan taubat kepada Dzat yang memiliki mu."